Showing posts with label catatan. Show all posts

Lubang-Lubang Yang Kita Jatuh

0

aku kira
tak ada jarak
di antara kita,
kerana aku bukan bumi,
engkau bukan langit;
kita kedua-duanya
dan tak ada ruang
yang berani memisahkan
lubang-lubang yang kita jatuh
pada setiap hari
pada setiap pagi.

di saat mimpi terhenti
kita seperti bayi
yang tak tahu apa-apa
melainkan puting susu ibunya.

kita jatuh cinta
pada setiap hari,
pada setiap pagi.


Manusia

0

Ada orang sumbangannya banyak

tapi gelarannya tak banyak

ada orang gelarannya banyak

tapi sumbangannya tak banyak

dasar manusia mengangkat mereka yang tidak selayak


Hal Bipolar, Proses Kreatif, Yoda, Fiksyen dan Geneva.

1

Dari ingatan saya, sebetulnya saya tak berapa pasti siapa antara kenalan saya yang mengajukannya tetapi kenyataan tersebut berbunyi lebih kurang begini, "Aneh bila mana aku membaca semula tulisan yang aku karang semalam-semalam, dan aku tidak mampu menghasilkan yang serupa hari ini." Oh ya, si Api. Beliaulah yang mengutarakan  kenyataan itu usai tamatnya acara Buku Jalanan Titi di Taman Tasik Titiwangsa tempohari. Acara itu membawa diskusi berkenaan sindrom bipolar dan beliau sedikit runsing akan kaitan bipolar dan sisi kreatif penulis (bermula dari situ kami saling mengesyaki sisi bipolar masing-masing. Kami jadi ragu-ragu).

Okay ketepikan dulu hal bipolar, nyahlah dari sini, kerana saya ingin menekankan akan kenyataan beliau itu. Ya, ianya benar. Pada malam yang agak panas dan berbahang, saya telah membaca semula hasilan kerja-taip saya yang dulu-dulu sampai yang terkini (termasuk belasan draf yang saya tinggalkan atau tak terdaya menyambung) lalu terlintaslah di fikiran saya, kerja-taip saya dahulu lebih menarik dari sekarang. Mungkin perasaan sahaja, entahlah. Tetapi sejujurnya kerja-taip saya sekarang banyak dikekang diri sendiri. Saya mahu itu ini begitu begini dan akibatnya ia menjadi terlalu rigid. Proses kreatifnya menumpul, ia telah memakan terlalu banyak masa dan tenaga yang tidak perlu. Tiada santai. Tiada seronok. Macam saya cakap tadi, dikekang. Draf-draf yang terabai banyaknya berpunca dari itu. Ini bikin saya runsing.

Adakah semakin dewasa saya menjadi seorang yang tidak 'fun'? Adakah pengalaman dan ilmu yang ditimba telah membunuh kanak-kanak di dalam diri? Adakah saya akan bertukar menjadi grumpy serius seperti klisenya watak-watak wise old men di dalam fiksyen-fiksyen filem? Mungkin tidak. Saya rasa saya masih lagi mampu mengukir tawa manis gegadis, jadinya saya menolak dalil bahwasanya saya bukan lagi seorang yang 'fun'.

Kerja-taip saya dahulu, lebih jujur, lebih santai menaipnya, lebih seronok, menurut pandangan saya. Fiksyennya memang tipu, namun mesejnya jujur. Kamu faham kan maksud saya? Fiksyen haruslah menipu sedikit-sebanyak. Saya seorang pelupa. Saya tak mampu cerita balik dengan terperinci, satu demi satu, apa yang saya alami. Saya cuma ingat benda penting yang menarik. Ambil contoh, saya nampak beberapa ekor kucing duduk di dalam sebuah pasu. Dari situ, saya akan bina cerita yang membawa kepada poin penting tersebut, atau secara longgar menyampaikan poin itu. Ia mungkin tiada kaitan langsung. Saya boleh taip yang ketika saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, saya telah dikejar anjing lalu jatuh ke dalam longkang. Usai sampai di rumah, saya nampak rumah saya bersepah dan beberapa ekor kucing duduk membentuk bulatan di dalam pasu. Sebuah objek seperti UFO datang dan membawa kekucing itu pergi. Di atas pasu itu sekarang cuma ada sesuatu seperti crop circles. Ah jauh pula saya bersembang, bagaimanapun kamu dapat maksud saya bukan?

Orang khabar satu-satu karya itu ialah bentuk bogel pentaipnya. Sekarang bayangkan pentaip itu seorang perempuan cantik persis Rina Suzuki drummer kugiran Scandal. Karya pertama ialah Rina Suzuki membuka baju sejuknya. Karya kedua ialah Rina Suzuki membuka t-shirtnya. Seterusnya gunakan imaginasi. Poinnya ialah setiap karya menampilkan sisi kebenaran dari sang pentaip, mungkin pengalaman peribadinya. Tetapi pentaip pandai mengaburinya dengan tipu-tipuan, maka jadilah fiksyen, yang pembaca baca, cari dan hadam sendiri-sendiri. Ianya terbuka untuk interpretasi. Takkanlah pentaip nak cerita benda yang benar belaka, baik dia jadi cikgu matematik!

Okay sebenarnya lima perenggan di atas ini ialah introduksi pada topik utama yakni promosi zine kumpulan kerja-taip saya dulu-dulu; Geneva. #ZineGeneva ini memuatkan cerpen-cerpen yang bila saya baca balik saya, tak sangka saya pernah menaip sesuatu yang comel/mengarut macam itu, kah! Kenapa Geneva? Merujuk pada draf saya yang gagal disiapkan (lagi), Geneva itu ialah tempat di mana terowong ideaskap dan mimpiskap bertemu, macam satu dimensi asing, tempat paling tinggi di dalam proses kreatif. Saya namakan Geneva juga kerana pada tahun 2012 saya telah ponteng kelas dan bergerak dari Johor Bahru ke Petaling Jaya menonton gig Russian Circles yang ada antara lagu mereka yang menjadi kegemaran saya bertajuk Geneva dan ia sangat berbaloi. Eh suka hati sayalah!


Kalian boleh dapatkan zine ini di booth ZineSatuMalam di acara-acara seni sekitar Lembah Klang. Jemput ikuti ZSM di laman rasmi berikut untuk informasi pergerakan kolektif ZSM serta hal-hal berkaitan zine:















Pelabelan Manusia

0

Kalaulah manusia itu umpama satu produk makanan yang terjual di pasaraya, apakah label yang kau akan paparkan di luar jasad kau?

Semestinya pada satu produk makanan itu ada nama sebenar produk dan jenamanya. Ya kau manusia, dan nama kau siapa?

Ramuan. Ya daripada apakah terbinanya kau? Susunan ramuannya bergantung kepada peratusannya, dan perlu diatur daripada secara menurun. Daripada apa yang banyak kau ada sampailah terpaling sedikit kau ada. Kalau diberi ketaatan, kepatuhan, kesetiaan, kesungguhan, kedengkian, kemalasan, dan sebagainya; yang mana satukah kau akan tulis dahulu?

Pemberitahuan allergen. Supaya pengguna yang punya hipersensiviti yang tertentu akan berhati-hati dengan kau.

Arahan penyimpanan. Cara terbaik untuk kau kekal hidup. Sila jangan abaikan kerana ini adalah langkah terpenting memelihara kualiti hidup kau. Adakah sebaiknya kau itu terlindung daripada kesusahan dan kekal di zon selesa kau? Atau sedikit kepayahan akan buat kau menjadi manusia yang lebih berketerampilan?

Arahan penyediaan dan penghidangan. Seenaknya, bagaimana kau dihidangkan? Mungkin kau rasa kau elok dihidang sebagai hijabista? Tweet famous? Agamawan? Politikus? Pahlawan papan kekunci? Professional? Peniaga? Pengusaha produk MLM?

Alamat pengilang sama seperti di mana kau dibuat? Hanya orang tua kau saja yang tahu. Mungkin boleh nyatakan tempat kelahiran kau.

Tarikh luput. Sesungguhnya yang ini adalah kerja Tuhan. Tarikh luput setiap kita adalah tidak ketahuan, mungkin produk seperti manusia ini tak perlu dilabelkan tarikh luputnya. Hanya diketahui tarikh lahirnya sahaja. Definisi luput ini boleh diterjemahkan sebagai kehilangan nyawa, kehilangan jatidiri atau apa-apa jua kehilangan yang terpenting buat kau.


Jadi, aku mahu tanya kembali. Labelmu itu seperti apa? Aku sebegini.

Mungkinkah aku selayaknya dilabelkan begini? Entah. Ini cuma andaian.


Typical Cryptic-al.

1

Mungkin ini akhirnya cerita kita. Penakutnya kau berdiam saja. Tidak mngiyakan, mahupun menidakkan. Hakikat yang kita berdua tahu akan berakhir dengan cara kita berdua diam tanpa ada kata-kata akhir walaupun ucapan selamat tinggal.  
Nevermind. Pilihan kau tetap dia, pengakhir yang aku sedar dari awal tapi tak mampu aku percaya.

Ah, pergi mati kau tak guna! Dasar lelaki memang tak boleh dipercaya. Hidup bercinta tak pernah cuba setia. Bila berkata, ayatmu lebih manis dari sebaldi gula. Padahal apa yang kau katakan tak pernah bermaksud apa-apa. Sekadar pemanis untuk buat hati berbunga.

Pergilah kau mengukir bahagia, dengan ayat-ayat manismu yang membalut nista.
Moga dia terpedaya,
supaya kali kedua,
usaha kau mendusta,
tidak sia-sia.

Adios, dickhead.


Jam Lapan Tepat

0

aku tak mahu berasak-asak
kerana pagi ini
aku lebih awal dari matari

kau takkan kukejar
kerana pagi ini
kau di belakangku.

belum tumbuh bayang-bayang
pada tanah; sudahku setuju
jam lapan tepat
kuharus gantikan masa dengan wang.






Mengapa menulis puisi?

0

Salam sejahtera kawan-kawan. 

Aku saja nak kongsi sejumlah alasan mengapa masih menulis puisi oleh M. Aan Mansyur. Sebelum tu, elok aku kenalkan siapa M. Aan Mansyur ni (kalau ada yang belum kenal). 


Beliau adalah seorang penulis puisi kelahiran Sulawesi Selatan yang bekerja sebagai sukarelawan di Kafe Baca Biblioholic dan Komunitas Ininnawa. Untuk ketahui lebih lanjut boleh follow beliau di Twitter (@hurufkecil) atau di blog (hurufkecil.net).

Berikut adalah fragmen alasan beliau mengenai "Mengapa saya masih menulis puisi":

1. Ingin terus hidup di masa kecil kerna baginya puisi adalah dunia yang mencintai kanak-kanak yang hidup dalam diri setiap orang dewasa.

2. Puisi adalah media yang nyaman dan aman untuk menyampaikan kebenaran dan kemungkinan-kemungkinan. Setiap orang punya kekuasaan untuk menafsir kebenarannya masing-masing.

3. Saya menyukai permainan, utamanya permainan bahasa. Ia boleh menciptakan sesuatu nampak sederhana, indah dan dalam sekaligus.

4. Melalui puisi, kita dapat belajar tentang banyak hal. Ingin menulis tentang sesuatu, perlu tahu dan mencari tahu.

5. Puisi adalah satu dunia di mana orang masuk ke dalamnya, datang dari berbagai tempat dan keyakinan berbeza tetapi mereka tidak berseteru. Kita bisa berdansa bersama dengan yang lainnya walau tak pernah berjabat tangan.

6. Saya percaya bahwa dengan menulis puisi adalah cara belajar untuk menjadi manusia sederhana dan rendah hati. Ia menyedarkan diri sendiri bahwa masih ada yang lebih baik (puisi mereka) dan tidak pula kita menghukum yang kurang baik.

Sekian, perkongisan aku daripada bukunya Sudahkah Kau Memeluk Dirimu Hari Ini?.

Jadi, apakah pula alasan kalian menulis puisi?


Conteng Wall : Hipokrit

4

HIPOKRIT

satu perkataan yang kau layangkan untuk aku
bila mana kau rasa aku yang mulakan segalanya
kau gelar aku pelakon pementasan
dengan tinta-tinta jiwa aku
kerana kau pernah simpati pada rasa aku
simpati dengan ranapnya aku
sudah aku bilang
aku ini sinis berkata.
aku ini lalang
jiwa aku mudah berubah
kotak jiwa aku , aku simpan dalam-dalam
aku tak izinkan kau sentuh
sebab rasa kau bukan ikhlas
tapi manis kata semata-mata
kau umpan perawan-perawan manis
dengan kata manis madu kau
bukan hanya aku yang terkena
tapi ada lagi jiwa yang kau palitkan
jadi aku ingin tanya
siapa yang hipokrit
siapa yang pelakon pementasan
tua kau hanya pada umur
tapi perwatakan kau umpama kanak hingusan
bilang lah pada dunia
aku ini gadis yang hipokrit
yang memikat kau dahulu
aku pelakon pementasan
aku biarkan
biarkan.
selama mana kau suka.
bukan aku seorang mangsa manisan kata kau
jadi nya siapa yang hipokrit?
aku, kau atau hantu?
aku ini hipokrit sinis dalam kata.
diam-

- Niya Adriane

manusia hipokrit buat aku hidup dalam gelap.
sampai bila-bila,
sampai mati.
'Bagus.'
- Farha Jalila Lokman

dulu kau kata mahu bagi peluang untuk kita
selepas aku bagi sayang aku kat kau, bina impian macam2
tiba2 kau kata kau masih cintakan dia yang dah tinggalkan kau terkontang kanting
kau kata dia fitnah kau, dia curang ada lelaki lain
manusia hipokrit
sungguh kesian dia yang mendapat kau sebagai pendamping
aku memang doa, kau dapat balasan atas apa kau dah buat kat aku.
dan jangan sesekali kata aku berlagak sebab kau yang tinggalkan aku dulu
aku BENCI kau sampai mati, jerk.
- Sadeline Vateria


manusia paling HIPOKRIT ialah manusia yang kentut tak berbunyi dan bau dia seperti telur tembelang ,pastu pura-pura buat muka tak bersalah .
- Amiey White

manusia dan sifat hipokrit memang tak dapat dipisahkan ; macam ikatan kovalen.

- Afiq Luq

dulu lidah manis janji cinta seteguh kokrit
nak kongsi suka duka pedih perit
kasih sejati abadi walaupon takde duit
tak kisah ape orang kate walaupon semuanya pahit
oh dem.. kata-katamu sungguh sweet
terhayun kejap dengan setiap bait
tak lama kau tahan ikrar janji... chaiitttt
godaan datang kiri kanan semua kau nak kait
memang........ hipokrit
- Yusuf Rosli

Haru-biru nak bercakap pasal subjek ni,
Itu betul, ini salah,
Perspektif orang pelbagai,
Objektif orang pun macam-macam,
Kalau nawaitu baik - baiklah, tak baik - tak baiklah,
Rungut umum "jangan hipokrit bagai",
Itulah kau - manusia sebenarnya semua pun pelakon;
Topeng masing-masing pun ada pakai.
- Azhar Ibrahim

Hipokrit itu bukan perbuatan tetapi hipokrit ialah perjalanan yang sesat dalam mencari diri sendiri.
- Yeap Ah Jie

Cantikkan yang di luar tidak berguna tanpa cantik di dalam. Hipokrit pada diri sendiri adalah suatu dosa yang paling zalim.
- Dayya Dayyana

aku sedang berhipokrit pada diri aku sendiri. aku hipokrit kerana nak puas hati kan korang semua. tapi kalau kau tak nampak juga. kau buta.
- Anis Che Rusli

ada ke dalam dunia ni manusia tak hipokrit? menipu lah. antara ketara atau tak je yang membezakannya.
- Krakenia Andromeda Nesa

hipokrit itu macam burger yang ada dua jenis daging dalam satu roti.
- Syakirah Syark

muka kau ada banyak, mana kau dapat? untuk aku ada tak? atau kau memang suka bermuka muka atau lebih jelas kau seorang yang Hipokrit.
- Rayhan Ahmad

kau letak tisu dalam bra kau dan berjalan bangga menunjuk kau punya besar. kau memang faking hipokrit!
- Muhammad Hairudi

dunia aku penuh dengan lakonan..
hipokrit bukan lagi bayi baru untuk aku...
tipulah kalau aku mengatakan yang aku manusia penuh dengan jalan yang lurus..
hipokrit..hipokrit...
manusia dengan hipokrit umpana isi dengan kuku...
juga seperti air yang dicincang tidak akan putus..
tapi aku dengan hipokrit umpama si kembar..
hidup penuh dengan penafian memang merana..
tapi itulah manusia...
tidak pernah puas hati...
kadang kala kita perlu hipokrit demi kepentingan diri..
penting sangat ke??
bagi aku yaa..
sebab tanpa hipokrit..
aku seorang manusia yang sering diperbodohkan...
- Usagi Kechik

hipokrit paling hina - guna agama untuk flirt perempuan.
- Fatahul Nizam

aku buang,campak jauh-jauhrasa ini.
biar mati.biar hilang.
pendam sampai jadi bungkam.
biar tak remuk hancur punah lagi.
buang nanah busuk
biar mengalir diserap
biar
dan aku tetap terus biar
penat.sumpah aku penat
pejam mata.aku diam.
biar hati bungkam
berlagu nada gundah.
akan aku buang.
buang jauh-jauh
esok aku minta dilahirkan perasaan baru
biar hipokrit kata juga tubuh
biar hidup hipokrit dengan jiwa baru.
- Niya Adriane

kopipes badan orang dan dijadikan dp sendiri bukan hiprokrit, itu trend!
- Khrlhsym

hipokrit = aku
- Lieyanna Esmeralda

kehidupan itu hipokrit.
- Ikmal Hanis

Hipokrit itu palsu
palsu itu tipu
tipu itu dosa
dosa itu salah
salah itu manusia
manusia itu aku.
- Zoul Yazix

 Everyone is a hypocrite, but each of us do it worse in front of the Al-Mighty.
- Lucifer (ironinya. kah kah kah)



Post navigation