Bismillah

1

Mulut di ikat ketat,
Tangan digari,
Mata dicakari,
Segalanya dihalangi,
Mengikut titah manusia durjani,
Dianggap dewa bumi.

Usah laungkan janji tak pasti,
Pernah kau contohi perjuangan nabi?

Lihat langit,
Birunya tidak seperti dulu,
Lihat angin,
Lagunya tak semerdu dulu,
Lihat rumput,
Hijaunya tak seindah dulu,
Lihat kita,
Usah takut seperti dulu,
Usah bodoh mematu.


Duhai saudara berada di mesir sana,
Ku titipkan doa tanpa usai letih,
Ku layari setiap berita sahih,
Aku lemah lagi hina,
Anak disana sudah berani memegang senjata,
Sedangkan di sini leka berkarok katanya,
Moga Allah tunjukkan yang benar,
Moga Islam terus berkibar.

- Dolly


Hazizah, Nokturnal dan Please.

3

Bunyi tingkap kaca pecah. Hazizah berpura-pura tak dengar, mungkin itu jirannya yang gila. Seperti selalunya, batu dihujankan sesuka hati ke tingkap Hazizah, kedengaran gema sesuatu-perkataan-yang-menggambarkan-orang-yang-kurang-waras-akalnya selang seli, menyahut percikan kaca yang halus mencium tar kelabu. Rambut dihelus lembut bayu hitam.

Nama Hazizah agak sukar untuk disebut bibir, hujung lidah tak mahu bertemu lelangit, dua kali mampir tapi masih tak bersentuh. Hazizah mengulang sebut namanya sendiri berulang kali agar tak rindu (ya, merindukan diri sendiri dari masa lalu, bukankah terkadang kita juga begitu?), lalu berbisik lembut...

“Tonfedd sur a chalon o ddur
Adeiladu ffiniau eglur
Newlid tonfedd
Nofio'r don...”

Pungguk (berpelepah perak dan emas) dari luar jendela menjegilkan mata, memberi isyarat pada Hazizah supaya bersedia, bahawasanya dia bakal dikecilkan saiz jasadnya. Hazizah masih bersiul melodi tadi, sambil angkat punggung dari sisi katil.

Sebentar, please? Hazizah merayu kecil. Dari tadi dia sebenarnya menunggu malam betul-betul pekat, seperti pasir kopi bancuhan dirinya yang lagi satu semalam tika menunggu pungguk yang sama. Semalam tak datang pula, getus Hazizah. Hazizah pula percaya kecantikan seorang wanita terletak pada lena yang cukup setiap hari demi menjaga lingkaran bawah mata ataupun kesihatan kulit muka, maka jaga dia semalaman tanpa tidur akibat kafeina menjadikannya kecantikkannya berkurang.

Pungguk letih menunggu. Hazizah masih merenung luar tingkap. Kerinduannya pada bulan penuh belum terubat. Maka pungguk terbang pergi.

Masa tiada; dicari, masa ada; tak dipeduli, pungguk berbahasa Welsh melawan siulan Hazizah yang tak mempedulikannya. 

Hazizah buat tak tahu. Malam ini dia dan bulan saling berbalas renungan.
Ini temujanji nokturnal yang tak dirancang.



Janji jari

2


Mahu saja aku tusuk,
Humban jauh jari celaka
Mahu saja aku bakar,
Biar jasad busuk hancur abu,
Mahu saja aku robek,
Tujah jantung hilang nyawa.
Dendam perit ranap hati
Mahu saja hapus kamu.
Ya, hati ini masih tolol,
Tunduk percaya sumpah setia.

Kemarin,

Kau pergi tanpa kita.

- Nisa Anwar


Perempuan

1

Perempuan

Air mata perempuan itu terusan mengalir tanpa henti
Tak penatkah kau ?
Tak pedihkah matamu sayang ?
Sabar
Masih ada jalan yang terbaik
Ini cuma sedikit dugaan untuk menguji kuatkah engkau ?
Atau dengan senang kau mengalah.


Air mata perempuan itu tak diminta untuk dilap
Cuma minta untuk dimengerti sedikit rasa dihati yang lara


Tolong.
Jangan pandang aku dengan mata kesian
Jangan pandang aku dengan penuh ejek tawa di hati

Aku tak mahu dipandang dengan penuh simpati seolah aku sangat lemah
Dan jika aku dibenci sekalipun
Jangan pandang aku hanya untuk mengeji. 
Kau boleh beransur pergi
tanpa menyakiti naluri rasa yang kian parah


- Nur Aini Mat Hassan


Sedang cari penulis untuk Tanpa Nama!

1


Tanpa Nama adalah sekumpulan penulis puisi yang bernaung dibawah ZSM. Sering berkicau di twitter @twt_tanpanama. Mereka bergerak secara berdikari dan turut mempunyai blog sendiri  di http://notatanpanama.blogspot.com/.

Tanpa Nama mempunyai satu port rahsia di fesbuk. Dalam port tersebut mereka sering membincangkan aktiviti aktiviti seperti hashtag TN, event puisi, zine. Selain itu mereka sering berbincang mengenai isu isu puisi, tokoh tokoh puisi dan berkongsi ilmu masing masing. Sebagai sekumpulan manusia biasa, mereka juga tidak terlepas dari dosa mengumpat dalam group.

Ya, kami sedang mencari penulis baru untuk memeriahkan kumpulan ini. Sebagai panduan, ciri ciri berikut kami berikan supaya tidak ada mana mana pihak yang akan menyesal di kemudian hari;

1. Penulis mestilah tahu menulis puisi, sebabnya ini group puisi, bukannya group pejuang bahasa yang entah mende mende.

2. Puisi yang ditulis pula haruslah menarik dan unik. Kami tak minta puisi yang hebat macam sasterawan kerana kita semua pun masih dalam proses belajar, cuma yang kami mahukan adalah gaya yang tersendiri. Bila kita baca kita tahu "Oh ini mesti puisi brader yang gitu gitu tu". Dan cuba elak pakai ayat yang biasa seperti "aku umpama pungguk yang memandang mu bulan nun jauh di atas sana". Cuba buat kelainan, contohnya "aku umpama budak gemuk sepuluh tahun dengan muka melekap rapat di dinding kaca Big Apple, memerhatikan dirimu The Alien, ciptaan terindah". Contoh je, contoh.

3. Penulis yang bakal mencuba kena bersedia untuk memberi komitmen pada aktiviti aktiviti group Tanpa Nama. Kami ada banyak aktiviti, jadi kalau anda orang yang sibuk, maka elakkan lah masuk. Tak nak ada silent member. Belajar, bekerja? Kami pun, cuma bila kita minat sesuatu benda, sibuk macam mana sekalipun pasti kita luangkan juga sedikit masa untuk buat benda yang kita suka. Kan kan kan?

4. Bersedia untuk belajar, dikritik dan mengkritik. Kalau tak, boleh pergi sambung main twitter.

5. Anda mesti lah orang yang fun. Maksudnya tak serius macam cikgu disiplin. Sebabnya dalam group ini kami sering bergurau, ala macam famili famili. Gittoh.


Anda menepati ciri ciri di atas? Nak mencuba? Kami cuma nak 5 orang penulis. 3 akan dicari melalui email manakala selebihnya kami akan cari di twitter. Tawaran tamat bila dah cukup 5 orang!

Untuk email - sila hantar ke kamitanpanama@gmail.com dengan subjek "Join TN".

i. Nama (tak nak anonymous) / Nama glemer kalau anda glemer.
ii. Tweethandle & URL fesbuk
iii. Contoh puisi. Maksimum dua puisi sahaja. Puisi tema apa pun tak apa.
iv. Sebab paling jujur anda boleh bagi kenapa nak join Tanpa Nama.

Untuk twitter - sila mention @twt_tanpanama dengan puisi twitter anda. Puisi anda mestilah bertemakan "cinta". Ya, ini sebenarnya satu perangkap. Cinta adalah antara benda paling cliche dalam dunia. Jadi anda kena kreatif tukarkan cliche kepada "clichelaka, powernya!"

Ya, kami memang demand. Kalau tak suka, kekal tenang dan rileks brader, brader rileks.

by zoul yazix, Thursday, 15 August 2013


Post navigation