Archive for July 2012

Dua ekor kumbang.

1

Dua ekor kumbang menari nari.
Sambil menari sambil menyanyi.

Dua ekor kumbang berhenti menyanyi.
Selepas melihat ekor matahari.

Dua ekor kumbang berpimpin tangan.
Bersiar siar di dalam taman.

Dua ekor kumbang kini kelaparan.
Mula melilau mencari makan.

Satu kumbang jantan nampak madu.
Satu kumbang betina nampak hantu.

Madu sudah dijadi ratu.
Hantu kini bertaman di kalbu.

Dua ekor kumbang kini tidak serasi.
Dua lorong di depan menjadi saksi.


Kembali Sujud

2


Terpejam seketika
Tanpa sedar masa bergerak
Tidak pernah menunggu walau sesaat
Tersedar dari lena
Penglihatan masih hitam, putih, hitam, kelabu,
Kabur

Denyutan di kepala semakin kuat
Kesan sebiji kapsul putih dan secawan cecair merah
Mujur masih bernyawa
Masih sempat bertaubat
Tidak tertutup lagi pintunya

Demi Tuhan
Dia tidak tahu dan tidak pasti
Apa yang ditunggu dan dinanti
Untuk kembali sujud ke bumi.


Puisi Satu Petang 101.

5

Sila baca artikel di atas, Dendangan Puisi Si Anak Muda oleh Hana Ahmad dalam Sinar Harian edisi Selangor/KL terlebih dahulu untuk mengetahui lebih lanjut tentang Puisi Satu Petang. Right click dan klik open image in new tab untuk zoom dan baca.


Puisi Satu Petang merupakan satu acara baca puisi santai anjuran Zine Satu Malam yang tidak terhad kepada persembahan membaca puisi semata-mata. Selain bacaan puisi, hadirin juga boleh bermain gitar, bernyanyi, bermonolog, bercerita tentang buku dan membuatkan persembahan mini teater. Tidak ketinggalan, aktiviti paling penting mengakhiri PSP adalah aktiviti makan makan.

Selain di Shah Alam, Puisi Satu Petang juga pernah diadakan di Tasik Darulaman, Jitra, Kedah dan Tanjung Ara, Kota Kinabalu. Kami juga bekerjasama dengan teman dari Buku Jalanan untuk mengadakan Puisi Satu Petang seperti Puisi Satu Petang Shah Alam #1, Puisi Satu Petang Kota Kinabalu #1 dan terbaru, kami sambung Puisi Satu Petang Shah Alam #3 ke Buku Jalanan TITI.

Puisi Satu Petang Shah Alam #1 bersama Buku Jalanan
Puisi Satu Petang Kota Kinabalu #1 bersama Buku Jalanan KK
Puisi Satu Petang Shah Alam #3 yang dilanjutkan ke Tasik Titiwangsa bersama Buku Jalanan TITI

Soalan : Tak nak buat PSP di tempat kami?

Nak! Tapi kalian tidak perlu menunggu kami menggerakkan Puisi Satu Petang ke sana, kerana PSP boleh digerakkan oleh sesiapa sahaja. Caranya adalah dengan mengumpulkan beberapa orang teman yang tidak malu dan mahu berdiri di hadapan khalayak untuk membacakan puisi, selepas itu katakan pada mereka " Weh, kita dah ramai ni. Jom buat Puisi Satu Petang?". Pilih masa dan tempat yang sesuai lalu hubungi kami di email atau facebook. Kami akan bantu dari segi promosi acara, dan insyaAllah jika berkelapangan kami juga akan turun untuk bersama sama dengan kalian.

Tempat dan masa yang baik untuk Puisi Satu Petang?

Hujung minggu dan tempat yang paling baik adalah taman rekreasi seperti pinggir tasik atau padang permainan. 

Apa pun, boleh bersembang sembang dengan kami dahulu, kita sama sama fikir bagaimana mahu bikin Puisi Satu Petang di tempat anda. Kalau berminat, kabor lah ya.

Maaf untuk post yang panjang. Nah, seorang lejen yang santai.

by zoul yazix, Saturday, 21 July 2012


Ular atau manusia?

2

Panca delima,


Siang menjadi ular, malam menjadi manusia.


Manusia,


Siang 'mengular' kerja, malam kau bersengkang mata.




Panca delima dan juga manusia, tiada beza antara mereka. sama saja aku rasa. 

by Ara Drew, Friday, 13 July 2012


Dalam Kalut Ribut Hasyim Bazooka Terkencheng Dalam Seluar #4

0

bau semerbak harum menerombosi lubang hidung Hasyim Bazooka yang sudah sedia kembang bersalut kulit hitam legam itu ketika kakinya melangkah ke dalam binaan kayu beratap zink itu. di depannya terserlah tubuh Midah lenggok yang membelakanginya. basah.

titik-titik air kolah yang Midah Lenggok simbah mentis satu-satu ke bawah dari belakang badannya yang melengkuk sempurna. rambut midah lenggok masih disanggul tinggi, masih kering. 



tik.

tik tik.

tik.

"Midah, pandanglah pada abang." ketar-ketar suara Hasyim Bazooka keluar.

Midah Lenggok ketawa kecil. "abang ni, malulah Midah."

Hasyim Bazooka sengih. dengus nafas miangnya semakin berat. "tak apa-apa, Midah. tak usah malu."

"sebentar lagilah. sekarang, abang tolong sabunkan belakang Midah. Midah tidak sampai." tangan Midah Lenggok menghulur sebuku sabun.

sabun bersambut. jari-jemari Hasyim Bazooka tersentuh jari lembut Midah Lenggok, membuatkan Hasyim Bazooka terasa seperti baru lepas berlari pecut lima kilometer. perlahan, Hasyim Bazooka meratakan sabun buku berbau wangi itu ke bahagian belakang Midah Lenggok. tidak dapat dibayangkan bagaimana dia terasa mahu meletup ketika itu. tapi tinggi sungguh tahap kesabaran Hasyim Bazooka ketika itu, lebih tinggi daripada kesabarannya sewaktu bulan mulia Romadhon.

usai rata buih-buih sabun, Hasyim Bazooka dengan penuh lembut mengurut belakang badan Midah Lenggok.

"Midah, sudah. mari, pusinglah dan pandanglah abang."

gelak kecil Midah Lenggok kedengaran lagi. "baiklah, jika abang mahu sangat lihat muka Midah."

perlahan Midah Lenggok berpaling. wajah Midah Lenggok buat Hasyim Bazooka ternganga. wajah Midah cengkung, dagunya panjang, bibirnya tebal, kulitnya berparut jerawat. kain batik yang menutupi dadanya londeh, memperlihatkan dada yang rata dan berbekas tulang rusuk.

"kau..kau bukan Midah Lenggok!!!"

makhluk itu kenyit mata. "haruslah, Sally nama I, you! you, dah lama I tak gaygeh dengan jantan."

Sally bangkit, dan mendekati Hasyim Bazooka yang cuma beberapa tapak dari dirinya. Sally, atau nama penuh dalam ICnya Solehuddin Ujang si homoseks gila Kampong Seri Merenek sudah kembali! Hasyim Bazooka cuba keluar dari jamban itu. tiba-tiba saja pintu tertutup dari luar. dia terperangkap!

 "abang, kenapa takut pula, bukankah Midah sudah berpaling ini?" Sally sengih nakal.

sumpah suara sebiji Midah Lenggok. tapi mukanya tidak! Hasyim Bazooka terundur sehingga tersandar ke dinding jamban. dadanya tetap berdebar tetapi bertukar sebab. tadi dia berdebar ntuk meroket. tapi kali ini dia berdebar takut diroket Sally.

"jomlah bang..." tangan Sally dihulur ke arah Hasyim Bazooka.

"OH NOOOOOO...!!"

tiba-tiba Hasyim bazooka pandai berbahasa Inggeris. dan tiba-tiba juga pintu jamban terbuka luas, memperlihatkan ramai orang kampong yang sedang tersengih lebar sambil mengacukan kamera digital dan telefon berkamera masing-masing ke arah Hasyim Bazooka.

dan di depan sekali ialah Midah Lenggok.

dan malam itu diakhiri dengan bau yang kurang menyenangkan.




...tammat...


Minyak gamat

3

Jatuh? Biarkan. Tangis? Shaddap you.

Ini adalah norma hidup Ah Tan semasa kecil tiada yang menjaga. Ibunya, sibuk bermahjong. Ayahnya? Tak jumpa sejak World War Two. Kata ibu, ayah seorang perajurit yang tumpas di Thailand. Tumpas di tangan pembedahan plastik bapok lorong.

Ah Tan anak yang baik. Sentiasa siapkan kerja sekolah, tak pernah main lumpur dan menjaga basikal dengan baik. Tetapi ibu selalu marah dia. Tak pernah berpuas hati dengannya.

Ada satu hari, Ah Tan main batu seremban. Ibu rampas kata jangan kawan dengan orang melayu.

Ada satu hari, Ah Tan balik menangis sebab jatuh basikal. Ibu memaki kerana dia mengoyakkan seluar.

Ada satu hari, Ah Tan dapat markah paling tinggi dalam kelas. Ibu kata heh, baru tadika.

Ada satu hari, Ah Tan menang pertandingan sains. Ibu gelak suruh buang kacang hijau dalam tong sampah.

Ah Tan mintak ibu ajar buat puisi. Minggu depan, ada pertandingan deklamasi. Tapi ibu tak layan. Lama-lama Ah Tan fed up. Malas nak berbangga dengan pencapaiannya kepada ibu. Biar ibu main mahjong. Biar ibu dengan kawan cina bukitnya yang rambut kerinting mekap opera. Maka Ah Tan pun naik basikal, kayuh laju laju pergi rumah cikgu Nora nak mintak tolong.

Dalam perjalanan ke rumah cikgu Nora, Ah Tan terjatuh basikal lagi. Selalunya calar biasa tapi hari ini masuk longkang. Basah Ah Tan. Tapi Ah Tan bangun balik dan terus kayuh. Tibe tibe hujan. Memang terbaik ah hari Ah Tan.

Setibanya dirumah cikgu Nora, Ah Tan menggegar pagar kuat-kuat. Cikgu Nora keluar. Melihat Ah Tan seorang diri basah kuyup, cikgu Nora suruh Ah Tan masuk cepat cepat.

“Ehh, Ah Tan! Kenapa kotor baju?”

“Saya jatuh basikal cikgu, masuk longkang tadi.”

“Lahhh, Ah Tan jatuh masuk longkang. So Ah Tan bin apa?” soal cikgu Nora.

Bin apa? Ligat kepala Ah Tan fikir. Ah Tan mana pernah solat. Bukan anak Islam. Kenapa cikgu Nora tanya macam tu? Ah Tan geleng kepala, tanda tidak faham.

“Ah Tan benjol lahh. Hihi,” buat lawak bodoh rupanya cikgu Nora. Celaka.

Ah Tan terpana. Entah kenapa, dia merasakan dirinya tenang. Ah Tan bin apa. Heh. Soalan yang sama berulang. Abaikan. Ah Tan baru 12 tahun. Belum mimpi basah lagi. Ah Tan melihat keliling rumah cikgu Nora. Banyak corak melingkar-lingkar di dinding yang di frame kan.

“Meh cikgu sapu minyak gamat kat kepala kamu,” cikgu Nora menarik lembut tangan Ah Tan dan menyapu minyak gamat di atas benjolannya. Ah Tan terharu, kerana ibu tak pernah layan sebegini.

Ah Tan bin apa. Soalan itu bermain-main lagi.



“Dan Allah akan menambahi hidayah bagi orang-orang yang menurut jalan hidayah”
Surah Maryam 19:76


Luah Atau Telan?

1


Tidak diluah,
Takut mati bapanya,
Tidak di telan,
Khuatir mati emaknya.

Aku simpan rasa ini
Terbiar terkumpul di dalam mulut
Tidak diluah dan tidak ditelan
Akhirnya aku yang mati.

Selamat emaknya, selamat bapanya,
Selamat tinggal dunia.


Rasa

1

Bau hujan buat aku jadi sayu,hati aku jadi pilu.
Aku rasa hati aku sekeras batu, tapi tak ; Ia selembut tisu.
pesanan ringkas (hantar)


Nol

1

Kerjanya tak pernah putus.
Tapi tangannya masih pegang tetikus.

Mengeluh persis karyawan putus jari.
Punggungnya kebas dari tadi menyepi.

Orang macam ini baik pergi meninggal.
Sebelum manusia lain galak menjadi tuhan.

Masa sekolah agama mesti kau lari.
Itu pasal kau tak tahu macamana menghargai.

Manusia bebal.
Aku malu.
Apakan daya, kau kawanku.



Menanti Bulan Kembali

1


Bulan tidak bercahaya
Matahari sambung berkerja
Gelap kini bercahaya
Tinggal lagi hatinya
Gelap kelam isinya
Terduduk termenung saja

Burung berterbangan ketawa
Langit semakin cerah
Awan terus bergerak
Tidak terkandung air
Tapi hatinya lembab
Dengan air matanya
Dia tetap disitu
Terduduk termenung saja

Burung sudah pulang
Langit kini jingga
Bulan siap sedia
Matahari semakin hilang
Petang semakin tua
Dia masih disitu
Menyeka air matanya
Terduduk termenung saja

Malam tiba semula
Bulan kembali menemani
Jangan pernah tinggal
Dia perlu teman
Berborak hingga siang
Seharian dia menanti
Bulan untuk kembali
Terduduk termenung saja


Feudalisme 2.0

0

Tersebutlah kisah tentang seorang anak kecil yang lahir dari ovum, hasil persenyawaan dua pasangan manusia yang gradien harta mereka setelah digabungkan atas nama perkahwinan, layaknya disebut ; takkan habis tujuh keturunan.

Dua manusia tersebut, gembira bukan kepalang, tatkala anak kecil itu bolos keluar tepat-tepat ketika sang bidan baru saja mengeluarkan alat peraknya untuk mengeluarkan anak tersebut secara paksa dari proses hirisan perut pemilik ovum. Apatahlagi tatkala mengetahui, anak kecil tersebut adalah anak pertama yang lahir di malam tahun baru.

Anak kecil itu dikarunia nama paling ringkas pada ketika tersebut, iaini Seri, atas falsafah yang dipegang dua orang manusia tersebut, bahawa lebih ringkas itu lebih cantik. Falsafah ini terbentuk, kerana hasil pemerhatian mereka berdua, ramai anak-anak kecil ketika itu, diberi nama panjang berjela, mencecah hingga 4 ke 5 patah perkataan. Hal ini amatlah menyusahkan, lagi-lagi saat anak-anak kecil itu nanti mahu menulis nama sendiri di sekolah, mereka pasti kebingungan mahu menyusun atur huruf yang betul, jika salah, pastilah moral mereka jatuh, lalu tidak mahu sekolah lagi. Kemudian pastilah, gradien mereka yang bijak pandai di kerajaan ini akan jatuh merudum. Bukankah menggelikan, jika ianya terjadi hanya kerana perangai entah-apa-apa, dua orang manusia yang kebetulan melahirkan anak-anak kecil tersebut.?

Mahu saja mereka berdua, yang digelar Bunda dan Ayahanda oleh anak kecil bernama Seri itu, menggunakan kuasa veto mereka sebagai Pemerintah kerajaan Saka Raya ini untuk membikin akta menghalang mana-mana rakyat mereka untuk memberi nama melebihi 2 patah perkataan kepada anak-anak mereka. Namun, mengenangkan ianya mampu mendorong kepada rusuhan besar-besaran oleh rakyat, maka niat mereka ini dipendamkan dan mereka hanya mengutuk dari dalam istana sahaja. Itu pun terbatas di ruang-ruang privasi mereka berdua, kerana semua kerabat lain juga terkena perangai entah-apa-apa yang sama.

"Hatta dinding pun sudah bertelinga sekarang ini, sayang," kata sang Raja.

Namun, kerana ligatnya akal fikir mereka berpusing, mencari idea untuk menghapuskan perangai entah-apa-apa yang sudah bagai pandemik tak terkawal, mereka ketemu jalan keluar untuk masalah ini.

Mereka akan menjadikan Seri sebagai manusia contoh di dalam kerajaan ini.

Keputusan ini diambil mereka berdua, setelah melihat bagaimana perangai entah apa-apa ini merebak. Iaini lewat pengaruh primadona terkenal ketika itu, Siti Nurhalija Mariam Kembang Bunga. Primadona ini, yang meningkat naik gradien kepopularitiannya akibat perangainya yang halus, dan persembahannya di atas pentas yang mantap, benar-benar mencuri perhatian orang ramai.

Terutamanya manusia-manusia yang bakal menimang anak.

"Siti inilah," bilang sang Raja semasa membuka sembang dengan Permaisuri, "yang jadi inspirasi kepada bakal penimang anak, untuk beri nama hingga mencecah ke 4, 5 patah perkataan."

"Jadi memang anak ini sajalah jalan keluar untuk untuk kita selesaikan masalah ini ya, sayang," balas sang Permaisuri yang sedang menetek Seri. Wajahnya kelihatan sayu. Mungkin rasa bersalah kerana terpaksa memperalatkan anaknya sendiri demi kesejahteraan kerajaan. Sang Raja yang perasan dengan apa yang sedang dirasakan sang Permaisuri hanya diam, sambil menggengam erat jari jemari Permaisurinya.

"Sabarlah sayang," bisiknya dalam hati. Ianya bergetar, hingga sampai ke pintu hati Permaisuri. Dan atas sifat susu ibu, getar bisik itu sampai kepada Seri. Dia yang seakan faham, melepaskan puting ibunya, dan menggagau-gagau jemarinya kepada wanita yang sedang merangkulnya.

Sang Permaisuri menyambut jemari kecil anaknya itu. Seri senyum, lalu ketawa. Getar hatinya pula sampai ke pintu hati sang Permaisuri, yang kemudiannya dia sampaikan kepada sang Raja, lewat bisik halus di kuping telinga.

Sang Raja tabahkan hati. Rancangannya menggunakan strategi sama seperti Siti Nurhalija Mariam Kembang Bunga, iaini anaknya ini akan dia jadikan tauladan kepada seluruh warganya, biar pandemik ini berakhir, dan kesannya yang menakutkan itu tidak akan terjadi.

Kerajaan ini perlukan minda-minda segar, yang perlu dibugar sedari kecil lagi. Pepatah ; Melentur buluh biar dari rebungnya, bukanlah sekadar pepatah untuk dijadikan sebagai alat oleh para hipster dalam bersembang saja. Ianya ada jiwa, dan jiwa itulah yang dia sandarkan untuk menentang secara halus pandemik ini.

Dalam tempoh beberapa dekad akan datang, anak-anak kecil yang baru lahir hari inilah, yang akan menjadi pembikin dasar kerajaan, yang akan memakmurkan segala isinya, yang akan mempertahankan kedaulatannya, yang akan menjadi benteng. Dan untuk segala itu berlaku, intelektualiti murni diperlukan. Dan tidak ada jalan lain, kecuali sekolah.

Kerana itulah, dia bikin dasar pendidikan percuma. Walaupun ditentang habis-habisan oleh kerabat dirajanya yang baru, dia berdegil, dan tetap laksanakan. Mujur rakyat terima, maka para kerabat harus pasrah. Mereka tahu kesannya amarah rakyat pada mereka.

Namun begitu, jikalau nama yang panjang berjela, menjadi punca kepada jatuhnya moral anak-anak kecil ini, lalu menghalang rasa suka mereka kepada sekolah, pintu kepada ilmu, jalan kepada intelektualiti murni, bukankah ini bebal lagi menggelikan?

Maka kerana itu dia lancarkan perang halus kepada pandemik ini. Dan tidak ada jalan lain, kecuali memperalatkan anaknya sendiri, Seri.

Seri harus jadi rujukan kepada para bakal penimang anak. Tetapi lebih penting, dia harus jadi inspirasi kepada anak-anak kecil yang bakal jatuh moralnya itu. Maka dia akan lentur anaknya ini, supaya jadi manusia yang betul-betul punya intelektualiti murni.

Dan haruslah bermula sekarang perang ini.

"Permainan apa kita nak bagi anak kita sayang?" tanya sang Raja ketika sedang membelek-belek senarai permainan yang ditayang di kedai runcit sepelaung dari istananya. Sang Permaisuri yang sedang mendukung Seri yang sedang menangis, cuma senyum, dan kata, "apa-apa pun boleh sayang. Yang penting lepas piawai, jangan nanti Seri kita bagi racun sudah."

Sang Raja angguk, dan terus belek-belek permainan lain. Dia elus janggutnya, "susah juga jadi Ayahanda yang bermisi besar ni."

Seri terus menangis, dirangkulan Bundanya. Kadang-kadang ada warganya yang datang singgah dan mencubit geram pipinya. Yang mana bikin tangisnya makin runcing. Sang Permaisuri sabar, dan terus berusaha. Sama seperti sang Raja.

Mereka harus bersabar. Ini baru titik mula perjuangan mereka. Perang mereka. Gagal bukan pilihan. Nasib dan masa depan kerajaan sedang di dalam tangan.

"Ah, siapa kata perjuangan itu intinya coklat?" kata sang Permaisuri lewat lirik mata, dan senget bibirnya pada sang Raja yang kepenatan mengangkat permainan untuk Seri. Kendara mereka rosak tengah jalan tadi.


Tanpa tajuk

0


kau kata hati kau rapuh 
kau kata hati kau lemah
kau kata hati kau kecil
tapi bila nanti ada kah mereka kisah pasal hati korang yg kecil ,lemah rapuh bagai tu semua. 
mereka mungkin boleh kotak katik kan hati kau dan kau kemudian hari .
nanti kau dan kau juga yang susah , sakit hati . 
sila lah cepat cepat sedar kan diri kalian agar tidak kecewa lagi.

- meyie


Tanpa tajuk 0.1

2

ruang kosong yang dulunya indah,
kini di penuhi lumut lumut korupsi,
pagar pagar cantik yang kononnya manis,
hanya lah janji,
pagar yang dulunya gah,
kini karat,
janji yang dulunya megah,
kini??
kini sampah.

ini dunia keramat,
siapa manis mulut,
dia sentiasa selamat,
ini dunia koprat,
siapa cerita hebat,
dia,
orang hormat.

suara ku bukan sialan,
tapi ini senandung keberanian,
yang berani,
menjerit,
yang takut,
hanya mengikut.


aku bukan pro kerajaan dan bukan pro pembangkang,
aku bukan hitam dan aku bukan putih,
aku kelabu.


Penulis - Certot

1

"Batang pisang itu dapat saja kau huraikan menjadi sebuah roket! Begitulah seorang penulis menghuraikan alam," tegasnya dengan kumisnya diselaputi buih-buih teh tarik di sebuah meja warung pinggir jalan.

Aku terbahak. "Kau memang asli seorang karyawan," kataku mengurut dagu.

by Wednesday, 4 July 2012


Puisi Aku

4


ini bukan surah al-quran
ini bukan ayat hadith
ini bukan petikan dari bible
ini juga bukan susunan aksara dalam mana-mana kitab
atau quotasi sa-orang cendiakawan entah siapa-siapa
ini puisi aku;

manusia, jangan jadi tuhan!


Solidari Isolasi Imaginasi

1

Aman tinggal di sebuah bilik empat segi sama yang sedang-sedang, tidak berapa besar dan tidak terlalu kecil. Bilik Nombor 01. Ia tidak berlampu, tetapi sentiasa terang. Dicat putih keseluruhannya, memberikan ilusi ruang yang lebih luas. Bilik ini juga tidak berpintu, jadi Aman tidak boleh keluar dan orang lain tidak boleh masuk. Betul-betul terasing. Dimensi yang terpisah. Di sini, masa seolah terhenti. Tiada jam untuk menunjukkan waktu. Aman tak ingat sejak bila dia tinggal di sini dan mengapa. Walaupun tanpa makan, rehat dan tidur, Aman masih bernafas. Bersemangat. Dia betul-betul hidup.

Di dalam Bilik Nombor 01, ada satu set kerusi dan meja kayu kecil bercat hitam di satu sudut bilik, berhadapan dinding. Kebiasaannya, Aman akan duduk di situ mengadap buku-buku di dalam sebuah rak mini yang sedia ada di atas meja. Padat. Fiksyen kebanyakannya. Disusun menegak mengikut order tinggi ke rendah, tebal ke nipis. Usai saja Aman membaca sebuah buku, dengan sendirinya buku itu akan kembali tersusun ke dalam rak dan digantikan dengan buku yang lain. Maka ada saja bacaan baru untuk Aman. Tapi, Aman tidak boleh mengulang pembacaan kerana buku yang telah diganti tidak akan muncul semula. Itu mendatangkan masalah. Sebab itu, kadang-kala Aman sengaja membiarkan muka surat terakhir tak terusik. Biarlah dia tidak tahu pengakhiran cerita, janji buku itu kekal di situ.

Di dalam Bilik Nombor 01 juga, ada satu jendela kaca berbingkai palang hitam, ketat terkatup pada sisi dinding yang adjasen dengan sisi dinding set kerusi meja kayu tempat Aman duduk. Dari jendela itu, Aman boleh melihat keadaan dunia luar. Ianya kelam. Mentari samar-samar di balik awan. Hujan renyai-renyai. Selalu begitu. Tak pernah sekali reda dari membasahi padang pasir yang terbentang luas. Bukanlah panorama yang terindah. Jelas, coretan fiksyen lebih menarik perhatian Aman. Khusyuk. Mengabaikan fenomena alam yang entah apa-apa. Aman leka. Hinggalah pada suatu ketika...

TUP!

Aman tersentak. Pelik. Ada titisan air yang terpercik di tangan beliau. Perlahan, titisan air itu bergerak laju menuruni lengan terus ke siku lalu jatuh ke lantai. PLUP! Sejuk rasanya. Aman menoleh menjenguk jendela. Terkuak. Ya, jendela kaca itu terkuak luas! Aman macam tak percaya. Terkebil-kebil biji matanya. Seingatnya, jendela itu tak pernah terbuka sebegitu. Aman menutup buku, menghulurkan sebelah tangan keluar. TUP! TUP! TUP! Renyai hujan menyambut lembut sapaan tangan Aman. Dibiarkan longlai. Perasaan dingin yang dicetuskan oleh tindakbalas reseptor kulit terus ke otak membuat Aman tersengih panjang. Hurm, apa rasanya lencun dibedil hujan? Lantas, Aman bangun dari kerusi dan terus memanjat jendela. Ini mungkin permulaan sebuah pentas yang baru!

DUP!

Sebaik sahaja tapak kaki Aman bercium dengan lopak lumpur di luar jendela, persekitarannya langsung berubah. Tiada lagi hujan. Tiada mentari. Tiada padang pasir. Cuma sebuah lagi bilik bercat putih mirip biliknya. Jendela tadi terkatup kembali. Di dalam dimensi baru ini, set meja bacaan telah ditukar dengan sebuah piano tegak berwarna hitam. Aman sedikit kecewa. Sugul. Lama juga dia termenung. Ah, apa lagi yang dia boleh buat? Aman merapati piano, melabuhkan punggung di atas bangku kecil berkusyen empuk. Jejari tangannya diletupkan satu persatu, kemudian diatur membentuk riak separa bulatan, berdiri secara ringan di atas kekunci piano. Lembut dan halus, Aman memulakan permainan. Bagaikan seorang pro, satu-satu gerakan jarinya menghasilkan irama dan lagu. Dang, dang, dang~ Berlatar belakangkan jendela dengan panorama hujan salji di padang pasir, Aman memejamkan mata, melentok ke sana ke mari menghayati bunyi-bunyian. Khayal. Asyik. Fantasi Dalam D Minor.



Si Mailakat Hitam Berkepala Lapan

0

Hari semakin gelap
Matahari hampir tenggelam
Hari yang terang kini menjadi kelam
Berhati-hati menyambung nyawa
Banyak mata-mata memerhati di waktu malam
Mailakat hitam menunggu di sudut hitam
Memanggil-manggil mereka berjiwa hitam
Yang gembira gelak ketawa
Menari berpesta dan telanjang
Jaga dirimu wahai sayang
Daripada di cengkam oleh dia
Si mailakat hitam berkepala lapan
Yang dahagakan jiwa hitam kelam


Hell-o Bitch

4


     Hell-o, bitch. Aku dengar sekarang kau sedang mempukimak diri kau dengan semua orang yang pernah bersejarah dalam hidup kau? Eh, bukan dalam hidup kau saja. Spesifiknya, yang pernah berkawan dengan kau. Macamana hidup kau yang pukimak tu sekarang? Mantap? Happening tak macam apa yang kau mahu? Serius, aku cemburu dengan kau. Kau tanpa silu-segan dengan tenangnya mempukimak diri kau depan semua orang. Fuh, kalau akulah jadi kau, tentu aku dah lama gantung diri dengan muka aku tersiat-siat dengan kaca cermin. Kenapa? Kau tanya aku kenapa? Eh, aku malu betul dengan pukimaknya diri aku. Dalam kes ini, yang pukimak itu kaulah, bukan aku. 

     Oh, satu lagi.

     Dengar cerita juga, kau bukan saja mempukimak diri kau, tapi mentelanjangkan kangkang kau sekarang. Gilalah. Aku hairan macamana kau boleh sanggup mentelanjangkan kangkang kau. Di mana kemaluan kau yang selama ini kau jaga? Oh, aku lupa. Kemaluan kau masih ada, tetapi hanya ternampak oleh kau manakala ia invisibel di depan mata orang lain. 

     Iya, orang lain yang kau kata kawan yang meranapkan hidup kau.

     Tapi tak mengapa. Bukankah kau bitch? Bitch tidak kisah kemaluannya terinvisibel di mata orang lain. Bitch tidak kisah dirinya terpukimak sendiri-sendiri. Bitch juga sanggup mentelanjangkan kangkangnya tanpa silu-segan, bukan? Serius, aku sangat respek dengan gaya hidup kau sekarang. Memang betul-betul bitchy.

     Jangan salah sangka. Jangan juga perasan. Apa aku katakan ini bukan kerana aku masih berkawan. Tali itu sudah lama putus dek kerana kau yang suka mempukimak diri kau. Malu betul aku dengan diri kau walaupun kau memang sudah tidak berpunya kemaluan di mata aku. Kau harus ingat, aku bukan siapa-siapa lagi, cuma aku sangat kagum dengan ke-bitch-ian kau itu hingga membuatkan sedikit kata tercoret sedikit di sini. 

     Akhir kata, selamat mentelanjangkan lagi kangkang kau, tahniah untuk segalanya yang menjadi kebanggan kau!


Post navigation