Lelaki dua alam.
8
Siapa tak kenal Syafiq?
Siapa tak kenal Syafiq?
Lambat cakap memang begitu
Hati layu suram suam kuku
Nak salahkan diri sendiri tak guna
Kau kata aku, aku kata kau
Dulu kau satu, kini dua turun sudah
Yang songsang arus nya pula
Bukan silap diri nya jua
Namun sepatah kata senyap tiba
Langit biru pun gelap bertandang
Tak, kau bukan siapa siapa aku
Aku ini sepenuh masa sunyi
Si lelaki penembak tepat yang keji
Hina sebati dalam darah kotor ini
Curah segala terik pancaran suria
Menghadap tinggi yang berkuasa
Tangan diarah tadah penuh insaf
Kau berikan aku cahaya, katanya
Tarik kudrat aku sekarang juga
Empat dekad aku menanti engkau
Kini aku terus mengundur tewas
Satu dua tiga empat
Tembak tepat!
Bergerak ke depan manusia
Pandang belakang jangan sekali
Biar sakit tinggal yang silam
Kau bukan kau yang dulu
Bukan manusia
Tarik picu tarik picu
Tembak tepat!
Biar simptom babi mereka serang kau
Punahkan jiwa raga songsang diri
Peduli kata cacat cela maki hamun
Persetankan lantang suara menghasut
Bingkas bangun tangan ke atas
Tarik picu lantas jerit kuat
Tembak tepat dua kali
Tembak tepat
" ANDAI kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama. "Ali Taqi dan keluarganya menghadapi kemelut murtad abangnya yang menimbulkan turut kegemparan di persada berita negara di mana dia hilang seorang abang yang dikatakan terpengaruh dengan pluralisme agama di mana ia menyamakan semua agama dengan menganggap semua agama adalah betul.
" Bagaimana kita nak menerima yang Islam itu memperakukan keEsaan Allah dan dalam masa yang sama memperakukan pula agama Kristian yang menerima teologi triniti iaitu adanya Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus. Dua perkara yang bertentangan tidak boleh diterima. "Buku ini lebih kepada perdebatan di antara mereka dalam mencernakan isu pluralisme agama yang berbuah-buah daripada sebuah pokok yang ranum. Bagi pluralis, mereka menganggap agama cumalah garis panduan dalam memenuhi keperluan kehidupan dalam erti kata lain, agama berfungsi sebagai produk budaya manusia. Jadi, pluralis berhempas pulas menanam idea bahawa semua agama itu sama, dan semua orang boleh bersatu di bawah fahaman pluralisme.
" John Hick mengatakan agama adalah jalan yang berbeza-beza, untuk menuju jalan yang sama. John Hick selalu memetik kata-kata Maulana Rumi( Jalaludin Rumi ) : The lamps are different but the light is the same, it comes from beyond. Tapi awak perlu tahu, ya, benar semua memberi cahaya, ada yang cahaya kelam, ada cahaya suram, ada cahaya benderang... awak harus ingat lampu Islam yang memancarkan cahaya adalah cahaya yang terang benderang sehingga cahaya itu dapat dijadikan pedoman yang lurus ketika menelusuri dunia yang gelita ini. "Zehra, rakan sekelas Ali Taqi yang berfikiran pluralisme hasil sentalan ayahnya yang merupakan pendukung pluralisme dan juga seorang peguam yang dianggap oleh Ali Taqi sebagai pembawa kemurtadan abangnya, acap kali berdebat mengenai isu tersebut sedang persekitaran mereka masih tidur akan tusukan halus yang mulai menggamit masyarakat. Hasil usaha Ali Taqi dan rakan-rakannya yang lain dalam menjayakan sebuah dialog di antara bapa Zehra, Encik Aris Iskandar dan Profesor Mahfuz di sekolah mereka menggamit suasana di mana hujah-hujah Encik Aris Iskandar meluapkan kemarahan anak muda yang sayangkan Islam.
" Kita perlu melepaskan agama yang kita fahami hari ini baik agama Hindu, Kristian, Yahudi, Islam, Buddha, Shinto dan sebagainya. Dua faham baru yang lebih waras dan elok kita pertengahkan ialah cumulative traditions dan faith. Yang pertama ialah kumpulan budaya, tradisi, mitos dalam agama.. macam siapakah yang menyalib Jesus dan kemudian kisah Nabi naik ke langit, semua itu kita cantumkan menjadi kumpulan mitos atau tradisi... "Arwah ibunya menginginkan Ali Taqi menjadi seorang ulul albab yang bermaksud sekumpulan manusia yang memperolehi hikmah dan pengetahuan daripada Allah S.W.T di mana mereka merupakan pemikir yang mendapat pelajaran dan dapat membuat keputusan untuk insan lain mengenai kehidupan ini yang bukan sahaja intelektual tetapi Islamologis.