Archive for January 2013

ANDAI AKU SEBUAH MESIN CANGGIH YANG DIPANGGIL ROBOT

1


Andai aku sebuah mesin canggih
Yang dipanggil robot,
Aku juga tidak akan terlepas
Daripada segala masalah,
Kerana aku hidup.
Cuma bezanya
Aku tidak punya — nyawa.
Bencana
Tidak akan jauh dari kita.
Aku robot,
Kau manusia.
Kita masih lagi ada persamaan
Iaitu — penanggung masalah.





Hadapilah ia dengan penuh tenang.


BATU API

2

Dalam perjalanan menuju
Ke kapal persahabatan,

Aku terpijak,

Batu api yang — panas.
Membakar serta memisah
Hubungan yang kami bina.

Celaka punya batu api,
Kerja memutuskan ikatan.

Mulut lancang,
Bercerita buruk orang
Tanpa batas
Itu lebih panas daripada — batu api.






Celaka.


Kotoran.

1

Kepala berotak kaki berbulu
Cintanya ditolak amuknya melulu.

Kucing bermisai kambing berjanggut,
Masanya terabai jiwanya serabut.

Sampan perahu buaya betina,
Biarkanlah berlalu kisah cinta lama.

Saudara saudari sehidup semati,
Pergi cari lagi ubat hati sunyi.


Candu

1


Andai nama kau yang terukir
Lalu menjadi sebahagian jiwa
Hebat digasak rasa yang melata
Makanya aku sedang dilamun cinta

Rindu
Mabuk kecanduan oleh kamu
Bagai ganja,
Menagih untuk hilang rasa
Begitulah rindu yang aku rasakan

Bila hanya nama kamu
Sudah cukup bikin aku senyum
Sah,
Aku sedang gila

Gilakan kamu
Parah.
Harapnya tak sampai berdarah.


Neon Insect

0

It was pitch black in my room, and quiet too. The only tone echoed through the surrounding was the sound of crickets chirping lullaby under the bushes outside the house; rubbing the edge of their wings onto each other, much like a fiddler with their strings and bow.


I was half asleep when I spotted flashing glimpse of light at the ceiling. Feeling disturbed, I opened up my semi-closed eyes. It was a firefly, flashing on and off like the neon light of the night club at the city, a beautiful view. Even in the city, it’s so rare to find these insect. City folks have to drive miles and miles to a specific place that has the word ‘fireflies’ carved on its name. I was lucky; this lightning bug willingly came straight into my property.

That night, in my bed, I fancied its glowing exhibition. If the ceiling is the sky, then this firefly is the star. If the ceiling is a stage, then this firefly is a rockstar. I was like its dying fan; a complete nobody who stands anywhere below the stage among its massive crowd. Oh, sometime I wish I could be like this firefly. The natural plugged-in bulb on its butt is like a good music; it catches everyone’s attention, it makes girls screaming, it turns people in love, it feels my disease. Then it was decided. For fame and fortune, I want to be a rockstar!

A few minutes later, my dream cloud collapsed when I saw the firefly was cut in two as it flew near the ceiling fan. It was tragic. I didn’t know where upper half is but I could see clearly the spark of the bottom half slowly fading and exploded, BOOMM!

Pity him, selling out bug.


Alamat Pada Tuhan

0


Aku dikelilingi rasa rindu yang menyesak dada, galau yang berkocak goyang kini makin terasa di laut hati paling dalam, lalu kemana harus aku alamatkan rasa rindu?

kemana harus aku layangkan rasa
kemana harus aku sepikan jiwa
kemana harus aku sembunyi gundah rindu rasa jiwa?


Satu

Niat
Wudhuk
Doa
Takbir
Rukuk
Sujud

ameen

ada namamu dalam doa disetiap sujud ku.
moga segala rasa ini Tuhan simpankan
dan moga-moga Tuhan meredhai.

ku alamatkan pada Tuhan namamu dan rindu


Gula - Gula Kapas

0



Gula gula kapas
Manis,dan  jadi kegilaan,
Lembut, cair di mulut.

Awak nak saya jadi gula - gula kapas?
Manis yang digilai?
Lembut yang mudah cair?

Saya tak mahu.

Yang saya mahu jadi gula - gula kapas itu,
Yang begini, dimata kamu,.

"Manis senyum saya yang akan bikin awak gila,
Awak tundukkan kan keras saya , melalui kata-kata,
dan maka itu, lembut saya hanya awak yang mampu cari"

Itu baru gula - gula kapas awak.
Manis saya untuk awak.
Lembut saya pada awak,
Kasar saya , menyentap awak.
Manja saya, hanya awak yg nampak.


saya bukan gula gula kapas buat semua
tapi hanya untuk seorang
apa mungkin orang itu kamu?


Mahu tulis zine dengan kami? [Tawaran tamat malam ini!]

2


Tawarannya  

Hello guys! Nak menulis untuk zine kami?
Kami mahu buat sebuah zine yang akan dicetak dan dijual. Hasil jualan kami akan guna untuk buat zine zine lain sampai kami kaya dan boleh pergi joli dekat Genting. 
1. Okay, karya apa yang kami mahukan?
Flash/pulp fiction yang pendek pendek ( short-short stories) sepanjang 300-500 patah perkataan. Dan bila saya kata pendek, tak semestinya pendek daripada segi bilangan patah perkataan, tapi pendek daripada segi jalan cerita juga. Ingat, cerita jenis ini laju dan tak main lah fokus fokus muka karekter macam dalam drama indon. Ciri ciri kispen yang saya mahu adalah menarik. Dan bila saya katakan menarik maksudnya mungkin - lain dari yang lain, tidak meleret ke hal hal yang membosankan, boleh buat ittew sentap, idea bijak, kelakar, sedih, tak cliche. 
2. Apa itu flash/pulp fiction? 

Mohon google dulu, lepas google kalau masih tak faham inbox page kami, kami akan cuba terangkan.
3. Bila dan bagaimana nak hantar?

Sebelum matahari terbit pagi nanti (baru lah satu malam. Ha ha ha) dan hantar ke inbox page ini. [http://www.facebook.com/ZineSatuMalam] Tak payah attach doc, kopipes je cerita dalam mesej. Atau kalau engkorang tak ada fesbuk (lulz) sila emailkan ke zinesatumalam@gmail.com. Yang ini kami tak galak sangat, kami jarang check email. Ha ha ha.
4. Semua terpilih ke?
Tak, kami akan pilih yang power power sebab yang ini nak dijual. Harap yang tak terpilih jangan tacing.
5. Penulis dapat apa? 
Tak dapat apa. Kecuali kalau dia nak buat riak depan member member boleh la rasanya. Hasil jualan kami guna untuk terbitkan zine zine lain. Kami juga akan mempertimbangkan penulis yang power untuk join penulis tetap ZSM.
Pecah kaca pecah gelas, lepas baca tulis lekas.


Contoh dan tipsnya - 


Saya mahu adalah sebuah cerita pendek yang pendek (short-short stories). Dan bila saya kata pendek, tak semestinya pendek daripada segi bilangan patah perkataan, tapi pendek daripada segi jalan cerita juga. Ingat, fiksyen yang saya nak sangat ringan, kalian tak perlu fikir jauh dan berat berat untuk menulis, yang penting MULA menulis
Cerita macam mana yang saya nak dan gemar? Ada dua jenis fiksyen yang menarik bagi saya.
A) Satu berunsurkan pulp. Pulp ini ceritanya surreal, tak semestinya menurut hukum logik akal, unlinear dan ringkas. Pulp ini murah, maksudnya cerita dia tidak sastera, tak begitu berisi cuma menghiburkan.
Ini berdasarkan pendapat dan gaya saya je la eh, orang lain berbeza beza, cuma kalau mahu tulis flash fiction berunsurkan pulp sangat mudah. Formula dia logik + tak logik + isi = pulp.

Kita ambil logik, misalnya latar tempat Hentian Sebelah Rawang. Ini logik sebab Hentian Sebelah Rawang wujud. Kita masukkan elemen tak logik, misalnya Nora Danish sedang tertonggeng tonggeng di semak belakang pondok. Tambah pula dengan isi - dia tengah cari katak untuk dicium jadi putera buat teman hidup setelah lama menjanda. Lepas itu kau mula pasang niat mahu jadi katak dicelah rumput rumput Hentian Sebelah Rawang. Lepas puas menyaksikan Nora Danish menonggeng kau segera pulang cari bomoh siam, mahu dijampi menjadi katak. Sebaik sahaja disembur air limau, sisa sisa daun apa-benda-entah-kau-mana-nak-kenal dan saliva bomoh siam tersebut, tiba tiba tanpa jampi adabakadabra pun kau telah menjadi seekor katak puru yang menggerutu. 
Dan tanpa membuang masa kau meloncat loncat kembali ke Hentian Sebelah Rawang tadi, menyorok dalam rumput dan pejam mata sambil berdoa bila matahari terbit nanti susuk Nora Danish menonggeng akan datang kembali.
Sampai la ada dua orang pekerja PLUS datang situ bawa mesin rumput.

B) Satu lagi melodrama.
Gaya ni sangat mudah dan simple. Mesej kau adalah emosi, dan emosi ini akan disampaikan oleh details seperti latar tempat, cuaca, ciri ciri watak, kelakuan watak. Jangan ada banyak dialog, kalau tak nanti dia akan menyerupai cerpen biasa.
Misalnya emosi yang kau nak bawa kesedihan. Tapi kau tak boleh tulis "Dia sedih". Kalau macam itu settle terus cerita. Kau tulis - watak utama sedang duduk di meja bacaan usang dengan lampu meja yang malap, memerhatikan sebuah album gambar atas meja. Kelihatan gambar lama seorang lelaki sedang tersengih duduk memegang perut seorang perempuan yang sedikit berisi, tapi masih cantik di sebelahnya. Angin bertiup masuk melalui tingkap yang terbuka, membawa haruman buku buku yang tersusun kemas di rak tepi dinding bersama titis titis hujan di luar rumah. 
Sejuk dan watak utama masih kaku di meja bacaan. Tiba tiba pintu bilik dibuka, dan perempuan dalam gambar tadi muncul di muka pintu, dengan garis usia yang jelas kelihatan di wajahnya. 
"Along, orang dah nak mula baca yassin ni"
Watak utama menunduk, titis titis air jatuh ke lantai. Bukan hujan. 
Ok ingat, ini pendapat dan apa yang saya nak untuk projek ini sahaja. Tak semestinya apa yang ditulis di atas adalah betul betul true punya definisi flash/pulp fiction. Ada apa apa tak faham tanya, jangan segan. Selamat menulis.

by zoul yazix, Thursday, 3 January 2013


Post navigation