Review: Zine Satu Malam: Sejarah Alternatif

6

Assalamualaikum.....hehe

Ini adalah review lebih kurang dari perspektif mata aku. Kali ini, kita dapat lihat ramai penulis baru yang menghantar karya. Cekidautt

1) Tembok  oleh Ali Rafiq

Cerita mengenai Amir yang dibunuh kerana menconteng Tembok Besar Malaya yang mana ia memisahkan malaya kepada 2, iaitu Malaya Utara dan Malaya Selatan. Kerana Tembok itu, Amir terpisah dengan kekasihnya, Maya. Cerita yang menarik untuk permulaan bagi cerita yang seterusnya.

2) Apa Terjadi Jika Charles V. Brooke Tidak Menyerahkan Sarawak Kepada British oleh Mo. Ita

Tajuk yang paling panjang dalam zine kali ini. Disini, penulis melontarkan pandangannya bagaimana jika Charles V. Brooke kekal memerintah Sarawak dan tidak menyerahkannya kepada British dan kesannya kepada sosiobudaya, sosiopolitik, ekonomi, bahasa dan sebagainya.

3) Sang Saka Malaya oleh Pak Lang

Cerita berkisar zaman 'Tanah Melayu'. Di sini, penulis cuba membayangkan dengan menukar peranan PKM dan UMNO semasa zaman sebelum merdeka. Korang bacalah sendiri. Hehe

4) Stefanie oleh Lieyanna Esmeralda

Ok, ini cerita aku. Kisah mengenai Hitler dan Princess Stefanie dan bagaimana jika mereka bercinta.

5) Harold Mac Michael 1945 oleh Izza

Tengok tajuk, kita sudah dapat tangkap ini mengenai Malayan Union. Siapa tak tahu, bukak balik buku teks sejarah ataupun nota subjek kenegaraan. Disini, penulis menceritakan kegagalan Harold Mac Michael memujuk Raja-Raja Melayu untuk menerima Malayan Union. Akhirnya Harold mati ditikam.

6) Peace Love Empathy oleh Hanif Boey

Ok, kita tinggal seketika sejarah malaysia. Kisah ini mengenai bagaimana jika Kurt Cobain tidak mati malah sebaliknya bininya, Courtney. Courtney mati kerana dibunuh  Kurt kerana bininya itu ada hubungan sulit dengan lelaki lain.

7) Millennium oleh Unicorn Gila

Penulis menceritakan bagaimana virus millennium telah menyerang dan menjahanamkan segala macam sistem telekomunikasi di Malaysia yang di dalangi oleh Clinton dan kuncu-kuncunya. Bayangkan hidup tanpa fesbuk, twitter, telefon.............hmmm

8) Operasi Matador oleh Perempuan

cerita mengenai usaha pihak british memujuk Thailand supaya dibekalkan sejumlah gadis dan gadis jadian thailand untuk menyekat kemaraan Jepun ke Tanah Melayu. Penghujung kisah yang buat aku tersengih.

9) Natrah antara Populariti dan Kekayaan oleh Syakirah Syark

Cerita mengenai bila mahkamah memutuskan bahawa perkahwinan antara Natrah dan Mansor Adabi adalah sah dan bagaimana penulis cuba membayangkan efeknya kepada Malaysia. Menarik.

10) Jepsia oleh Oreen Reenbow

Penulis berimaginasi bagaimana jika Jepun dulu terus kekal menguasai Tanah Melayu, dan tertubuhnya Jepsia, bukan Malaysia.

11) Boya oleh Lucif Abdullah

Penulis bercerita mengenai James Brooke yang datang ke Sarawak dan menamakan sebuah tempat sebagai Boya setelah melihat seekor buaya di sebatang sungai.

12) Sejarah Alterasi Malaya oleh Abu Abas

Kisah yang agak panjang.hehe. Ia bermula pada zaman pemerintahan Maharaja Buddha hingga ke zaman 'Tanah Melayu dan seterusnya Malaya. Gila dahsyat penulis ni. Sila baca untuk tahu lebih lanjut.

13) Coup De Etat oleh Johan Radzi

Kisah yang paling panjang aku rasa dalam zine kali ini. Kisah mengenai Awang, pejuang PKM yang bangkit memberontak untuk memperjuangkan kemerdekaan. Dia membunuh raja-raja, ahli ekonomi, imperialis dan juga tokoh tokoh penting. Akhir cerita, komunis berjaya menguasai Malaya. Err, kepada penulis, tahun 1957 Malaysia masih belum ditubuhkan. hehe

14) Nowhere Man oleh Nasyrun Nasyrun Nasyrun

Penulis bercerita mengenai lagenda dalam dunia muzik, John Lennon. Anda juga patut baca sendiri. Menarik.

15) Skriptur Lusuh oleh Lucif Abdullah

Karya kedua Lucif dalam edisi kali ini. Dalam kisah ini, 1 skriptur dijumpai oleh seorang remaja yang bernama Dane. penulis juga menceritakan mengenai pertelagahan antara Nikola Tesla dengan Thomas Edison mengenai pendapat masing masing mengenai arus terus dan arus ulang alik.

16) 13 Mei oleh Larasephia

Dalam cerita ini, penulis membayangkan kejadian rusuhan kaum pada 13 Mei ditukar kepada aktivit gotong royong sehinggalah jamuan makan sesama mereka. menarik juga.

17) Pagi oleh Ramona Bunga

Kisah mengenai 'Aku' yang bangun pagi untuk menyambut keraian kerana perlantika Presiden baru Malaysia. Cerita selepas Pilihanraya. Anda patut baca untuk faham sendiri.hehe

18) Kalau Dia Tiada oleh Sastraboy Suhadi

Juga kisah yang panjang dalam zine ini. Penulis menceritakan mengenai lelaki satu dan lelaki dua dan bagaimana perjalanan lelaki dua dalam mencari 'Muhammad'. Penulis juga menceritakan bagaimana jika dunia ini, manusia tidak mengenali siapa itu Muhammad dan secara amnya Islam dan bagaimana kecelakaan yang berlaku di dunia jika itu berlaku.Errr...harap tidak salah tafsiran aku.

Sekian sahaja ulasan 18 cerita dalam zine kali ini. Ada salah silap harap dapat ditegur dengan berhemah. :D


1. Farha tanya, malaikat mana?

5

Farha tanya, malaikat mana setelah aku katakan lelaki itu saitan, perempuan itu saitan.

Jawab saya, Farha, saitan itu adalah adik-adik manis yang sedang dipandang. Pinggul yang cantik, dada yang montok, blonde pada siangnya. Dan menjadi sebesar zarah pada malam sewaktu sedang diangkat naik separuh jiwa mereka dan dicicip oleh filem-filem pendek mengingatkan tentang mati dan oasis dipadang salju.


Reviu Buku Punk Rock: Disebalik Fesyen dan Muzik Bising

5


Buku keluaran Papakerma Press, Deleted Books & Kolektif Kaki Ketik ini sampai ke tangan aku pada 26/1/2012. Dengan ketebalan 136 muka surat berisi tulisan-tulisan dan beberapa foto yang terselit, memang berbaloi pun dengan harga RM20.00 senaskah. Kulit luar memang cantik, nampak sedikit unsur PUNKnya. Masa aku pertama kali tengok post pasal buku ini dekat fesbuk, aku tanya diri aku balik, “apa yang ada disebalik punk rock?”

Barisan penulis yang menjayakan buku ini pun bukan calang-calang. Semua dah berkecimpung dalam dunia dan ideologi punk selama bertahun-tahun Semua ialah punk rocker tegar yang terdiri daripada cikgu prinsip akaun, cikgu bahasa inggeris, peguam, tokey kedai, artis grafik, pensyarah lukisan figura, cikgu sekolah khas, operator kren, pekerja ICT dan pensyarah pembelajaran kreatif. Siapa cakap jadi punk tak boleh berjaya huh? Siapa cakap jadi punk kena makan sampah?

Buku PUNK ROCK: Disebalik Fesyen dan Muzik Bising (bermula dari sini aku akan gunakan BPR sahaja sebagai singkatan) diterbitkan bertujuan untuk menangkis dan menafikan segala stigma negatif masyarakat umum tentang punk yang dihadam dari skop kecil media utama. Ada sepuluh tulisan garapan fresh dan juga sedikit cedokan dari blog para penulis yang termuat dalam buku ini. Masing-masing memberikan definisi punk dari sudut berbeza melalui penceritaan pengalaman, hujahan pendapat dan soal jawab namun masih bermain di sekitar isu yang sama seperti ideologi Do-It-Yourself (D.I.Y), politik, penindasan, muzik, fesyen dan perjuangan punk. Tulisannya tidak formal dan bersahaja tetapi tidak berapa berbunga jadi ia boleh dibaca dan dengan pantas dan ditelan dengan mudah. Tahu-tahu je, dah khatam dah. Kahkah.

  • ·         Punk: Disebalik Fesyen dan Muzik Bising

Hafeez terus menjawab kekeliruan masyarakat berkaitan punk. Ada juga dua tiga quotes menarik yang         beliau selitkan untuk menyokong pendapatnya

  • ·         Bihun Bakso dan Punk Rock

Bila baca dah dekat 6 mukasurat, aku mula tertanya-tanya, “Eh panjang betul?” Ini ialah hujahan pendapat + pengalaman dari Mat Yie, yang akhirnya disimpulkan oleh bihun bakso itu sendiri. Sebagai bonus, beliau turut melampirkan dua lirik lagu tulisan beliau pada muka surat terakhir.

  • ·         Bagai Ikan Makan Memerut

Format tulisan Fazri agak mengelirukan sedikit, tapi Bagai Ikan Makan Memerut berkisar mengenai aktiviti-aktiviti D.I.Y di A//MINCE studio dan Infoshop. Pernah dengar pasal rumah keluarga Robiah di Terengganu? Pernah dengar laungan Food Not Bomb?

  • ·         Kepercayaan Kepada…

Pada suatu hari, Napalm Death dan Youth Of Today bertemu Zaki dan bercambahlah punk di dalam dirinya. Sila rujuk mukasurat 54 sehingga 58 untuk rujukan bunyi-bunyi bising yang mempengaruhi beliau. Mungkin ada yang kau terlepas dengar.

  • ·         Kita Borak Jap…

Kalau kau pernah rasa sesuatu yang kau kutip sebaik sahaja kau balik dari melepak di mamak sampai membawa ke tidur, macam itulah aku rasa bila aku baca tulisan dari Wolf ini.

  • ·         Punk Singgang

Kata Nizang, jadi punk tak perlu reti main gitar, tak perlu berfesyen but jaket tajam-tajam segala, jadi aku simpulkan sedikit dari jiwa aku ialah punk. Ia dah wujud dalam diri setiap manusia sebenarnya.

  • ·         Mencari Konsensus

Dhani mengulas punk dalam bentuk soal jawab. Tanya satu jawab sepuluh. Yang hujung-hujung rasa macam tengah berdebat pun ada.

  • ·         Terbalik Ini Cerita

Pada awalnya aku pelik jugak membaca perenggan-perenggan awal tapi dah selesai baru nampak kaitannya. Kenalah dengan tajuk.

  • ·         Aku dan Sepucuk Revolver Bernama Punk

Cedokan dari blog abang Nan yang ditambahbaik, mungkin tulisan terpendek dalam BPR tapi ‘once you know the real truth nothing will break you.’

  • ·         Diari Seorang Punk Rocker

Ini tulisan terakhir dan merupakan kegemaran aku. Cerita Din Akar pasal detik-detik pertama beliau menerbitkan zine dari peluh sendiri memang sangat WIN! Oh, ada juga beliau kongsikan beberapa teknik sulit old skool dalam urusan surat menyurat. Hehe.

BPR dalam mata aku memang menarik mungkin sebab aku lebih berminat dengan muzik dan cerita berunsur realiti ala-ala biografi tapi aku sarankan kau dan kau atau kau bolot buku ini jugak untuk tambah pengetahuan. Ia sebuah buku yang jujur, aku jamin dengan nyawa aku.
Untuk pesanan atau segala info pasal BPR, rujuk sini:

reviu oleh : Sang Gabriel



Bukan Ulasan tetapi Mempromosikan Sesuatu Yang Lain

6

Saya bukan lah siapa-siapa untuk Jargon Books, cuma lah pembaca, yang apabila si pembaca ini suka kan apa yang dia baca, dia ingin bagi orang lain baca sekali untuk meraikan 'excitement' yang dia perolehi ketika membacanya, sama lah macam saya, mahu mengkongsikan sesuatu yang barang kali, berbaloi untuk kalian habiskan RM 23 untuk buku yang mempunyai 133 muka surat, 10 cerita dari 10 penulis, yang bukan calang-calang bagi saya yang gemar mengikuti perkembangan beberapa penulis yang terdapat dalam buku ini.
Borang Pesanan
Tajuk: Kelahiran Lain
Nama penulis tanpa mengikut susunan cerita yang tidak bertajuk: 
Aedi Asri, Ainunl Muaiyanah, Daniyal Kadir, Hud Hanafee, Nadrah Mustafa, Rasyidah Othman, Shafiq Halim, Tramizi Hussin, Wan Nor Azriq dan Zulwaqar Akram.

Dalam sepuluh cerita ini ada lapan yang terkesan tidak kira lah ia membuat saya fikir dalam-dalam mahu pun tersengih sorang-sorang dalam kedai makan ketika membaca ini, di mana ia sarat dengan kehidupan, bagi saya, yang dihiris-hiris oleh emosi dan direncahkan dengan filsafat, ada yang pekat, ada yang nipis. 

1. Cerita pertama nya kalau saya simpulkan tentang perasaan, hati, jiwa dalam kemelut perasaan. Bukan lah kispen cinta yang biasa, kerana ia dikayakan dengan filsafat si penulis, dalam merungkai kehidupannya dengan 'orang' itu.

2. Cerita keduanya bagi saya sangat menarik, dan penulisnya berjaya memasukkan saya dalam ceritanya, tentang seorang lelaki yang berpuisi dengan gadisnya dalam kereta, dan ya, puisinya sangat berahi, dan buatkan saya yang tidak mudah menelan puisi, khayal dalam ceritanya.
"Aku cakap, malam ini bulan menyendiri, ada di sini. Di dalam kain baju kurung ini. Di celahan kelangkang mu, perempuan. Aku cakap lagi, bulan, biar aku menyentuhmu. Tangan aku perlahan-lahan masuk ke dalam kainnya." m/s 13, Kelahiran 2.
Penulis ini kemudiannya membawa saya mengembara dalam cerita nonlinear ini masa dalam usia watak utama berusia 13 tahun di mana cikgunya suka sajak dan dia suka cikgunya, kepingin akan cikgunya. Tanpa sedar, saya diperkenalkan dengan sajak, tanpa sedar saya jadi suka dengan puisi. Dan cerpen ini bagi saya antara yang terbaik pernah saya baca (it's my cup of tea).

3. Cerita ketiga ini yang buat saya tertarik terus untuk membelinya, kerana ia adalah sebuah cerita pendek yang diceritakan dalam pelbagai gaya yang berlainan iaitu konvensional, avant-garde, wawancara arus perdana etc maka belilah sendiri.

4. Cerita keempat ini masih lagi membicarakan filsafat kehidupan, erm, bukan perisa yang saya gemar, tapi barangkali lebih digemari orang lain. Tentang kehidupan dan perhubungan insani, yang saya telan tanpa fikir panjang.

5. Cerita ini berpusing pada satu plot watak utama yang tengah menjawab soalan, saya ditarik masuk dalam mesin masa cerita ini, berulang kali. Perlu kah saya bocorkan soalannya? 

6. Ia adalah kegemaran saya. Teknik penceritaannya adalah kegemaran saya, dan ia menusuk, dengan rencah satiranya yang memukul, menuding saya di dalam kulit manusia yang telah dibelah-belah. Transgresif. What could I say more? Ustaz di dalam tivi itu masih lagi menuding-nuding jarinya pada saya, sekarang.
"Ustaz itu berpesan dalam nada yang seperti menyindir kepada aku, janganlah berpura-pura sedang gembira sedangkan kamu tak layak untuk bergembira kerana api neraka menanti kamu. Janganlah pula kamu berpura-pura seperti sedang hidup sedangkan kamu sebenarnya sudah mati semalam dan tiada siapa pun yang sedar kamu sudah mati kerana kamu banyak dosa dan api neraka sahaja yang boleh menerima jasad kamu. Rasakan. Rasakan. Rasakan." m/s 81, Kelahiran 6.

7. Ini tentang Halim dan Perempuan alamaya yang dia tidak pernah nampak wajahnya melainkan tubuhnya, dia dalam perjalanan mahu berjumpa perempuan itu, dalam perjalanan dia mengimbau memoirnya.

8. Perempuan hujan, perempuan bulan, cinta, laki-laki. Laki-laki ini mahu membunuh dirinya dan mencuba beberapa cara tapi diri dia sendiri menghalangnya. Saya belum berjaya meletakkan diri saya di dalam ceritanya, mungkin kerana saya belum cukup kecewa dengan kisah cinta saya setakat ini (barangkali).

9. Saya sukar khayal di dalamnya, saya cuba melemaskan diri tapi gagal.

10. I took two days to read this fiction, as I am not good in English fiction, day 1; I failed to drown in this fiction but day 2; I managed to understand it, and I felt the sadness conquered me much. This is life that we've been struggling to be happy to, yet, we are the walking dead in a fresh meat's suite.

Moleklah saya ulangi sekali lagi yang saya komenkan dengan citarasa saya sendiri, berlainan dengan rasa-rasa orang lain, yang saya mahu kongsikan, seperti semangkuk mi kolok yang sedap, mahu saya hidangkan pada orang lain untuk merasainya sekali.

Ulasan yang bukan sebetulnya ulasan ini ditulis selepas sebulan membacanya, dan sisa yang tinggal itu lah terkesan, apa yang istimewa tentang buku ini adalah ia tiada tajuk, dan nama penulis dihalimunankan, hanya fiksyen dalam membebaskan imej/nama penulis dari tulisannya sekaligus mengelirukan saya dan pembaca itu sendiri dengan pendapatnya tentang siapa yang menulis yang mana. (*merujuk kepada komen qifahsdamha dalam kotak komen)

Ya, saya terkena dan pastinya komen saya yang berselitkan sedutan itu yang memabukkan saya dalam fiksyennya.

Sekian, dari klan Zine Satu Malam.


In by Anonymous, Monday, 30 January 2012


Review: Tabu

5

sumber

Ini pertama kali saya memiliki novel keluaran Fixi. Tulisan Shaz Johar berjaya membuat tangan dan mata melekat di buku ini sehingga memaksa untuk membaca sampai habis hanya dengan sekali baca. Cadangan saya pada para pelajar universiti yang lokek duit dan sangat berjimat-cermat dan berkira-kira nak beli novel; jika anda punyai baucer 1M untuk membeli buku itu, dan kira-kira nilai baucer itu masih berbaki, tidak keterlaluanlah kalau saya cadangkan anda supaya dapatkan buku ini di pasaran. Huehue.

Secara ringkasnya, Tabu menceritakan kisah seorang gadis bernama Bibi, dan kehidupannya yang berkait rapat dengan teman lelakinya, iaitu Mosi dan teman karibnya, Kim. Jalan ceritanya diolah dengan menarik tentang pemilik telefon bimbit yang misteri iaitu Nadim, yang akhirnya dibongkar di pengakhiran cerita. Kematian Kim mengundang curiga kepada Bibi sehingga memaksanya untuk menyiasat walaupun kes kematian Kim diklassifikasikan sebagai kes bunuh diri. Nak tahu mengapa Kim bunuh diri? Sila beli.


Sedikit komen ketika membaca:

  • Dalam cerita Tabu, anda akan dapati bahawa kisah Bibi dan kehidupannya banyak bergantung dengan telefon. Telefon adalah alat paling penting dalam cerita ini.
  • Gaya hidup yang islamik bukanlah apa yang anda boleh harapkan pada Tabu. Sebaliknya, kehidupan yang ditonjolkan lebih bebas dan bersahaja. Ya. Mereka hidup sosial dan urban gitu.
  • Jalan ceritanya diatur satu persatu dan kelihatan agak lambat, tapi watak Bibi sebagai gadis bersaiz plus itu sangat terperinci, dan menceritakan perilaku Bibi dengan saiznya yang boleh kita bayangkan dengan sempurna.
  • Bila baca kisah Bibi, saya mula mengubah persepsi yang agak skeptikal dalam kepala otak ni. Bukan perempuan saiz kurus sahaja yang boleh menjadi gorgeous. Perempuan bersaiz plus pun boleh asalkan punya keyakinan dan keberanian.
  • Kalau ada mengharap ada unsur-unsur seks tu memang maaflah. Cerita Tabu lebih berkisar tentang persahabatan, kepercayaan dan kejujuran. Juga sedikit perihal gangguan seksual. Watak-watak dalam cerita agak sedikit dan penulis agak pandai menggunakan watak yang ada untuk menyedapkan plot. Sampai anda akan rasa yang sebenarnya dunia ni bukanlah besar mana pun.
  • Mosi? Entah kenapa dari awal saya dah dapat mengagak dia akan berubah menjadi antagonis.
  • Dalam hati, ada juga rasa kasihan pada Bibi. Yalah, asyik berjumpa dengan lelaki yang ‘salah’ dalam hidupnya. Mungkin Bibi perlu bertaubat kembali ke pangkal jalan. Hehe. Lagipun Bibi pun dah berusia, kenalah cepat-cepat cari jodoh.

“A taboo is a strong social prohibition (or ban) relating to any area of human activity or social custom that is sacred and or forbidden based on moral judgment, religious beliefs and or scientific consensus.” -Wikipedia

Lepas baca, baru saya dapat kesan apakah ‘Tabu’ or taboo yang ingin disampaikan. Bolehlah dikatakan secara pendek yang tabu itu sendiri (yang paling jelas) adalah perempuan bersaiz plus dan berumur, hubungan luar nikah dan membunuh diri.

Sekian review dari Krakenia.

In by aida, Tuesday, 24 January 2012


Post navigation