Kubur Yang Tiada Penziarah
tidak,
kamu bukannya seperti kopi yang ku hirup
kerana kamu lebih pahit,
sejarahku bersamamu sungguh pekat
malah, teramat likat
sudah disimpul-ikat, ketat
hanya menunggu detik untuk dihumban
dalam keranda
untuk disemadikan di lapangan sepi,
terus ia berkubur tanpa ada yang akan datang menziarah.
4 Responses to Kubur Yang Tiada Penziarah
Puas hati kann...
time heals everything
satu malam kubur itu akan berasap..hehehe
Pembunuh Tanpa Bayang :
sadis...
Post a Comment