319
0
Satu hati suku diberi
Dua hati bawa separuh lagi
Tiga hati curi suku pergi
Empat hati musnahkan saki baki
Pulangkan. Pulangkan. Pulangkan.
Aku sendiri, tak mahu mati lagi
Siat-siatkan bibir itu
yang tersenyum berukir palsu
Patah-patahkan jemari itu
yang menghulur salam bersorok batu
Diorangasingkan itu sakit,
Diorangjahatkan itu pedih, kata seseorang.
Benar.
Hakikatnya engkau tidak pernah begitu
padaku.
Lalu
Biar bibir aku saja yang disiat
kerana lupa membalas senyum tulusmu
Patahkan saja jemariku
kerana sarat menggenggam batu
Hatiku yang kabur, bukanmu kawan.
Dalam bilah2 yang tidak pernah berkenalan.
I dont know what love is, but it would kill me if I lost you.
Itu yang tertulis sebagai sarikata di bawah skrin televishen, tatkala seorang hero [berkumis nipis, sentiasa bersinglet, dan sering muncul di dalam adegan bersembang semasa sedang mengangkat dumbbell] di dalam sebuah kisah percintaan muda mudi dan perebutan harta yang ditayangkan pada waktu perdana menuturkan kata-kata pujangga yang baru dihafalnya. blrghh sepphd hdngogo. Itu saja yang dapat didengar apabila dia cuba menghabiskan dialognya dengan cebisan paha temanita/isteri(?)nya [fakta yang masih kabur kerana pengarah ingin menyelitkan unsur saspen] dalam potongan dadu dan digoreng tepung masih penuh di dalam mulut. Dia takkan kehilangan, maka dia takkan mati. Sang hero menunjukkan mimik muka penuh semangat dan determinasi. Esok, lengan dan buah dada pula. Cheers