Archive for January 2016

Ulasan Ringkas: Zine Negeri Darul Beruk (Zulhilmi Yazix)

0

Hai. Saya baru selesai membaca zine Negeri Darul Beruk oleh Zulhilmi Yazix. Saya beli dengan harga RM5 dan berjanji dengan penulisnya untuk menulis ulasan. Walaupun malas, namun janji tetap janji dan ini ialah ulasan ringkas saya mengenai zine ini.

Kata penulis, Negeri Darul Beruk (NDB) ialah sebuah tulisan eksperimental. Dari segi garapan cerita, saya tak nampak pula apa yang eksperimentalnya. Jika eksperimental yang dimaksudkan ialah peralihan penulis dari menulis cerita super mikro pada sebuah cerita sedikit panjang, maka penulis berjaya melakukan transisi ini dengan baik.

Tanggapan awal dari tajuk dan prolog-nya, NDB kelihatan seperti sebuah fiksyen surreal (jenis bacaan kegemaran saya). Akan tetapi sepanjang pembacaan perenggan ke perenggan, tanggapan kasar ini mula berubah bentuk- ia tidaklah terlalu absurd macam yang dijangkakan. Beruk-beruk bertali leher, pokok besar di tengah padang, lelaki tua berperut buncit; subjek-subjek ini bukan sekadar mainan imaginasi penulis (seperti yang kerap wujud di dalam cerpen-cerpennya yang terdahulu). Ia juga bukan imbuhan uncanny yang dibuat-buat. Subjek-subjek ini ialah satu simbolik pada sebuah kritikan sosial. Merujuk apa yang terjadi pada pokok besar di tengah padang di akhir cerita, pada pendapat saya, kritikannya bernafaskan politikal.

Penulis juga berjaya menyelitkan topik-topik menarik tanpa menjauhkan pembaca dari cerita utama. Ia adalah selingan yang membantu pada pemahaman latar dan karakter di dalam NDB;- perbezaan penulisan antara sajak, cerpen dan novel, tips menyiram pokok dan seni penglipur lara antara perkongsian yang saya sangat hargai.

Konflik di dalam NDB dibawa dan disatukan dengan baik, namun klimaks kelihatan terburu-buru dan kurang perinciannya jika dibandingkan dengan bab-bab terawal. Merujuk apa yang terjadi pada pokok besar di tengah padang di akhir cerita, saya tidak pasti sama ada apa yang saya simpulkan usai pembacaan adalah sama dengan mesej yang cuba disampaikan penulis. Penamatnya memerlukan pembaca berhenti membaca untuk berfikir sejenak di beranda rumah melihat langit sambil menghisap rokok (atau gula-gula getah jika anda cuba untuk berhenti merokok). Ia tidak disampaikan dengan jelas. Sengaja dibikin begitu mungkin.

Okay yadayadayada, malas saya semakin teruk dan saya ingin tamatkan ulasan ini. Selamat membaca.





In by m o y a, Monday, 25 January 2016


Cerpen random dari internet.

0

Sebenarnya aku baru lepas merungut rindukan bahan bacaan yang boleh buat khayalan menerawang, selepas itu buat aku ketawa tertanya tanya apa yang penulisnya makan. Kemudian aku ke Google cuba mencari satu buku bertajuk A4 yang pernah aku baca. Entah bagaimana aku terjumpa satu cerpen ini yang ditulis oleh Mohammad Ghiffari Abdullah. Sebenarnya ejaan, tanda baca dan plotnya berterabur, tetapi aku dah betulkan semula dan ubah sedikit untuk memudahkan orang membaca.


Hidup Dalam Kehancuran


            Di pagi hari Alv beraktivitas seperti biasanya - pergi ke sekolah SMA, mengepeel dan merapikan rumah. Dia tinggal di rumah berdua bersama adiknya Terra yang masih SMP kerana kedua-dua orang tuanya bekerja di perusahaan riset luar angkasa dan tinggal di luar angkasa.

Di zamannya hidup sekarang, daratan di bumi  tinggal lima belas peratus kerana pertempuran nuklear enam tahun yang lalu. Mereka hidup berkoloni di pesawat induk yang sangat besar bernama Altaria. Pesawat ini berisi kota yang sangat besar dan besar pesawat ini seukuran pulau Kalimantan. Pesawat ini didukung dengan pesawat sub lainnya. Pada suatu hari tiga buah puisi ditulis dan seluruh warga gegar dengan isi puisi ini kerana pada waktu, itu sebelum perang nuklear tiba-tiba wujud puisi tentang ledakan nuklear. Pengarang puisi ini menamai dirinya di internet sebagai Eternity. Isi puisinya;


Hujan Merah

Suatu hari langit yang biru akan menjadi merah
ribuan orang menatap langit di hari itu
melihat malaikat merah menari di langit
dan sebentar lagi akan turun ke bumi
satu persatu mereka turun kebumi dengan bentuk butiran seperti air
saat mereka menyentuh bumi maka kembang api yang indah akan keluar
kembang api yang menyapu apa yang dilewatinya
manusia hanya terdiam saat menyaksikannya
hanya terdiam dan tersenyum menunggu malaikat menghampirinya.


Abu

Abu berterbangan
pergi entah kemana
dan kini hidupku menjadi seperti abu
menjadi abu abu
semenjak kau tinggalkan
dengan cara yang tidak wajar
aku menjjadi suram
sehitam kopi
sesuram abu
sepahit kopi.


Jeritan

Setiap malam mereka menjerit
tapi kenapa kita takbis mendengarnya?
mungkin apa kita sudah kehilangan sifat manusia
atau kita bukan manusia
mereka terus menjerit ketika kita tidur
kelaparan, kehausan, kesakitan
menitih kesakitan
merasakan penderitaan
menunggu ajal
hingga ahirnya mati.


Puisi ini menandakan;

1.       Akan ada hujan meteor yang akan memusnahkan sebahagian manusia.
2.      Orang orang akan kehilangan orang yang disayanginya.
3.      Dan manusia akan dilanda kesengsaraan sampai mati.

Dan benar, sepuluh hari kemudian hujan meteor pun jatuh menghentam Altaria dan pesawat lainnya hingga jatuh. Alv terbangun dari pengsan dan melihat semuanya hancur berantakan. Alv langsung mencari adiknya. Dia tertimpa runtuhan dan Alv berusaha menolongnya tapi Alv ternyata tidak kuat memindahkan reruntuhan itu. Lalu datang pilot pesawat ini dan menolong Alv memindahkannya dan akhirnya adik Alv selamat.

Tamat.


Post navigation