satu ketika,
dunia bagi kau ruang,
buat kau bernafas,
buat kau faham,
apa itu arti kejaman,
apa itu arti ketidak adilan,
apa itu arti kemanisan,
kemanisan mulut bicara,
kemanisan akal berfikir,
kemanisan hati mencarut,
dunia mengajar kau senyuman,
senyuman jahat,
senyuman sinis,
senyuman ikhlas,
dunia itu mengajar tanpa keluhan,
hanya manusia yang tak faham kesyukuran,
sentiasa didampingi ketamakkan.
dunia,
mereka kata penuh penipuan,
mereka kata dunia penuh kekejaman,
tapi dasarnya,
itu semua manusia yang lakukan,
menutup kesilapan dengan dunia disalahkan.
sadar manusia sadar.
Bunga Di Sahara
0
Ketika kau lari menebus awan
Bila hujung bulan.
2
Aku gigih berjalan.
Mengorak langkah gaya lipas kudung.
Ke mesin ATM.
Hari penuh makna bagi setiap bulan.
Mulut mesin transaksi itu selalu lapar.
Kadku tak sabar mahu menerjah masuk ke rongga.
Berkelip kelip.
Disuruh sabar.
Aku berlagak kacak.
Padahal hati dah berkocak.
Nombor pin diakses.
2*****, gila kalau aku kasi tahu.
Kusemak baki.
Kali ini penungguanku lebih lama.
Jadah punya mesin.
Ku toleh kiri ku toleh kanan.
Debaran samakin mengancam.
Detakkan jantung mambinasakan diri.
"Baki wang anda RM2.50"
Celaka, gaji tak masuk lagi hari ni !!
hari jumaat ialah hari yang panas
1
"Berkain pelikat minus lapik di dalam adalah perasaan holo paling
syurga" ujar Ajib sejurus sebelum dihambat anjing rottweiler yang menggila
semasa berjalan ke masjid pada tengahari Jumaat tu. Berdesup dia lari.
"Berkain pelikat minus lapik di dalam adalah perasaan holo paling
syurga" ujar Ajib yang terselamat, dengan seriusnya, sebelum menyambung
peraduan pada tengahari Jumaat tu. Sejuk. Penat dah berlari tadi.
Sayup-sayup kedengaran panggilan yang bersahutan dari masjid di belakang kedai.
Jamban di Tengah Bendang
3
Aku beghenang dalam selut
selut, bukan lumpoq
lumpoq kotoq macam kola lumpoq
tapi takdak pelacoq, bapok dan mangkok
mangkaq!
ada taik dalam selut
pungkoq!
aku nak beghenang dalam selut
bukan dalam kolam taik
aku pikiaq pikiaq balik
tak mungkin, tak mungkin
ni bukan bendang
ni bukan sawah
ni benda tu!
ni jamban!
ya ampun..aku beghenang dalam jamban?
gila banyak taik!
kotoq, busuk!
yuuuccck-euuuuwwwwwwww
coklat, pepejai, ada jagong, makanan semalam tu semua
depa kata utagha ada sawah
mana ada
gila betei!
utagha ada bendang, bukan sawah
beghenang-beghenang aku
beghenang sampai jumpak pintu
takdak sapa jawab
aku tolak pintu
jumpak lagi taik
barua, taik lagi!
memang betoi,
jamban di tengah bendang.
Puisi ini ditulis dan dibaca oleh saya di Puisi Satu Petang Kedah, di Tasik Darulaman Jitra pada 2hb Jun 2012.