Tuesday, 2 August 2011

razali

Razali bukan robot.

Razali macam kita juga.

Setiap hari seusai pulang dari pejabat, Razali akan mengalirkan segenap beban strangulasinya ke dasar lohong kumbahan. [masukkan bunyi flush di sini]

Kemudian Razali ke bilik.

Di situ, Razali menarik zip di belakang telinga. Zip yang berterusan ke leher, turun ke ketiak dan berpusing ke groin lalu dengan serta-merta tertanggallah kulitnya.

Kulit Razali diseterika rapi, disusuli sedikit semburan parfum. Kemudian dengan cermat dimasukkan ke dalam plastik vakum dan disangkut dalam almari. Besok mahu dipakai lagi.

Sesudah itu barulah Razali lelapkan mata.

Razali bukan robot.

Razali macam kita juga.

11 Responses to razali