Archive for September 2012

Wasiat #2

3



Jika aku mati, kuburkan aku di sebelah kuburnya. 
Taburkan benih poppy biar menguntum jadi bunga. 
Masukkan sekali memori kita semua ke dalam keranda.
Dan tulislah di nisan 'Tempat rehat dua orang bercinta'. 


Kerana Tuhan Itu Pendengar Yang Paling Setia

2


Dia tidak pernah terlepas pandang
Hari ini Dia masih setia
Mendengar luahan hati seorang lelaki
Walau dalam tutur katanya
Disulami dengan carutan menyiat hati
Dia tetap mendengar dengan serius
--- Paling setia

Permintaan si lelaki tidak diberitahu
Diterima atau ditolak untuk dicuba sekali lagi
Tapi Dia hanya senyum melihat lelaki
Kerana si lelaki masih ingat
Mahu mencari Dia untuk berbicara
Walau disulami dengan carutan
--- "Kenapa celaka sangat hidup aku?"

Dan yang penting,
-- Dia tidak pernah sibuk untuk mendengar luahan si lelaki. Paling setia.


Dyscalculia

4


Dan aku melihat tepat
Ke jam tangan di tangan kananku
Jarum jam kaku
Jarum minit membeku
Jarum saat sedang tenat menunggu mati
Aku lihat angka-angka di permukaan jam
---berterabur
Mata aku mula berkaca
Ketika jam aku mati dan tidak bernyawa

Di bawah pokok aku bersandar
Ditemani dedaun kering
Ditemani butiran pasir halus
Ditemani kucing liar yang jinak bermain di kaki
Aku tidak tahu bila waktu yang tepat
Kau pergi tinggalkan aku.


Post navigation