Hazizah, Nokturnal dan Please.
Bunyi tingkap kaca pecah. Hazizah berpura-pura tak dengar, mungkin itu jirannya yang gila. Seperti selalunya, batu dihujankan sesuka hati ke tingkap Hazizah, kedengaran gema sesuatu-perkataan-yang-menggambarkan-orang-yang-kurang-waras-akalnya selang seli, menyahut percikan kaca yang halus mencium tar kelabu. Rambut dihelus lembut bayu hitam.
Nama Hazizah agak sukar untuk disebut bibir, hujung lidah tak mahu bertemu lelangit, dua kali mampir tapi masih tak bersentuh. Hazizah mengulang sebut namanya sendiri berulang kali agar tak rindu (ya, merindukan diri sendiri dari masa lalu, bukankah terkadang kita juga begitu?), lalu berbisik lembut...
“Tonfedd sur a chalon o ddur
Adeiladu ffiniau eglur
Newlid tonfedd
Nofio'r don...”
Pungguk (berpelepah perak dan emas) dari luar jendela menjegilkan mata, memberi isyarat pada Hazizah supaya bersedia, bahawasanya dia bakal dikecilkan saiz jasadnya. Hazizah masih bersiul melodi tadi, sambil angkat punggung dari sisi katil.
Sebentar, please? Hazizah merayu kecil. Dari tadi dia sebenarnya menunggu malam betul-betul pekat, seperti pasir kopi bancuhan dirinya yang lagi satu semalam tika menunggu pungguk yang sama. Semalam tak datang pula, getus Hazizah. Hazizah pula percaya kecantikan seorang wanita terletak pada lena yang cukup setiap hari demi menjaga lingkaran bawah mata ataupun kesihatan kulit muka, maka jaga dia semalaman tanpa tidur akibat kafeina menjadikannya kecantikkannya berkurang.
Pungguk letih menunggu. Hazizah masih merenung luar tingkap. Kerinduannya pada bulan penuh belum terubat. Maka pungguk terbang pergi.
Masa tiada; dicari, masa ada; tak dipeduli, pungguk berbahasa Welsh melawan siulan Hazizah yang tak mempedulikannya.
Hazizah buat tak tahu. Malam ini dia dan bulan saling berbalas renungan.
3 Responses to Hazizah, Nokturnal dan Please.
a pob tro dwi'n codi'r, ffon mae'n dweud "dial"
tak faham....
perempuan nampak cantik bila tidur dalam bas, lepas tu beas tu bergerak laju-break-laju-break-laju.
di saat itu kejadian inertia akan menjadikan kecantikan perempuan berterabur di atas jalan tar.
Post a Comment