Archive for March 2013

Kaktus Itu Sebenarnya

4

Dia kata; 

Kaktus itu kuat,
Lihat sahaja ia boleh
Hidup di tanah gersang
Tanpa air.

Berduri dan tiada siapa
Berani mempermainkan
Serta mengguris permukaannya,
Bahkan tangan sendiri yang
Akan terluka andai tersentuh durinya.

Namun aku kata;

Kaktus itu tampak gagah,
Namun bila ia selalu bermanja
Serta disimbah dengan air,
Ia akan remuk serta duri-durinya
Menjadi tumpul.

Dan akhirnya mati
Oleh kerana kerap kali ditikam
Dengan sesuatu yang menyenangkan
Bagi kita tapi bukan ia -- air.

Kaktus itu sebenarnya--




KITA TUNGGUL

2

Kita cuma tunggul. 

Oleh itu mereka tidak perasan kehadiran kita,
Kita tunggul sebab kita diam dan tidak agresif.

Kita tunggul, 
cuba sepak kalau nak tahu 
nikmat jadi tunggul!

Kaki siapa yang berdarah
Dan tunggul mana yang masih ampuh?
Yang menyepak atau
yang disepak akan sakit?

Kita tunggul.


MENAHAN AMARAH ITU SUKAR

5


Menahan amarah itu sukar
Seolah-olah kalau kita
Berjaya melakukannya,
Dan dia terlepas daripada
Ditumbuk atau disepak kita,
Dunia sepertinya tidak adil.

Tidak adil; kenapa aku kena bersabar
Dengan orang yang macam bajingan?

Kenapa?
Itulah persoalannya.

Tiada yang rugi bagi mereka
Yang menahan amarah.

— Inilah jawapannya.


ITU DULU

2

Dulu kau bilang dia kau yang punya,
Dulu kau khabarkan kepada dunia hatinya kau yang punya,
Dulu canangkan kepada mereka — sahabat handai; jiwanya kau yang punya,
Dulu bulan dan bintang menjadi saksi — kononnya; dia yang kau punya.

Segalanya kau punya
Semuanya kau punya
Serba-serbi kau punya.

Dia
Kau
Yang
Punya.

Sekarang kau minta kepadanya untuk diputuskan segalanya
Dipisahkan jiwa yang kononya serasi — itu dulu.

—Itu dulu 

dan kau memang



Buruk siku.


Post navigation