Showing posts with label conteng wall. Show all posts

Conteng Wall : Menulis

0

Dayya Dayyanna

Aku tuliskan mutiara kata
dari air mata keresahan,
dan padanya aku susukkan
jiwa beserta sejahtera Tuhan.


Bagaikan fansuri silangkata
terlekat aksara kata dari
balik sebak antara pelepah
kepak milik malaikat.

Terbanglah tinggitinggi
ke syurga.

Sila duhai malaikat,
sampaikan rinduku pada Tuhan.


Wana Wanana
tulis guna hati , baca guna minda .
orang banyak tulis maki sana maki sini , dalam hati ada daki .


-Niya Adriane

‎::


Bidadari berbuai di taman sari,
Bersama sebuah gitar kecil tak bertali,
mendayu irama merdu sang puisi,
berdendang nada irama dari hati.

Ada embun di hujung tari,
ada sendu berbisik sunyi,
langkah bidadari tinggal disini,
menyusuri tiap denai di hati,

gitar tak bertali dicampak,
dicapai pena putih seri,
dilayar ke atas daunan perak,
timbul bait-bait puisi.

dia menulis dari hati,
gabungan padu jiwa,
dia satukan dengan rasa.
dia bidadari penulis penuh dengan ceritera.



-Isha Idiaz

Menulis Dengan Satu Nama
Oleh : Isha Idiaz
*****
Aku mula menulis dengan satu nama,
Satu nama, dua kata,
Isha Idiaz, itulah sebuah nama pena,
Nama pena yang membuat aku memegang tinta

Aku coretkan kisah cinta mereka,
Tidak lupa kisah sedih menghiris jiwa,
Bagi aku menulis perlu rasa,
Menulis perlu jiwa.

Mereka tertawa bila membaca,
Ada kalanya mereka menitiskan air mata,
Aku hanya menulis kisah biasa,
Kisah biasa yang antara kita ramai mengalaminya

Saat aku menulis, aku berkhayal ke alam maya,
Dunia kecil itu aku punya,
Walau ia mengambil masa lama untuk menyiapkan sebuah cerita,
Kerana aku suka, maka aku rela.

Aku mula menulis dengan satu nama,
Satu nama dua kata,
Isha Idiaz, itulah sebuah nama pena,
Nama pena itu yang pernah membuat aku terluka, dahulu, suatu ketika~

*****
©Hak Cipta Terpelihara – Isha Idiaz


-saya tak pandai menulis, tapi saya menaip.
Khrlhsym Tesquefal

-Intan Maisarah
menulis mampu menenangkan jiwa yang huru-hara.
menulis mampu menghuru-harakan jiwa yang tenang.

-Martini Muaz
untuk menulis nama sendiri sahaja suatu seksa
jika jiwa tiada

-Run Aziluz
maka aku tuliskan kisah dongeng cinta kita dengan darah luka dari hati pecah

-Ku Faiz
kepada babi yang suka memaki
baik kau menulis...

-Syafiq Mohamad
lambakan penulis menulis untuk jadi penulis.

-Sarajevo Amira Maisara
menulis itu suatu kebebasan, 
adakalanya menulis itu juga suatu kepayahan,
 
kadang-kadang menulis itu juga boleh jadi kegembiraan,
menulis juga ibarat seorang pejuang yang menghunus pedang ke pihak lawan,
kuasa menulis itu tidak terjangka skalanya, mampu membuat dunia bertukar menjadi huru-hara,
atau membuatkan dunia ceria dan gembira,
menulis juga ibarat manusia,
kan manusia belajar dan terus belajar?, kalau salah kita masih mampu membetulkannya,
kalau benar pun kita digalakkan mengamalkannya,
menulis juga mampu membuatkan hidup kita akan terus hidup meskipun kita sudah mati,
jadi janganlah berhenti menulis selagi kita mahu bercerita dan berkongsi,
menulis itu juga mampu mencatatkan sejarah yang tak ternilai dengan mata wang rupiah, dolar, mahupun ringgit malaysia,
menulis dan menulis itulah kehidupan aku sebagai pemilik kertas, buku dan pensel.
menulis itu suatu kebahagiaan :)

-Abie Nazrullah
Menulis:

Aku nak orang baca cerita aku.
Aku nak diorang suka baca cerita-cerita aku.
Pastu diorang pun ketawa-ketawa.
Kalau part sedih, diorang pun sedih-sedih.
Kalau part marah, diorang marah-marah hempas meja, kerusi, dan almari.
Kalau part serius, diorang pun ikut serius.

Aku nak gak orang tercari-cari cerita aku.
Nak baca cerita-cerita aku selalu.
Bila aku tak buat cerita diorang tanya.
Bila aku tak tulis-tulis diorang minta.

Tapi, cukup ar cerita aku yang popular.
Biar cerita-cerita aku yang jadi bahan bualan.
Aku tak nak ar popular.
Asal cerita aku popular dah cukup dah.
Sebab aku penulis.
Kalau nak popular, aku tukar jadi artis.

-Lieyanna Esmeralda
hari-hari aku menulis....field report, lab report, tender, diari, conteng-conteng buku, bla bla bla...

-Dayya Dayyanna
Aku ini manusia yang berbicara dari tari jari di papan kekunci, menyusun kata-kata buat difahami. Menulis semampu ada, bercerita seenak rasa. Meluah jiwa, berkongsi cinta. Sampai lelah datang. Tapi itu mungkin tidak mungkin.



-Chik Bulat
‎-Menulis.-

Menulis sebagai terapi. Menulis sebagai bakat. Menulis kerana minat. Tapi pernahkah kita penulis semua pernah membayangkan bahawa menulis adalah hubungan jiwa antara penulis dan tulisannya?

-Linda Zizan
Meluahkan perasaan dengan menulis, itu cara saya untuk lepaskan apa yang terbuku dihati, selain memberi pengajaran dan hiburan pada reader dalam setiap cerita saya

-Rose Merah
menulis adalah roh yang di zahirkan tanpa suara.

-Dayya Dayyanna
menulis ibarat kapal terbang kertas, boleh terbang tinggi tapi sekejap. Ditolak angin hilang imbangan. Jatuh pada air jadi rapuh dan cepat koyak. direnyuk buang dalam sampah. tapi itu semua tak penting, sebab bila sehelai kertas sudah jadi lipatan kapal terbang, pada saat ia dilontar pada angin, muka akan berhias senyum kepuasan. titik. 

itu sudah cukup.

-Päk Läng
menulis-nulis
tertulis-tulis
ditulis-tulis

menjadi tulisan

bebas melayang

dalam bentuk 

roket kertas.

-Kenanga Suchi
Aku menulis kerna mulut terkunci.
Terkunci untuk melafazkan kenyataan.
Kenyataan yang harus aku sembunyikan.
Sembunyikan dari mereka semuanya.
Semuanya untuk aku lindungi kamu.
KAMU.

-Mar Chirpy Chummy
kadang-kadang, tulisan yang tidak di intonasikan dengan betul akan membuatkan percanggahan makna. setuju?


-Akuisme Udy
aku harap telah tertulis penulisan kehidupan untuk aku menulis supaya aku menjadi penulis

-Abu Abbas Bin Saleh
setiap strok kekunci papan kekunci
setiap zahrah gel pena
setiap frekuensi kata dan ukulele

tak ada yang sudi

-Abu Abbas Bin Saleh
Kertas ini mengandungi dua soalan.

Kamu dikehendaki menjawab Soalan 1 dan Soalan 2.
Bagi Soalan 1, kamu boleh memilih sama ada menjawab soalan 1 (a) atau 
Soalan 1 (b).

Bagi tiap – tiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 
patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

1. (a) Suatu kemalangan telah berlaku di hadapan mata kamu. Sebagai 
pemberita, kamu dikehendaki melaporkan kejadian tersebut.
Tuliskan berita itu selengkapnya.

Atau

(b) Kamu ialah seorang peserta pertandingan syarahan di sekolah kamu. 
Tajuk syarahan itu ialah ‘’Tanggungjawab Murid Terhadap Sekolah’’.
Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.

2. Kamu leka bermain selepas waktu sekolah. Setelah beberapa lama, baru 
kamu sedar yang kamu telah ketinggalan bas. Apakah tindakan kamu 
untuk pulang ke rumah.

Kertas soalan tamat

-Mar Chirpy Chummy
rasanya diri ni lebih suka bercakap daripada menulis kerana tulisan aku sering di salahertikan. berpunca daripada salahfaham kerana tulisan, memarakkan api2 pergaduhan sehingga sukar untuk di padamkan dan kadang kala tak masuk akal. mungkin itu sebabnya aku sukar untuk menulis lagi. oh, aku yang tak pandai menulis rupanya. heh!


-Rose Merah
aku menulis untuk terapi jiwa 
aku menulis untuk meluah rasa
ini komunikasi melalui minda dan hati.



-Akuisme Udy
dan aku tulis semua kisah ini dengan darah-darah luka yang kau toreh supaya aku ingat kisah ini supaya aku tak siakan darah ini. supaya aku tak menulis kisah ini dengan darah luka ditoreh untuk sekali lagi..

-Afiq Luq
Kalau yang jerit tak dengar, mahu cara bagaimana lagi untuk menyampai? Ya, menulis. Tapi harus diingat, Menulis Itu Bogel, bak kata Zahiril Adzim


-Lieyanna Esmeralda
jika kau katakan aku hanya menulis sampah, jangan baca. penulisan aku hanya untuk mereka yang masih anggap penulisan aku bukan sampah. dan teruskanlah berbangga dengan tulisan permata kau tu...


-Haikal Blank

menulis tentang kesakitan sedikit sebanyak menyenangkan tetapi menulis tentang kesenangan kita mendatangkan kesakitan orang ramai


-Niya Adriane
menulis dengan air mata
pada dingin malam yang ketujuh
kesekian kalinya langit menangis
melihat bidadari patah tak berwarna

dia menulis pada kaca
dia membaca tinta jiwa
dia tangiskan tulisan hiba
ada jiwa yang bisik kan terluka



-Linda Zizan
Aku bukan 'pecakap' yang bagus,
bukan juga penulis yang handal,
Tapi aku menulis untuk luah apa yang aku rasa..
Dan sekarang,
aku rasa macam nak bunuh engkau..
Izinkan aku .. *senyum sinis


-Ist Mein
jangan main main dengan menatang menulis ni...banyak dah kes menulis ni aku dengar cerita..kes menulis ni lah pak sedara mu kedaroh kopi sampai buncit perut bini bini dia...bukan main senyum anak dia time keluar dari perut mak dia...cilakak sungguh..tu x masuk lagi kes mak ayah kita xsempat nak menulis wasiat..sampai keluar air mata dia suka sebab tengok cara kita bergurau senda dengan adik beradik kita kes nak bagi keharete..sejuk perut mak kita beranak ke kita...tapi yang paling best sekali,kes menulis ni lah mak kita jatuh cinta dengan ayah kita walaupun kes tulisan ayah kita lah cikgu potong sokmo markah dalam periksa


-Päk Läng
‎"menulis lah dari hati, agar tulisan kau tak macam puki..."

-Aan Bertukar
new post

*menulis*

publish







NOTAKAKI : pesan ku jangan pernah untuk berhenti menulis




















Conteng Wall : Warna

0

Kau anugerahkan aku sesuci dan sebersih warna putih dan aku lakarkan melalui dosa-dosa keji menjadikan ia segelap warna hitam yang berkarat
-Keri Henri

W.A.R.N.A.
Walaupun kau pergi menjauh,
Aku masih mahu menunggu,
Rindu itu tidak akan sesekali pergi,
Nyalakanlah prisma-prisma cinta ini;
Agar tidak hitam dan putih seabadi.
***
C.O.L.O.R.
Can you please step in nearer?
O my dear - why the sad face?
Love is not a menace,
Open your heart O my dear - just this once;
Re-live the joy like you have never ever.
-Azhar Ibrahim

: Pelangi! warnanya bukan terdiri daripada hitam dan putih. Begitu juga dengan kehidupan :
-Ahmad Nash

layar yang putihlah paling suci dan indah, tapi senang dikotorkan.
layar yang paling hitam, dia kata dakinya tak perlu disental, sembur pewangi saja cukup, sesuai untuk baju tak berbasuh sebulan.
layar yang warna warni, menarik hati, menyeru orang yang gatal tangan untuk mencalit.
tapi aku rela lutsinar, tiada warna yang menutup.
-Farha Jalila Lokman

warna politik selalunya kabur..
entahkan putih entahkan hitam..
-Yusuf Rosli II

kau telah warnakan hidup aku dengan sejuta warna yang lebih cantik dari warna pelangi yang aku tahu.
aku mohon, jangan calit walau sedikit hitam yang suram dan kelam.
kerna aku takut tersesat dalam kegelapan.
oh Tuhan.
-Yana Mat Shah

saya buta warna mata saya buta jantung saya pun buta. dia tak tahu dia sedang pam darah merah dia cuma tahu dia memflush cinta merah garang, cinta stiletto yang pastinya buta juga. tapi kalau nama cinta pun buta dia sesat lalu terjebak ikut masuk dalam gaung merah nanar itu hell kau tahu !
-Aniss Farisa

aku guna warna hitam untuk tutup warna merah biar orang kata aku si hitam jahat walau sebaliknya aku merah berdarah... sebab kau orang yang toreh luka dalam-dalam tanpa perasaan.. tapi aku tak akan tunjuk aku rebah dengan seksaan kau titipkan
-Akuisme Udy

kita hidup dalam dunia yang penuh dengan warna-warni.tapi Tuhan lihat kita sama sahaja.tak ada beza.
***
hitam Si Jahat,putih Sang Suci.perbezaan yang ketara.kegelapan melawan cahaya. tapi tahi cicak itu sepadan.keserasian yang melampau,sungguh ia nampak molek.
-Syakirah Syark

di tangannya ada segulung kertas putih berisi daun kering.hujung mancis digesek laju,seakan mengejar waktu yang kian sempit.
nyalaan di hujung mancis membakar gulungan kertas putih berisi daun kering itu.ada satu nikmat di situ
tenang dan dalam dia menyedut dan menghembus kembali asap dari gulungan kertas putih.mata kejap lemas sendiri
kepulan asap seakan-akan sayap kayangan buat dia terbang ke dunianya.
dunia nikotin jingga
-Faizal Zol

Tidak merasalah nikmat warna bagi yang buta mata,
hilanglah nikmat Iman bagi yang buta hati.
*Buta mata tak nampak jalan di dunia, buta hati tak nampak jalan ke akhirat
-Hafizah Nasir

merah, hijau, kuning, ungu, biru, kuning, oren, coklat...apabila dicampur, diadun bersama, ianya menjadi hitam..
-Lieyanna Esmeralda


Conteng Wall : Obses

1


-Obses-

"Luv at all,trust few,wrong at none."

Saya tengah berkongsi obsesi saya
yang belum pernah saya kecap.

Chik Bulat


waktu kecik gua obses dengan aiskrim pop , tak tahu kenapa . -..-"
*** 
gua obses dengan cinta gua , tapi se"obses" gua takdelah sampai nak control semua dia buat . Dia bukan suami tapi bakal , dia bukan tiada otak mahu fikir cara menghormati perasaan kekasihnya.
***
Gua obses dengan baju , gua nak kerja kedai baju mak gua tak bagi . sob sob sob
***
Obses pada warna sangat bagus . Itu menunjukkan kamu bukan buta warna .
***
gua obses nak spam wall ZineSatuMalam .
Amiey White
 


obses.....aku gila buku!!!
***
Gila
Ya, aku gila

Gila mengejar impian

Gila untuk menggapai angan

Walau tak tercapai dek tangan

Biarpun hanya di awangan

Aku tak peduli

Kerana obsesi inilah

Aku hidup

Biarpun pernah jatuh tersungkur

Jiwa pernah hancur

Kerana kegilaan ini

Menyuntik semangat meneruskan hidup

Dan aku yakin

Kegilaan ini akan di bayar

Dengan impian yang ku genggam
***
 Obses pada cinta. Kita sebagai manusia kadang-kadang terlalu obses pada cinta. Cinta pada manusia melebihi cinta padaNya. Padahal, kita patut meletakkan obsesi ini lebih lebih kepada Dia yang menciptakan kita.
***
 obses pada ZineSatuMalam menyebabkan individu tersebut kerap tidur lambat.... ;p
***
bangun woiii....

*obses bukak ZineSatuMalam tiap kali online*
Lieyanna Esmeralda

Aku tak peduli apa orang kata tentang tubuh aku. Tubuh aku bukan tubuh mereka. Peduli apa aku dia besar dan berat pun. Kira aku kuat la aku mampu tanggung. Kalau aku memang jenis denganr cakap cakap orang, sebelum PMR lagi aku dah meninggal akibat stress.
Zoul Yazix

aku obses nak membunuh!!!! dan aku suka bau darah!!!!....aku salurkan difinisi aku pada musik keras!!!!!
Azmie Grindcoreholocaust
 
Aku teringat seorang budak yang terlalu obses dengan diri sendiri. Seawal umurnya enam tahun dia sudah tidak betah menjadi watak selain yang pertama dan terpenting. Demi obsesinya itu, dia dengan penuh tekun menumpu segala usaha dalam hidup. Benar, kalau boleh aku undur semula waktu yang telah berlalu pergi, ingin sekali aku katakan kepadanya, "nikmatilah usia kamu selayaknya."

Dan kalau-kalau kau ingat sekarang budak itu sudah jadi orang besar-besar, kau silap banyak. Obsesi itu membunuh dia dan setiap kali teringatkan itu, jauh-jauh dalam hati, aku kesalkan segenap jiwa untuk dia.


Obsesi kalau tidak dikawal elok bakal membawa bencana kemudian hari. Hati-hatilah.
***
Pentas tonton obsesi yang tak akan pernah berhenti untuk seorang karyawan seni tentunya inspirasi. Dan pada setiap inspirasi itu bercambah lagi cabang cabang obsesi, hari demi hari. Ia ibarat pohon ilham yang hidupnya abadi.
Dayya Dayyanna
 
obsesku kepada duniawi!!
Ikmal Hanis
 
obses?
sesuatu yang amat aku takuti bila aku belum memiliki sesuatu yang belum menjadi milik aku.

gila?

semestinya ramai kata aku bila bila benda itu aku sudah miliki tapi aku masih lagi mencari benda yang sudah ada depan mata.

nafsu?

obseskan sesuatu benda boleh menjadi nafsu dan membuat aku menjadi seorang yang hilang kewarasan.
***
"kau gila!"
"tak.kau yang gila,gila!"

"kenapa pula kau kata aku gila?"

"sebab kau obses dengan warna pink."kata Sadeline Vateria kepada Niya Adriane


aku hanya duduk termenung melihat mereka.


hahahhah!!lariiiiiiiikkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!
***
aku obses bila dengan ayat "SALE".
sebab bila aku dengar sahaja,semua kertas-kertas aku yang bernilai akan terbang ke penjual.

sedih.

pilu.

sebak.

tapi puas!
UsaGi KecHik
 
obses..
obses ini kau

obses aku tertulisnya kau

di mana ada aku, terlihatnya kau di situ

obsesi membutakan hati aku yang dalamnya hanya ada kau

dan aku nyta salahkan kau atas obses yang aku ada

kerana setiap obses yang aku wujudkan, pasti ada kau terselit waima sedikit.

Sadeline Vateria
 
aku obses asyik2 refresh pages ZineSatuMalam.kehkehkeh
Syakirah Syark
 
Aku obses dengan hasil kerja yang baik. Kerana bagi aku ia sebuah seni yang mengikuti piawaiannya.
Luc If Fer
 
Aku melihat dia dari jauh, aku merindui dia sentiasa, aku memandang gambarnya setiap masa, aku mengejarnya setiap saat, tidurku mimpikan dia, mandiku bersabunkan dia, makanku berlaukkan dia, aku tahu setiap pergerakkannya, aku faham segala kehendaknya, aku mahukan dia, hanya dia semestinya dia. Oh! aku Obses dengan perkataan dia
***
Bukak Pintu pink, Selak kain pink, Tengok kanan pink, Tengok Kiri pink, Berjalan setapak Pink, Bila bercakap Pink, Nak makan pink, Nak tidur Pink, Dalam keta pink, Bukak mata bilik pink, Masuk tandas Kaler pink, Tengok hp Pink, Tengok kuku Pink, Pakai baju Pink, Bantal tdur Pink. Facebook? Besar rahmat sebab kaler biru.
Aku Alip
 
obses tu sama tang mana dengan gila eh?
Farha Jalila Lokman
 
obses dengan burung biru, burung kuning, burung hijau, burung merah.
burung marah.
Iqin Othman
 
kawan obses nak bagi hadiah something kat korang yg komen bawah nie. tp apakan daya limited, yg cepat jer dapat.. ;D
Cim Xmie
 
Obses of war

I yelled my commands

The children, they cried

But I got my man

We took him away

A bag over his face

From his family and his friends


They took off his clothes

They pissed in his hands

I told them to stop

But then I joined in

We beat him with guns

And batons not just once

But again and again


He said, “Son, have you seen the world? Well what would you say, if I said that you could?”
Yusuf Rosli
 
Obsesku yang TERLAMPAU pada :

1) Kaler PINK

2) Cicak

3) Linda Zizan <LiKE tao! XD

4) Gadis Melayu

5) ZineSatuMalam

6) Kontrol histeria

7) Sarkasis

8) linda-zizan.blogspot.com

9) Facebook

10) Penulis2 muda cm korg, lg2 yg handsome2(agk2 aku blh dpt balak sorg x,yg writer jgk??lol *muka xknal malu)
 
Mocha Lyliee
  
aku obses degan baby.*memberi salam kepada isteri.
Muhamad Firdaus Bujal
 
obses dan obes adalah dua istilah berbeza.
Afiq Luc
 
obsesif kompulsif......
Keri Henri


Post navigation