MENAHAN AMARAH ITU SUKAR
Menahan amarah itu sukar
Seolah-olah kalau kita
Berjaya melakukannya,
Dan dia terlepas daripada
Ditumbuk atau disepak kita,
Dunia sepertinya tidak adil.
Tidak adil; kenapa aku kena bersabar
Dengan orang yang macam bajingan?
Kenapa?
Itulah persoalannya.
Tiada yang rugi bagi mereka
Yang menahan amarah.
— Inilah jawapannya.
5 Responses to MENAHAN AMARAH ITU SUKAR
setuju! memang susah nak menahan amarah *lagi2 ada perangai baran macam aku*. tambah pulak kalau perangai orang yang buat kita marah tu memang macam sial.
tapi, apa yang selalu aku ingatkan pada diri sendiri, orang yang kuat tu, orang yang boleh kawal marah, dan juga boleh memaafkan, meskipun selalu tu tak tertahan, selagi mampu kita cuba. ye dak?
hah! Aku pula, nak kata penyabar tak, nak kata panas baran tu tak.
Tapi bila dah darah dah naik kepala, mulalah setan dok bisik, "kau debik je dia! kau debik je dia!"
Datang pula malaikat kat telinga kanan, "sabar. bawa bertenang. kalau kau bertumbuk, badan sakit, kalau memang kau dapat nama, kalau kalah kau dapat malu. sabar okay?"
bila amarah hadir atas sikap jilaka manusia sekeliling aku sering mem-pergi-mamposkan" orang itu..ignore all the stupid things he or she does
benar.
benar belaka.
siapa saja yang tabah bermain dengan amarah itu, aku tabik.
alangkan aku saja memang rapuh berlawan dengan emosi sendiri.
Yang Maha Besar itu bukankah adil.
pasti saja Dia balas tiap-tiap yang melawan amarah dengan sabar itu dengan segala sesuatu yang manis. InsyaAllah.
Pagi Indah Jumaat untuk kamu. Semoga Bercahaya :)
subjektif diilustrasikan objektif
Post a Comment