hingar aku dalam kepekakan

3


Aku, aku sudah bosan dengan bebelanmu oh sayang. Lalu dengan nekad aku menikam kedua-dua belah telingaku dengan copstik dan merentap keluar sesuatu. Aku lemparkan kedua-dua mereka ke hadapan Belang yang tergolek malas. Belang, hanya separuh mata menjenguk, kemudian menyambung malasnya. Belang sudah kenyang barangkali, fikirku.

Kecewa, aku tunduk ingin mengutipnya kembali tetapi pantas sahaja cemetimu menyambar dahulu; cemetimu yang panjang, yang berapi. Dan kamu masukkannya ke dalam mulut, sekelip mata sudah tercerna dalam perut.

Sekarang, aku sudah tuli namun aku masih menerima frekuensimu, biarpun kamu langsung tiada bersuara. Balam-balam hingar-putih terngiang-ngiang dalam benakku bagai kod sulit, yang hanya difahami olehmu, bidadari tidak sempurna ku.

Seusai itu kamu pasti cari nasi. Atau ayam mcdeluxe pedas. Atau roti pisang.

by ahmad, Wednesday, 22 August 2012


Dan Seharusnya Aku Menulis Sepucuk Surat Cinta Kepada Kamu

1


Seharusnya aku menuliskan
Sepucuk surat cinta kepada kamu
Dan aku gaulkan isinya
Dengan perkataan-perkataan indah
Dan ditambah dengan bahasa yang sesuai
Yang aku pilih untuk sampaikan cinta aku padamu

Kamu sememangnya seorang gadis yang cantik
Mungkin pada mereka kamu biasa-biasa sahaja
Tidak lah yang paling cantik di dalam dunia
Tapi, kamu harus tahu ini
Dalam dunia aku,
Yang paling cantik itu, kamu
Bukan wajahmu yang aku perkatakan
Tapi hati kamu
--- Cantik.

Dan aku di sini; senyum sendirian
Yang hanya berselimutkan
Dinginnya pandangan kamu malam itu
Melakar cinta pada langit gelap
Bintang-bintang terang membentuk ukiran cinta ku padamu
Tersusun indah menjadi bait-bait cinta
Dari aku untuk kamu

Tapi, sayangnya
--- aku tidak pandai menulis. Boleh aku menyanyi untuk kamu?


Irama kelongsong pilu.

2

Ada pistol disampingmu.
Aku diamkan.
Mungkin kau mahu memburu.
Itu hobimu bukan.

Betemu cuma mahu bicara.
Tak terduga emosi galak haloba.
Hampir berderai gegendang telinga melayan.
Menyerap setiap kata cacian.

Cerita tidak sampai situ.
Pistol kau mula bernyanyi.
Berirama melepaskan kelongsong pilu.
Singgah tepat ke arah medium pemikirku.

Kau melihat aku.
Berpisah dari jasad.
Masih dengan amarahmu.
Meniup rohku masuk ke nerakamu.



catatan 21 Mac 2012

0

arah tuju yang satu,
belum tentu sampai ke misi yang satu,
hanya doa di pinggirku,
menunggu waktu berlalu,
bertemankan fikiran yang buntu,
dan aku maseh keliru,
mana kamu,
siapa kamu,
dan apa motifmu,
lantas dihadap ke langit biru,
persoalan timbul jadi beribu,
yang pasti tantang kamu,
lalu cinta jadi hantu,
diselubungi rasa rindu.


Dan Bukan Seperti Kamu, Aku Menunggu Untuk Sebuah Jawapan Yang Tak Pasti

3


Dan mungkin aku terlupa untuk bertanya
Apa yang sering ku berfikir
Kurangnya di mana untuk aku mencintai
Atau mungkin imaginasi aku terlalu tinggi
Hinggakan untuk mencintai mu di dalam imaginasiku
Kelayakan itu tiada untuk aku

Setiap malam aku ke mari
Hanya untuk menunggumu, dan menunggu lagi
Untuk mengambil perhatian kamu
Cukup sekadar tahu aku ada
Dan bukan halimunan pada dunia
Sekurang-kurangnya tidak pada duniamu

Tapi sayang, semuanya hanya mimpi
Mimpi untuk memberi cinta suci pada mu
Untuk kekalkan senyuman itu disitu
Dan barangkali aku tidak akan pernah
Walau jauh di sudut paling dalam hati aku
Aku akan sentiasa ada disini
Tidak pernah putus menunggumu

Dan disaat kau palingkan pandanganmu
Kedengaran bunyi kaca jatuh
Berselerakan di atas lantai
Oh aku silap
Bukan kaca
Tetapi,
--- hati aku.


Post navigation