Senja merah jambu
0
tidak,
kamu bukannya seperti kopi yang ku hirup
kerana kamu lebih pahit,
sejarahku bersamamu sungguh pekat
malah, teramat likat
sudah disimpul-ikat, ketat
hanya menunggu detik untuk dihumban
dalam keranda
untuk disemadikan di lapangan sepi,
terus ia berkubur tanpa ada yang akan datang menziarah.
Kau masih berkeras
Sudahlah, terserah saja
Jangan bilang aku tidak membatas
Ego yang kau agungkan itu
kau biarkannya gila.
Tidak erti lagi kau pertontonkan
Manusia hanya lihat bilang2 setiap jemari
Niat sucimu meniup udara cinta semarakkan
Terhempas sia ke lantai dipijak pesakit
hati.
Jika kau masih tegar
Mari aku patahkan sayap itu
Akan ku jaja sekitar bandar
Pulangannya agak lumayan dan
tentu itu kau tahu,
bukan?
Kerana orang tuamu
Membesarkanmu
Dengan cinta gagal mereka
Dan kau adalah ciptaan mereka
Yang gagal.
Mulut di ikat ketat,
Tangan digari,
Mata dicakari,
Segalanya dihalangi,
Mengikut titah manusia durjani,
Dianggap dewa bumi.
Usah laungkan janji tak pasti,
Pernah kau contohi perjuangan nabi?
Lihat langit,
Birunya tidak seperti dulu,
Lihat angin,
Lagunya tak semerdu dulu,
Lihat rumput,
Hijaunya tak seindah dulu,
Lihat kita,
Usah takut seperti dulu,
Usah bodoh mematu.
Duhai saudara berada di mesir sana,
Ku titipkan doa tanpa usai letih,
Ku layari setiap berita sahih,
Aku lemah lagi hina,
Anak disana sudah berani memegang senjata,
Sedangkan di sini leka berkarok katanya,
Moga Allah tunjukkan yang benar,
Moga Islam terus berkibar.
- Dolly