Archive for February 2012
Tuesday, 28 February 2012
[SIRI BERSIRI] Malam Pertama (vii)
Monday, 27 February 2012
[SIRI BERSIRI] Malam Pertama (vi)
bersambung...
Kau Aku
Aku cuba mencari kau dalam aku.
Tak ketemu.
Aku meneropong bayangku dalam diri mu.
Tetap gagal.
Hingga akhirnya aku terduduk sendiri,
menyedari
;
kita sudah lama terpisah
Cuma tiada yang mahu mengalah
Malam yang Hening
Aku mengira mutiara-mutiara kejora yang bertaburan di langit. Lima puluh dua..lima puluh tiga.. Eh, bukan. Sepatutnya dah enam puluh.
Pening betul.
Lupakan tentang jumlah bintang di langit itu. Aku tak kan pernah mampu menghitung bilangan tepatnya. Terasa ingin ku depakan tangan, menghirup udara malam yang hening dan damai ini. Ala-ala dalam filem dan drama. Tappp. Tanganku terlanggar objek legap lutsinar yang sejuk, dek kerana suhu rendah penghawa dingin. Lupa, aku dalam bas. Bukannya di sebuah padang yang luas, atau tepi laut yang terbentang indah seperti mana ilusi yang tercipta di kotak mindaku.
Ah, sudah pukul berapa ini? Baru pukul lapan empat puluh? Bukannya jauh sangat destinasi yang aku tuju ni, tapi mengapa lambat sangat nak sampai? Aku paling tak suka naik kenderaan yang slow. Pening. Tak thrill. Lambat. Apatah lagi aku ni ada penyakit mabuk kereta/bas sejak kecil lagi. Kalau gerak laju, barulah otak aku tak sempat hantar mesej ‘sila muntah’ ke bahagian tengkak.
Aku memandang sekeliling bas. Atau lebih tepat, aku memandang penumpang-penumpang lain yang setia bersemayam di kerusi masing-masing. Ini bukan rutin aku; memerhatikan tingkah laku manusia. Jarang sekali aku begini. Cuba tanya, apa warna baju roommate ku semalam, atau warna cadar katilnya? Nah, pasti aku tak dapat jawab pertanyaan seringkas itu sebab aku memang tak peka dengan keadaan sekeliling. Tapi, situasi sekarang telah menarik deria peka aku untuk keluar dari sangkar dunia sendiri.
Lampu dalam bas malap, maka ketajaman pandanganku harus diguna semaksimum mungkin. Bermula dengan seat depan. Siang tadi, mereka galak bercerita hingga sampaikan aku di belakang boleh dengar. Dua gadis berselendang lilit leher, baru tamat zaman sekolah kot. Masih belasan tahun. Di belakangnya, seorang lelaki 30-an. Semasa menunggu bas tadi, aku terdengar dia bercakap di telefon. Abangnya baru sahaja meninggal, lemas semasa memancing ikan di sungai semalam. Dia bergegas untuk pulang ke kampung, namun tak sempat melihat jenazah untuk kali terakhir. Sabar bang, sabar. Aku menyuruhnya sabar, tapi dia tak mendengar sebab kata-kata itu hanya terucap dalam hatiku. Kemudian, di seat lain, ada seorang perempuan muda. Cukup bergaya. Rambut perang. Dari tadi asyik menjawab panggilan telefon, sekejap sekejap. Boyfriend mungkin. Sebab suaranya cukup lembut semasa bercakap, dan antara jelas atau tidak. Biasalah tu kan. Di hadapan ku pula, ada sepasang remaja lelaki yang mencurigakan. Ada banyak faktor kenapa aku kata begitu. Sejak petang tadi, mereka asyik menoleh ke belakang. Ada yang pelik ke dengan muka aku? Atau aku tidur ternganga tak sedar? Mereka asyik berbisik-bisik, dah la berkongsi earphone. Otak jahat aku cakap, gay lah nih. Tapi otak baik aku lawan, tak baik tuduh macam tu. Jangan prejudis melampau! Okay, okay, kita beralih ke koordinat seterusnya. Seat tepi aku. Seorang akak yang masih muda belia, bertudung kelabu dan blaus ungu. Akak ini lah tadi yang buat deria bau dan isipadu perut aku menjerit-jerit. Mana taknya, tiba-tiba aja bau KFC semerbak dalam bas. Mana tak terancam kan. Terus aku menyesal tolak sandwich hasil nukilan Nur yang sedap gila tadi. Kononnya tak lapar dalam bas. Padahal dah tahap kebulur ni.
“Pak cik, laju lah sikit!” Tak tahan. Aku dah tak tahan. Hungry man is an angry man. Aku nak cepat sampai, itu aja yang aku tahu.
Speed bas tiba-tiba bertambah. Bintang-bintang yang tadi dapat aku kira satu-persatu, kini seperti biasan cahaya yang bergerak laju. Tapi cahaya itu tidak lama, bila tiba-tiba dunia ku gelap sepenuhnya. Aku tak nampak apa-apa. Lampu bas padam ke? Booommmm! Bunyi apa ni? Badan ku tergolek ke lantai bas. Kepala ku pula terasa sangat sakit, dan kaki ku tak dapat bergerak. Aku terdengar jeritan penumpang-penumpang lain, ada yang menjerit 'arghh', bertakbir, dan ada yang menjerit ‘mak’. Tap, tap, tap. Darah. Darah dari kepala laju mengalir di atas kelopak mata dan pipi ku, hingga akhirnya mata itu tertutup sendirinya.
. . .
“Dik, bangun dik”.
Gelap. Hanya sedikit cahaya yang kelihatan. Aku cuba membuka mataku sedikit demi sedikit. Ternampak bintang-bintang yang setia bertaburan di dada langit. Tanganku terasa sejuk menyentuh rerumput. Ramai yang berkumpul di sekelilingku, termasuklah beberapa anggota beruniform merah dan putih.
“Dik, adik okay? Bertenang dik, kami akan cuba selamatkan adik,”
Selamatkan? Apa yang terjadi? Kepala ku sakit, gagal mengingati apa yang terjadi.
37 mangsa lain termasuk pemandu bas terkorban. Hanya aku seorang yang selamat dalam kemalangan ngeri antara bas ekspres dan lori simen, pada malam yang hening itu. Itulah yang tercatat dalam akhbar keesokannya harinya.
Malam yang hening..sewaktu aku mengira bintang-bintang di langit, memerhati manusia sekeliling dan kemudian menengking pemandu bas.
Malam yang hening, bilamana akulah penyebab kemalangan itu. Akulah pembunuh itu..
“Sila tangkap saya, tuan.” Kedua tanganku dihulur ke depan sewaktu aku nekad melangkah masuk ke balai polis itu.
Sungguh
sini
kau
sana
jauh
sangat jauh
kerna lewat malam
kerna kutakpunya kenderaan
jika tidak
akanku ke sana
memelukmu
melutut
memohon maaf darimu
sungguh
sungguh
sungguh
Sunday, 26 February 2012
:: Rintih Anak Pengemis ::
Omong nya tak ada yang didengar,
Rintihnya lapar tak ada yang peduli,
Dia masih tetap disitu,
mencari rezeki.
Kasihan anak kecil itu,
dengan mangkuk sumbing,
dia duduk,menagih simpati.
Bukankah tangan yang memberi
Akan didoakan rezeki
Apa salahnya membantu dia
Untuk hari ini
Esok lusa aku tak pasti
Semoga ada yang memberi
Sekadar cukup dia mengisi
Kelaparan dan menjaga diri
Senyum (Yang Kini Merupakan Perkataan Haram Bagi Aku)
Mari kita ulang rahsia kita dahulu yang tiada siapa tahu versi aku. Mari aku ceritakan ringkas-ringkas, namun benar. Ia benar, melainkan kamu mampu untuk menidakkannya. Kerana waktu itu hanya kamu ada. Dan aku ada. Dan tiada siapa antara kita.
Aku tetamu hidup kamu. Yang datang menyinggah. Kamu jemput aku masuk. Jemput aku duduk di sofa setentangmu. Dalam kelam maghrib, berbalam-balam itu kamu beri senyuman. Dan aku terliur melihat senyum kamu terhidang. Ia nampak seperti stroberi; merah, wangi dan menggiurkan. Lalu aku ambil, aku cuba kecap.
Oh, plastik rupanya.
Saturday, 25 February 2012
Celaka
Wednesday, 22 February 2012
[Kispen] Gabrielle dan Theodore.
"Gab, kamu cakap dengan siapa tu?" Seorang lelaki masuk ke dalam bilik itu.
"Ah, bapak rupanya. Tak ada apalah. Gab saja cuba-cuba guna cermin ni. Bagus jugak ada cermin setinggi ni dalam bilik. Atas sampai bawah nampak jelas refleksinya." Gabrielle lantas bangun. Dia duduk di birai katil.
"Kenapa kamu ni? Nampak macam ada masalah saja?" Theodore duduk di kerusi meja bacaan Gabrielle.
"Hmm. Nampak jelas sangatkah saya ni bermasalah? Heheh." Gabrielle garu kepala. Dia tersipu-sipu. Bukan malu kerana punyai masalah, tetapi malu kerana masalahnya perlu dibincangkan dengan bapaknya.
"Tak adalah sangat. Tapi kalau dah makan pun tak habis macam selalu, tengok televisyen pun macam ziarah kematian, takkanlah tak ada sesuatu yang tak kena dengan kamu ni. Lagipun, kamu tu dah hidup 18 tahun dengan bapak. Setiap perubahan kamu tu bapak nampak, Gab." Theodore menjawab sambil mengusik-usik pen, kertas, buku, apasaja di meja belajar itu. "Kamu.. sudah jatuh cintakah?" Terus tepat memandang mata Gabrielle.
"Erk? Sampai begitu sekali konklusi bapak? Kenapa tak cakap saya ada masalah dalam pelajaran ke, masalah memandu ke.. masalah penglihatan ke..? Masalah cinta pulak yang bapak konklusikan?" Gabrielle tersengih-sengih.
"Tengok ni." Theodore lempar bukulakaran pada Gabrielle. Gabrielle terus sambut. "Siapa tu gadis tu? Bolehtahan lawa dia tu. Bapak nak kenal boleh tak? Kurang, kurang, bapak boleh pasang lagi satu. Heheh." Theodore sengih kambing.
Gabrielle omel perlahan-lahan tanpa bunyi yang jelas kedengaran. Dia buka satu-satu mukasurat bukulakarannya sambil tersenyum-senyum. "Iya, dia gadis idaman saya."
"Idaman sahajakah? Bila nak gerakkan tulang empat kerat tu, romeo?" Theodore bangun. Dia mahu pulang ke biliknya. Tiba-tiba sahaja rindu nak melihat wajah isteri tercinta. Tiba-tiba sahaja rindu nak membelai setiap inci tubuh isterinya.
"Hm. Sudah, bapak. Kata gadis ni, dia belum bersedia. Ada pelbagai lagi perkara yang dia perlu selesaikan sebelum mula bercinta." Gabrielle tutup bukulakaran. Dia juga bangun, lantas letakkan kembali buku itu di atas meja.
"Siapa namanya?"
"Natalie."
"Cantik nama tu. Tak apa, walaupun dia kata begitu, kamu janganlah berhenti memikat hatinya. Mungkin suatu hari nanti dia akan jatuh hati pada kamu seperti kamu jatuh hati padanya? Siapa tahu bukan? Yang penting, jangan putus asa. Kalau kamu penat, rehat sebentar. Duduk dahulu, uruskan kehidupan kamu yang lain. Akan tetapi, jangan pula kamu putus hubungan dengannya. Nanti melepas pula. Jangan sampai dia sangka kamu tidak serius dalam mengejarnya. Parah kamu nanti. Faham tak, Gab?" Sambil berbicara, sambil Theodore berjalan perlahan ke arah pintu. Matanya juga melilau-lilau ke seluruh inci bilik anak lelakinya itu. "Bilik kamu ni.. bagai ada mistletoe. Heheh." Sambung Theodore lagi.
"Mistletoe? Apa tu?" Gabrielle garu kepalanya lagi.
"Google-lah. Baiklah Gab. Bapak nak kembali ke bilik. Rindu pula pada mama kamu tu. Selamat malam. Tahniah kerana telah jatuh cinta. Semoga bertuah juga beroleh hati Natapadia tatau tu." Theodore senyum mesra.
"Natalie-lah bapak." Gabrielle juga balas senyum dengan senyum.
"Haa, ya. Apa-apalah. Malam." Theodore tutup pintu bilik.
"Malam... Nate." Bisik Gabrielle perlahan sambil tersenyum memandang lakaran wajah gadis yang dicintainya.
Sepasang mata bening di pinggir Pasar Budaya, Kuala Lumpur.
Sepasang mata bening di pinggir Pasar Budaya, Kuala Lumpur.
demi kejauhan
kedengaran irama pemuzik buta
bukan merdunya yang mendayu
memaksa aku ke situ, ke jambatan batu.
Tetapi sayu hatiku bagai menderu-deru
menongkah arus sungai yang keruh lesu
demi tradisinya aku di situ
aku digapai oleh sepasang mata bening seorang anak kecil di pangkuan ibu
yang mulanya terkatup rapat
menadah kendi ayan
yang bisa berdenting menerima rezeki.
sepasang mata bening ku tatap terus
entah sejak bila dan sampai bila dia di situ
harus di situ
berumah di jambatan batu
ohh.. sepasang mata bening
ada esakan bertalu
maka bertitisan airmatanya
berdenting di kendi ayan
semakin galak kendi berdenting
semakin ibu tersenyum syukur!
-ima nymy-
April 1988
Monday, 20 February 2012
[SIRI BERSIRI] Malam Pertama (v)
Dalam kekalutan, aku membelek cermin, ah mengapa,ah sial,
ini kegilaan! ini gila. Aku buka pili air, aku cedok air,
aku membasuh muka,aku percaya ini imaginasi sementara.
Setelah berkali membasuh muka, akhirnya aku terduduk, aku meraup
titisan air jernih, nyata aku terkurung di jasad Neelofa.Aku perlu
keluar dari kemelut gila ini. Aku kurang berani mahu melihat selebihnya
anatomi aku yang baru ini, tapi apa salah nya ye dak, bukan selalu dapat begini
kah kah kah
Aku bingkas mandi, ah biarkan aku membelai sementara tubuh ini,
Hey aku Neelofa ok sekarang.Sedang aku bergembira mandi, terdengar
runut bunyi lagu Yuna tadi, eh siapa pula yang mengacau mandi aku ini.
Biarkan lah.
Usai mandi,aku lihat di cermin, dengan susuk tubuh ini, aku suka.
Maksud aku, aku senang melihat kecantikan tersedia. Aku capai telefon bimbit,
ada pesanan ringkas dari Izara, siapa Izara.
" hey babe, buat apa tu, ai ingat nak ajak yu keluar la mlm ni,
ladies night kan. ai ambik yu kat rumah malam ni, pukul 8 lebih ok,
mwaxh mwaxh"
amboi, siap ada kiss.Mungkin teman rapat Neelofa, bermakna ini
malam pertama aku menjadi Neelofa, apa harus aku lakukan selain menjadi Neelofa,
aku memang tidak ada pilihan lain kan.
Nyalaan cigaret dan asap memenuhi kamar ini, Malam ini malam pertama aku yang
terkurung dalam jasad Neelofa, nyata aku agak gementar, sedang aku tidak mengenali siapa Izara
Dalam sibuk aku memikir, aku terpandang sesuatu di rak buku,buku yang kulitnya sedikit usang,
rasa ingin tahu dalam diri membuak-buak, jadi aku teruskan untuk meneliti buku itu
Buku lama, sedikit usang, sedikit berhabuk, aku tiup, tercatat tarikh dan tercatat sesuatu,
" 26 february 2010, Malam Pertama sebabak bersama Dia"
Sunday, 19 February 2012
[SIRI BERSIRI] Malam Pertama (iv)
Aku mengangkat revolver dalam genggaman mahu diacu ke arah PK namun ajaibnya revolver itu sudah bertukar menjadi muncung sebuah pembersih vakum. PK menekan butang on dengan kaki. Belum sempat aku bertindak pembersih vakum itu sudah menyedut jasad aku ke dalam satu spiral berwarna-warni yang aku kira ialah sebuah vorteks antara dimensi. Berpusing-pusing aku berpusing. Semakin dalam aku disedut semakin sayup dekah tawa PK dan Neelofa. Sedang zarah-zarah aku diberaikan untuk disusun kembali di dimensi yang lain, aku sempat acungkan tangan kananku ke atas. Neelofa.....
POOF!!
Aku membuka mata. Kipas bersawang berpusing perlahan depan mata. Aku bangkit duduk. Nafasku termengah-mengah, baju pagodaku lencun dengan peluh. Aku periksa tangan, periksa kaki, juga kepala. Lega, semua sudah lengkap di tempat yang sewajar. Mimpi yang absurd. Sekejap berpuisi dengan kekasih imaginari berambut ikal hitam yang menutup bahagian-bahagian strategik pada malam pertama di sekolah asrama, kemudian tahu-tahu saja sedang menelusuri labirin bersama Neelofa. Aku menarik nafas panjang, ada rasa memulas-mulas di dada. Eh, kenapa perut aku yang berada di dada? Ada kesilapan kalkulasikah ketika pengaturan kembali zarah tadi? Kenapa pula aku berfikir sebegitu walhal itu mimpi cuma?
Terukir di Bintang sedang diiramakan, rington telefon bimbit aku yang terselit bawah toto. Aku abaikan.
Aku korek-korek ashtray tin coca-cola yang sudah penuh, cuba mencari rokok terpilih yang masih bersisa untuk dibuat bekalan dalam tandas. Usaha yang futail semata. Aku bangkit juga namun kerana mamai masih bersisa kepalaku membaham bucu tingkap. Celaka betul. Aku raba-raba kepala yang kesakitan sambil melangkah menuju ke cermin, ingin menilik bahagian terhantuk tadi. Cermin sedikit berkabus. Aku lap dengan tangan kiri. Aku terloncat ke belakang usai melihat refleksiku di cermin. Mustahil. Aku, Neelofa?
[SIRI BERSIRI] Malam Pertama (iii)
Dia memandangku, tepat-tepat ke dalam mata. "Kau kena bacakan aku fiksyen dulu sebelum dapatkan aku." Ujarnya, dengan penuh yakin.
"Fiksyen? Kau mahukan fiksyen? Untuk gadis sejelita kau ini, aku takkan membacakan kau fiksyen, tapi aku akan menunjukkan kau apa itu fiksyen! Rasanya itu lebih baik, bukan?" aku menekan kata di hadapannya dengan wajahku yang mengencang.
Aku jadi tak tentu arah di situ. Memandang mereka berdua dengan perasaan yang 'grrr..'
Saturday, 18 February 2012
[SIRI BERSIRI] Malam Pertama. (ii)
Thursday, 16 February 2012
[SIRI BERSIRI] Malam Pertama. (i)
Malam pertama.
Iya, tak salah lagi. Ini malam pertama. Malam pertama bagi aku. Selalunya bila orang sebut malam pertama, mesti orang fikir malam pertama dalam perkahwinan, yakni malam pertama suami isteri bersenggama bersama. Perkataan malam pertama itu, tidak semestinya malam pertama itu ditujukan untuk malam pertama bersenggama suami isteri bersama.
Boleh juga digunakan ketika malam pertama mendaftarkan diri di hostel kolej. Kalau bernasib baik, diri tidak terlalu bersinar di mata senior dan hidup tidaklah terlalu memenatkan dengan ragging induction yang selalu dikaitkan dengan bulian. Malam pertama juga boleh digunakan ketika malam pertama perlu stay up kerana perlu mengulangkaji sepanjang malam buat pertama kalinya dalam semester itu. Iya, malam pertama ini macam-macam. Ada pelbagai kategori. Di mana kategorinya itu bergantung kepada si pengguna frasa itu.
Dalam hal aku, malam pertama aku yang aku ingin bualkan adalah dalam kategori malam pertama aku serah diri dalam ritual senggama bersama kekasih imaginasi aku. Jaga-jaga, dia dah bukak baju.
Thursday, 9 February 2012
Review: Sayap-Sayap Patah
Wednesday, 8 February 2012
chuck
Dari meja editor muda : Jiwa Seorang Loser
Senja
kenapa senja sentiasa diasosiasi dengan melankolik? aku suka senja. dan hidup aku penuh pahit sedih.
Senja Kuala Lumpur memang indah, tapi buat mereka yang hatinya parah, punah dan berdarah? Ah! |
aku tak minta dia setia. cukuplah sekadar tak sakitkan hati aku. cukup dengan tidak membezakan aku dengan yang lainnya. cukup sekadar melayan aku seperti biasa.
tengah hari tadi aku jumpa dia pegang tangan gadis lain waktu aku makan tengahari. aku bukan tak tahu. ya aku tahu sangat dia ramai perempuan. aku juga pelik. kalaulah dia seorang lelaki bernama Harris berkerjaya hebat, berkereta mewah BMW sports buka bumbung dan pakai minyak wangi jenama Paco Rabanne, logik juga.
aku buat tak tahu. sampai habis waktu makan aku naik ke pejabat dan mengurung diri. walaupun bos aku ketuk pintu mahu borak dengan aku, aku senyapkan diri. aku pandang dinding kaca. dengan kaca fragil itu diri aku terpisah dengan udara. jika tiada, rasanya sudah aku buat free fall. jatuh jatuh jatuh setinggi 30 tingkat sudah bisa menghancurluluhkan otak.
aku nekad mahu tinggalkan dia.
dan aku mahu cari seorang Harris berkerjaya hebat, berkereta mewah BMW sports buka bumbung dan pakai minyak wangi jenama Paco Rabanne. mungkin lelaki begitu lebih baik dari dia.
dan senja ini menjadi saksi dinding kaca itu terpecah. dan senja ini jalan tar di bawah menahan berat tubuh aku. dan senja ini makhluk Kuala Lumpur geger melihat seorang gadis dengan organ dalaman semua hancur sehancur cintanya.
gadis ini sedar dia takkan menjumpai Harris dan dia takkan melupakan lelaki yang mempunyai ramai teman wanita itu.
dan mati adalah satu-satunya cara untuk dia bebas.
Tuesday, 7 February 2012
Lagi Reviu Poin Empat Puloh Empat
Monday, 6 February 2012
Business Proposal
Jan 29