Archive for February 2012

[SIRI BERSIRI] Malam Pertama (vii)

5

Siri i | ii | iii | iv | v | vi
Cahaya terang tadi mulai suram perlahan lahan, menampakkan susuk tinggi seorang perempuan berambut panjang dengan baju kurung polkadot putih hitam.
Neelofa! Sudah aku jangka, kekasih imaginasi akan datang kembali padaku. Melutut, menangis dan merayu kemaafan lantaran belot padaku pada malam tersebut. Dan pasti dia akan minta aku kembali padanya. Ah, tak mungkin serendah itu harga diri aku sebagai satu-satunya lelaki kacak di muka bumi ini. Apatah lagi aku sudah penat berfalsafah tadi, tentang erti cinta dan kasih, maka aku perlu segera mencari cinta sejati di alam realiti.
Silap. Telahanku silap. Ini bukan Neelofa! Senyumannya bak Ramlah Ram, tapi bila diamati, dia jauh lebih muda. Aku terkaku. Bidadari dari kayangan mana ini? Cantik yang amat.
“Jadi, kanda lah yang pernah merampas jasad Neelofa ya?”
Aa sudah. Saudara Neelofa kembali menuntut tubuhnya yang terperangkap dengan jiwa ku. Tiba-tiba, lagu Hujan pula yang kedengaran, menggantikan Yuna dengan Terukir di Bintang nya.
Wangi kau lalu..wangi bagaikan bunga..
“Kanda? Apa kanda mendengar ucapan dinda?”
“Engkau ini dari zaman Merong Mahawangsa ke? Tak payah nak berkanda dinda,”
“Ya benar, nama dinda, Embun. Dinda datang dari zaman lalu, lantaran mendapat perkhabaran bahawa Neelofa dalam bahaya. Maka dinda ingin mengucapkan terima kasih, kerana memulangkan tubuh Neelofa dengan selamat pagi tadi.
“Ah, tipu. Kalau betul kau datang dari zaman Merong, tak kan pakai baju polkadot kot?!”
“Ini baju Neelofa. Dinda pinjam, kerna tak mahu disalah anggap oleh penduduk bumi, Sebentar lagi dinda akan pulang ke tempat asal dinda,” Embun menuturkan bait-bait itu penuh sopan, kemudian menjeling manja penuh makna. Langkah gemalainya diatur ke arah pintu bilikku.
Berseri bagaikan bintang.. Ku tak mahu kau kan hilang di waktu siang..
Kenapa tiba-tiba terasa ada yang aneh ya? Pesta fiksyen belum tamat ke? Embun, pandangan matanya menusuk ke jantungku. Perihal Neelofa, sudah tidak ku pedulikan. Aku mengamati setiap inci jisim Embun,. Rambutnya yang ikal mayang, beralaskan selendang panjang, kulitnya yang cerah melepak dan bibirnya yang merekah merah.
Hinggakan..aku hampir terlupa untuk berkelip dan bernafas. Dapat ku rasakan, malam pertamaku bersama kekasih realiti akan tiba tidak lama lagi. Gembiranya, bila cinta datang di depan mata. Bukannya sekadar menghuni dalam ruang fantasi. Embun, kita pasti bersama sayang, aku yakin. Tak sabar nak beritahu mak dan ayah, dan semestinya bekas-bekas awekku yang kini menyandang jawatan-jawatan tinggi dalam persatuan andartu.
“Embun, em, boleh kau terus tinggal di sini..?” soalanku bergema dalam hati.
“Dinda tahu apa yang kanda fikirkan. Jika benar kanda cintakan dinda, datang ke mari,”
Aku melangkah ke arahnya tanpa berfikir panjang. Cahaya putih tiba-tiba kembali memenuhi ruang bilikku dan angin menderu kuat. Tidak disangka-sangka, Embun berubah wajah menjadi seseorang yang pernah ku kenali. Aku masih bermimpikah?
“Ha ha, senangnya engkau tertipu! Apa pun, akhirnya aku berjaya mencari engkau. Dendam ini perlu dibayar!” ucap susuk tubuh yang seketika tadi telah mencuri hatiku, namun kini telah menarik-narik bulu roma ku untuk tegak berdiri. Aku cuba lari, apabila menyedari corak polkadot di bajunya itu sebenarnya adalah butir-butir peluru!


[SIRI BERSIRI] Malam Pertama (vi)

5

Siri (i) | Siri (ii) | Siri (iii) | Siri (iv) | Siri (v)

Langsung aku tutup buku lama itu. Tarikh tersebut tidak membawa apa apa makna untuk diri aku. Kembali ke depan cermin, bayang bayang Neelofa mulai kabur, kembali menunjukkan realiti yang sebenarnya aku ini seorang lelaki tampan dengan janggut yang sedikit di dagu. Janggut yang boleh membuatkan semua wanita di dunia ghairah apabila melihat aku sedang makan laksa dan kuahnya meleleh perlahan dari janggut itu. Pasti ramai yang berebut rebut mengambil tisu mahu membersihkan kuah laksa itu dari dagu. Sementara menunggu  adik aku tenang sedikit selepas bekerja keras ketika aku sedang berangan angan menjadi Neelofa dan membayangkan setiap inci tubuhnya ketika sedang mandi tadi, aku kembali ke katil, berbaring dan memikirkan kisah kisah malam pertama yang seringkali aku baca di laman web kalipertamasaya.com. Bila lah agaknya aku akah berkahwin dan melalui malam pertama. Lelaki yang kacak seperti aku mana boleh dibiarkan membujang lama lama, bimbang nanti dikatakan gay. 

Aku pandang gambar gambar yang melekat di dinding, ada gambar Lisa Surihani yang dipangkah merah, menandakan dia sudah pun terkeluar daripada menjadi calon isteri aku. Sesungguhnya Lisa Surihani berada dalam golongan makwe makwe yang kerugian. Kalau lah dia tahu yang aku terfikir untuk menjadikan dia sebagai yang halal untuk aku, pasti dia tidak akan menerima lamaran Yusry. Terus sahaja aku berpaling kepada gambar perempuan di sebelahnya, ada Tasha Shilla sedang tersenyum ceria. Ah Tasha, abang tahu cinta abang kepada Tasha pasti berbalas, bisik hati aku. Tetapi sekarang Tasha masih lagi sibuk membina nama dalam industri hiburan tanah air, berita kontroversinya pun baru keluar Melodi dua kali, lalu aku mengambil keputusan untuk melepaskan Tasha pergi. Kemudian aku pandang gambar di sebelah poster besar Tasha Shilla, astagfirullah! Ramlah Ram! Ini mesti mak aku yang sengaja letakkan gambar Auntie Ramlah di dalam bilik, untuk mengingatkan aku supaya lekas menikah kalau tidak mahu bermakwekan Ramlah Ram. Ah, pemati ereksi. 

Aku memandang syiling kosong memikirkan tentang cinta. Cinta semata mata untuk aku adalah penangkal keburukan dan kejahatan manusia, hanya menjelmakan hal hal atau fikiran yang indah belaka. Tapi kasih, satu perasaan yang hanya muncul dalam cinta yang sebenar bererti asimilasi dan ubsursi sifat sifat utama yang dikasihi. Lantas membawa definisi cinta kepada kehendak untuk menyerap dan berusaha keras untuk mencipta nilai nilai murni dan cita cita tinggi, lalu membuatkan yang bercinta dan dicintai menjadi peribadi-peribadi. Cinta yang membentuk peribadi ini lah cinta yang bersungguh sungguh manakala cinta yang menjual peribadi adalah cinta yang rapuh, bila bila masa saja boleh runtuh. Ini lah cinta yang aku cari cari.

Sebaik sahaja aku mahu mula berangan angan membayangkan ciri ciri perempuan yang aku mahu cintai, tiba tiba bilik aku terang benderang dilimpahi cahaya putih, angin menderu deru masuk seolah olah dinding bilik aku telah terkopek dengan luasnya. Cahaya terang tadi mulai suram perlahan lahan, menampakkan susuk tinggi seorang perempuan berambut panjang dengan baju kurung polkadot putih hitam.

bersambung...

by zoul yazix, Monday, 27 February 2012


Kau Aku

0



Aku cuba mencari kau dalam aku.

Tak ketemu.

Aku meneropong bayangku dalam diri mu.

Tetap gagal.

Hingga akhirnya aku terduduk sendiri,

menyedari

;

kita sudah lama terpisah

Cuma tiada yang mahu mengalah





Malam yang Hening

2


Aku mengira mutiara-mutiara kejora yang bertaburan di langit. Lima puluh dua..lima puluh tiga.. Eh, bukan. Sepatutnya dah enam puluh.

Pening betul.

Lupakan tentang jumlah bintang di langit itu. Aku tak kan pernah mampu menghitung bilangan tepatnya. Terasa ingin ku depakan tangan, menghirup udara malam yang hening dan damai ini. Ala-ala dalam filem dan drama. Tappp. Tanganku terlanggar objek legap lutsinar yang sejuk, dek kerana suhu rendah penghawa dingin. Lupa, aku dalam bas. Bukannya di sebuah padang yang luas, atau tepi laut yang terbentang indah seperti mana ilusi yang tercipta di kotak mindaku.

Ah, sudah pukul berapa ini? Baru pukul lapan empat puluh? Bukannya jauh sangat destinasi yang aku tuju ni, tapi mengapa lambat sangat nak sampai? Aku paling tak suka naik kenderaan yang slow. Pening. Tak thrill. Lambat. Apatah lagi aku ni ada penyakit mabuk kereta/bas sejak kecil lagi. Kalau gerak laju, barulah otak aku tak sempat hantar mesej ‘sila muntah’ ke bahagian tengkak.

Aku memandang sekeliling bas. Atau lebih tepat, aku memandang penumpang-penumpang lain yang setia bersemayam di kerusi masing-masing. Ini bukan rutin aku; memerhatikan tingkah laku manusia. Jarang sekali aku begini. Cuba tanya, apa warna baju roommate ku semalam, atau warna cadar katilnya? Nah, pasti aku tak dapat jawab pertanyaan seringkas itu sebab aku memang tak peka dengan keadaan sekeliling. Tapi, situasi sekarang telah menarik deria peka aku untuk keluar dari sangkar dunia sendiri.

Lampu dalam bas malap, maka ketajaman pandanganku harus diguna semaksimum mungkin. Bermula dengan seat depan. Siang tadi, mereka galak bercerita hingga sampaikan aku di belakang boleh dengar. Dua gadis berselendang lilit leher, baru tamat zaman sekolah kot. Masih belasan tahun. Di belakangnya, seorang lelaki 30-an. Semasa menunggu bas tadi, aku terdengar dia bercakap di telefon. Abangnya baru sahaja meninggal, lemas semasa memancing ikan di sungai semalam. Dia bergegas untuk pulang ke kampung, namun tak sempat melihat jenazah untuk kali terakhir. Sabar bang, sabar. Aku menyuruhnya sabar, tapi dia tak mendengar sebab kata-kata itu hanya terucap dalam hatiku. Kemudian, di seat lain, ada seorang perempuan muda. Cukup bergaya. Rambut perang. Dari tadi asyik menjawab panggilan telefon, sekejap sekejap. Boyfriend mungkin. Sebab suaranya cukup lembut semasa bercakap, dan antara jelas atau tidak. Biasalah tu kan. Di hadapan ku pula, ada sepasang remaja lelaki yang mencurigakan. Ada banyak faktor kenapa aku kata begitu. Sejak petang tadi, mereka asyik menoleh ke belakang. Ada yang pelik ke dengan muka aku? Atau aku tidur ternganga tak sedar? Mereka asyik berbisik-bisik, dah la berkongsi earphone. Otak jahat aku cakap, gay lah nih. Tapi otak baik aku lawan, tak baik tuduh macam tu. Jangan prejudis melampau! Okay, okay, kita beralih ke koordinat seterusnya. Seat tepi aku. Seorang akak yang masih muda belia, bertudung kelabu dan blaus ungu. Akak ini lah tadi yang buat deria bau dan isipadu perut aku menjerit-jerit. Mana taknya, tiba-tiba aja bau KFC semerbak dalam bas. Mana tak terancam kan. Terus aku menyesal tolak sandwich hasil nukilan Nur yang sedap gila tadi. Kononnya tak lapar dalam bas. Padahal dah tahap kebulur ni.

“Pak cik, laju lah sikit!” Tak tahan. Aku dah tak tahan. Hungry man is an angry man. Aku nak cepat sampai, itu aja yang aku tahu.

Speed bas tiba-tiba bertambah. Bintang-bintang yang tadi dapat aku kira satu-persatu, kini seperti biasan cahaya yang bergerak laju. Tapi cahaya itu tidak lama, bila tiba-tiba dunia ku gelap sepenuhnya. Aku tak nampak apa-apa. Lampu bas padam ke? Booommmm! Bunyi apa ni? Badan ku tergolek ke lantai bas. Kepala ku pula terasa sangat sakit, dan kaki ku tak dapat bergerak. Aku terdengar jeritan penumpang-penumpang lain, ada yang menjerit 'arghh', bertakbir, dan ada yang menjerit ‘mak’. Tap, tap, tap. Darah. Darah dari kepala laju mengalir di atas kelopak mata dan pipi ku, hingga akhirnya mata itu tertutup sendirinya.

. . .


“Dik, bangun dik”.

Gelap. Hanya sedikit cahaya yang kelihatan. Aku cuba membuka mataku sedikit demi sedikit. Ternampak bintang-bintang yang setia bertaburan di dada langit. Tanganku terasa sejuk menyentuh rerumput. Ramai yang berkumpul di sekelilingku, termasuklah beberapa anggota beruniform merah dan putih.

“Dik, adik okay? Bertenang dik, kami akan cuba selamatkan adik,”

Selamatkan? Apa yang terjadi? Kepala ku sakit, gagal mengingati apa yang terjadi.

37 mangsa lain termasuk pemandu bas terkorban. Hanya aku seorang yang selamat dalam kemalangan ngeri antara bas ekspres dan lori simen, pada malam yang hening itu. Itulah yang tercatat dalam akhbar keesokannya harinya.

Malam yang hening..sewaktu aku mengira bintang-bintang di langit, memerhati manusia sekeliling dan kemudian menengking pemandu bas.

Malam yang hening, bilamana akulah penyebab kemalangan itu. Akulah pembunuh itu..


“Sila tangkap saya, tuan.” Kedua tanganku dihulur ke depan sewaktu aku nekad melangkah masuk ke balai polis itu.






Sungguh

3

aku
sini
kau
sana
jauh
sangat jauh
kerna lewat malam
kerna kutakpunya kenderaan
jika tidak
akanku ke sana
memelukmu
melutut
memohon maaf darimu
sungguh
sungguh
sungguh


:: Rintih Anak Pengemis ::

2

Tadahan tangan dibiar kosong,
Omong nya tak ada yang didengar,
Rintihnya lapar tak ada yang peduli,
Dia masih tetap disitu,
mencari rezeki.

Kasihan anak kecil itu,
dengan mangkuk sumbing,
dia duduk,menagih simpati.

Bukankah tangan yang memberi
Akan didoakan rezeki
Apa salahnya membantu dia
Untuk hari ini

Esok lusa aku tak pasti
Semoga ada yang memberi
Sekadar cukup dia mengisi
Kelaparan dan menjaga diri


Senyum (Yang Kini Merupakan Perkataan Haram Bagi Aku)

1

Lepas ini jangan salahkan aku jika kamu sakit. Mungkin di hati, mungkin juga di jasad kamu yang kamu bangga-banggakan itu. Sebab sedarlah. Selama ini siapa yang lebih sakit? 


Mari kita ulang rahsia kita dahulu yang tiada siapa tahu versi aku. Mari aku ceritakan ringkas-ringkas, namun benar. Ia benar, melainkan kamu mampu untuk menidakkannya. Kerana waktu itu hanya kamu ada. Dan aku ada. Dan tiada siapa antara kita. 


Aku tetamu hidup kamu. Yang datang menyinggah. Kamu jemput aku masuk. Jemput aku duduk di sofa setentangmu. Dalam kelam maghrib, berbalam-balam itu kamu beri senyuman. Dan aku terliur melihat senyum kamu terhidang. Ia nampak seperti stroberi; merah, wangi dan menggiurkan. Lalu aku ambil, aku cuba kecap. 
Oh, plastik rupanya.


Celaka

3


"Kalau kau kata aku tiada hati, memang aku tiada hati, kerana hatiku telah di curi". Aku baca ulang-ulang kertas kecil bersaiz comel yang diselitkanmu di halaman terakhir buku pemberianmu yang aku baru 'khatam' semalam. Aku baca lagi. Dan lagi. Dan lagi. Aku cuba untuk memahami setiap perkataan yang kamu tulis. Dan rupa-rupanya ia ternyata benar. Ternyata benar kau memang tiada hati. Kerana hatimu telah dicuri oleh perempuan lain. Dan hari ini kamu betul-betul telah tiada hati. Aku mengerti. Aku pernah bertanya padamu satu ketika dulu.

"Awak takkan tinggalkan saya?"
"Tak"
"Kalau awak jumpa orang yang lebih sempurna dari saya dari segala segi adakah awak akan berpaling pada saya?"
"Tak"
"Kenapa?"
"Saya dah ada awak. dah cukup"
"Kenapa?"
"Susah nak dapat seseorang yang dekat di hati kita walaupun jarak beribu batu"
"Selain tu?"
"Hanya awak yang terima saya ketika saya tak ada apa-apa. Dan hanya awak yang tahu banyak perkara tentang saya. Hanya awak sayang."
"OK. Kalau saya tiba-tiba hilang awak cari tak?"
"Cari. Saya sedih kalau awak tak ada nanti. Awak tak boleh hilang"
"Tahu. Saya pun takkan pernah tinggalkan awak. Sayang awak banyak-banyak tahu!"

Ya, itu dulu. Ketika masih di atas awan, ketika duduk atas pelangi. Kini segalanya karut. Segalanya celaka! Celaka sungguh rasa ini bila dicelakakan. Ah sangat-sangat celaka!

- Oleh Khairul Antasha 


[Kispen] Gabrielle dan Theodore.

2

"Bergembira sahajalah nampaknya aku ini. Daripada terus-menerus berharap dan jatuh kecewa dalam pengharapan penantian aku." Gabrielle menongkat dagu sambil duduk mencangkung di hadapan cermin tinggi. Mukanya ceria. "Iya, aku rasa aku patut. Dengan cara itu, hidup aku akan lebih berwarna-warni dengan keceriaan!" Dia menggoyang-goyangkan jari telunjuknya. Seakan-akan budak yang baru belajar bagaimana mahu menunjuk guna telunjuk.

"Gab, kamu cakap dengan siapa tu?" Seorang lelaki masuk ke dalam bilik itu.

"Ah, bapak rupanya. Tak ada apalah. Gab saja cuba-cuba guna cermin ni. Bagus jugak ada cermin setinggi ni dalam bilik. Atas sampai bawah nampak jelas refleksinya." Gabrielle lantas bangun. Dia duduk di birai katil.

"Kenapa kamu ni? Nampak macam ada masalah saja?" Theodore duduk di kerusi meja bacaan Gabrielle.

"Hmm. Nampak jelas sangatkah saya ni bermasalah? Heheh." Gabrielle garu kepala. Dia tersipu-sipu. Bukan malu kerana punyai masalah, tetapi malu kerana masalahnya perlu dibincangkan dengan bapaknya.

"Tak adalah sangat. Tapi kalau dah makan pun tak habis macam selalu, tengok televisyen pun macam ziarah kematian, takkanlah tak ada sesuatu yang tak kena dengan kamu ni. Lagipun, kamu tu dah hidup 18 tahun dengan bapak. Setiap perubahan kamu tu bapak nampak, Gab." Theodore menjawab sambil mengusik-usik pen, kertas, buku, apasaja di meja belajar itu. "Kamu.. sudah jatuh cintakah?" Terus tepat memandang mata Gabrielle.

"Erk? Sampai begitu sekali konklusi bapak? Kenapa tak cakap saya ada masalah dalam pelajaran ke, masalah memandu ke.. masalah penglihatan ke..? Masalah cinta pulak yang bapak konklusikan?" Gabrielle tersengih-sengih.

"Tengok ni." Theodore lempar bukulakaran pada Gabrielle. Gabrielle terus sambut. "Siapa tu gadis tu? Bolehtahan lawa dia tu. Bapak nak kenal boleh tak? Kurang, kurang, bapak boleh pasang lagi satu. Heheh." Theodore sengih kambing.

Gabrielle omel perlahan-lahan tanpa bunyi yang jelas kedengaran. Dia buka satu-satu mukasurat bukulakarannya sambil tersenyum-senyum. "Iya, dia gadis idaman saya."

"Idaman sahajakah? Bila nak gerakkan tulang empat kerat tu, romeo?" Theodore bangun. Dia mahu pulang ke biliknya. Tiba-tiba sahaja rindu nak melihat wajah isteri tercinta. Tiba-tiba sahaja rindu nak membelai setiap inci tubuh isterinya.

"Hm. Sudah, bapak. Kata gadis ni, dia belum bersedia. Ada pelbagai lagi perkara yang dia perlu selesaikan sebelum mula bercinta." Gabrielle tutup bukulakaran. Dia juga bangun, lantas letakkan kembali buku itu di atas meja.

"Siapa namanya?"

"Natalie."

"Cantik nama tu. Tak apa, walaupun dia kata begitu, kamu janganlah berhenti memikat hatinya. Mungkin suatu hari nanti dia akan jatuh hati pada kamu seperti kamu jatuh hati padanya? Siapa tahu bukan? Yang penting, jangan putus asa. Kalau kamu penat, rehat sebentar. Duduk dahulu, uruskan kehidupan kamu yang lain. Akan tetapi, jangan pula kamu putus hubungan dengannya. Nanti melepas pula. Jangan sampai dia sangka kamu tidak serius dalam mengejarnya. Parah kamu nanti. Faham tak, Gab?" Sambil berbicara, sambil Theodore berjalan perlahan ke arah pintu. Matanya juga melilau-lilau ke seluruh inci bilik anak lelakinya itu. "Bilik kamu ni.. bagai ada mistletoe. Heheh." Sambung Theodore lagi.

"Mistletoe? Apa tu?" Gabrielle garu kepalanya lagi.

"Google-lah. Baiklah Gab. Bapak nak kembali ke bilik. Rindu pula pada mama kamu tu. Selamat malam. Tahniah kerana telah jatuh cinta. Semoga bertuah juga beroleh hati Natapadia tatau tu." Theodore senyum mesra.

"Natalie-lah bapak." Gabrielle juga balas senyum dengan senyum.

"Haa, ya. Apa-apalah. Malam." Theodore tutup pintu bilik.

"Malam... Nate." Bisik Gabrielle perlahan sambil tersenyum memandang lakaran wajah gadis yang dicintainya.


Sepasang mata bening di pinggir Pasar Budaya, Kuala Lumpur.

2

Semalam menyelongkar almari lama, aku terjumpa sebuah buku nota yang dibalut dengan kertas berwarna pink. Di depannya ada kertas keras berwarna kuning dengan perkataan PENANTIAN yang ditulis tangan. Rupa rupanya buku puisi lama ibu. Aku kongsikan satu disini.

Sepasang mata bening di pinggir Pasar Budaya, Kuala Lumpur.

demi kejauhan
kedengaran irama pemuzik buta
bukan merdunya yang mendayu
memaksa aku ke situ, ke jambatan batu.
Tetapi sayu hatiku bagai menderu-deru
menongkah arus sungai yang keruh lesu

demi tradisinya aku di situ
aku digapai oleh sepasang mata bening seorang anak  kecil di pangkuan ibu
yang mulanya terkatup rapat
menadah kendi ayan
yang bisa berdenting menerima rezeki.

sepasang mata bening ku tatap terus
entah sejak bila dan sampai bila dia di situ
harus di situ
berumah di jambatan batu
ohh.. sepasang mata bening
ada esakan bertalu
maka bertitisan airmatanya
berdenting di kendi ayan

semakin galak kendi berdenting
semakin ibu tersenyum syukur!

-ima nymy-
April 1988

by zoul yazix,


[SIRI BERSIRI] Malam Pertama (v)

11

Siri (i) | Siri (ii) | Siri (iii)

Dalam kekalutan, aku membelek cermin, ah mengapa,ah sial,
ini kegilaan! ini gila. Aku buka pili air, aku cedok air,
aku membasuh muka,aku percaya ini imaginasi sementara.

Setelah berkali membasuh muka, akhirnya aku terduduk, aku meraup
titisan air jernih, nyata aku terkurung di jasad Neelofa.Aku perlu
keluar dari kemelut gila ini. Aku kurang berani mahu melihat selebihnya
anatomi aku yang baru ini, tapi apa salah nya ye dak, bukan selalu dapat begini
kah kah kah

Aku bingkas mandi, ah biarkan aku membelai sementara tubuh ini,
Hey aku Neelofa ok sekarang.Sedang aku bergembira mandi, terdengar
runut bunyi lagu Yuna tadi, eh siapa pula yang mengacau mandi aku ini.
Biarkan lah.

Usai mandi,aku lihat di cermin, dengan susuk tubuh ini, aku suka.
Maksud aku, aku senang melihat kecantikan tersedia. Aku capai telefon bimbit,
ada pesanan ringkas dari Izara, siapa Izara.

" hey babe, buat apa tu, ai ingat nak ajak yu keluar la mlm ni,
ladies night kan. ai ambik yu kat rumah malam ni, pukul 8 lebih ok,
mwaxh mwaxh"

amboi, siap ada kiss.Mungkin teman rapat Neelofa, bermakna ini
malam pertama aku menjadi Neelofa, apa harus aku lakukan selain menjadi Neelofa,
aku memang tidak ada pilihan lain kan.

Nyalaan cigaret dan asap memenuhi kamar ini, Malam ini malam pertama aku yang
terkurung dalam jasad Neelofa, nyata aku agak gementar, sedang aku tidak mengenali siapa Izara
Dalam sibuk aku memikir, aku terpandang sesuatu di rak buku,buku yang kulitnya sedikit usang,
rasa ingin tahu dalam diri membuak-buak, jadi aku teruskan untuk meneliti buku itu

Buku lama, sedikit usang, sedikit berhabuk, aku tiup, tercatat tarikh dan tercatat sesuatu,

" 26 february 2010, Malam Pertama sebabak bersama Dia"


[SIRI BERSIRI] Malam Pertama (iv)

5

Siri (i) | Siri (ii) | Siri (iii)

Aku mengangkat revolver dalam genggaman mahu diacu ke arah PK namun ajaibnya revolver itu sudah bertukar menjadi muncung sebuah pembersih vakum. PK menekan butang on dengan kaki. Belum sempat aku bertindak pembersih vakum itu sudah menyedut jasad aku ke dalam satu spiral berwarna-warni yang aku kira ialah sebuah vorteks antara dimensi. Berpusing-pusing aku berpusing. Semakin dalam aku disedut semakin sayup dekah tawa PK dan Neelofa. Sedang zarah-zarah aku diberaikan untuk disusun kembali di dimensi yang lain, aku sempat acungkan tangan kananku ke atas. Neelofa.....

POOF!!

Aku membuka mata. Kipas bersawang berpusing perlahan depan mata. Aku bangkit duduk. Nafasku termengah-mengah, baju pagodaku lencun dengan peluh. Aku periksa tangan, periksa kaki, juga kepala. Lega, semua sudah lengkap di tempat yang sewajar. Mimpi yang absurd. Sekejap berpuisi dengan kekasih imaginari berambut ikal hitam yang menutup bahagian-bahagian strategik pada malam pertama di sekolah asrama, kemudian tahu-tahu saja sedang menelusuri labirin bersama Neelofa. Aku menarik nafas panjang, ada rasa memulas-mulas di dada. Eh, kenapa perut aku yang berada di dada? Ada kesilapan kalkulasikah ketika pengaturan kembali zarah tadi? Kenapa pula aku berfikir sebegitu walhal itu mimpi cuma?

Terukir di Bintang sedang diiramakan, rington telefon bimbit aku yang terselit bawah toto. Aku abaikan.

Aku korek-korek ashtray tin coca-cola yang sudah penuh, cuba mencari rokok terpilih yang masih bersisa untuk dibuat bekalan dalam tandas. Usaha yang futail semata. Aku bangkit juga namun kerana mamai masih bersisa kepalaku membaham bucu tingkap. Celaka betul. Aku raba-raba kepala yang kesakitan sambil melangkah menuju ke cermin, ingin menilik bahagian terhantuk tadi. Cermin sedikit berkabus. Aku lap dengan tangan kiri. Aku terloncat ke belakang usai melihat refleksiku di cermin. Mustahil. Aku, Neelofa?


[SIRI BERSIRI] Malam Pertama (iii)

7

Siri (i) | Siri (ii)

Dia memandangku, tepat-tepat ke dalam mata. "Kau kena bacakan aku fiksyen dulu sebelum dapatkan aku." Ujarnya, dengan penuh yakin.

"Fiksyen? Kau mahukan fiksyen? Untuk gadis sejelita kau ini, aku takkan membacakan kau fiksyen, tapi aku akan menunjukkan kau apa itu fiksyen! Rasanya itu lebih baik, bukan?" aku menekan kata di hadapannya dengan wajahku yang mengencang. 

"Itu lebih baik dan lebih sempurna. Di mana fiksyen kau?" tanya kekasih imaginasi aku itu yang aku jadikannya seiras dan sepadan Neelofa. Aku menghulurkan tanganku kepadanya, dia menggapai lalu aku membawanya keluar dari ruang labirin yang berliku-liku itu tanpa perlu pun aku bersusah payah berfikir mencari jalan keluar.
"Kau, seperti biasa dengan jalan-jalan di labirin ini. Kalau aku, boleh saja aku tersesat." kata Neelofa memandangku. Aku tersenyum simpul. Tidak pernah aku tersenyum sebegitu punya simpul melainkan aku di sapa oleh gadis-gadis yang cantik sepertinya
"Ini, dunia aku. Aku yang menciptanya. Jadi kau jangan risau. Tidak lama lagi kita akan tiba di gerbang keluar labirin ini."  

Dan seketika dari itu, kelihatan sebuah gerbang yang bercahaya di hadapan aku dan Neelofa. "Lihat itu. Itulah jalan keluar." aku memandang wajah kekasih imaginasiku itu yang tiba-tiba sahaja berpakaian gaun malam berwarna putih. Dan aku, siap dengan tuksedo hitam, kasut berkilat.

"Cahaya apa itu?" Tanya Neelofa berjalan seiringan dengan ku mendekati gerbang labirin yang bercahaya.

"Itu cahaya lampu pesta di taman. Di luar sana ada sebuah pesta. Pesta fiksyen! Di sana aku akan kenalkan kau kepada beberapa watak yang sentiasa berada di kotak fikiran aku selama ini, wahai cintaku." aku bernada lembut ketika menyebut, 'wahai cintaku' itu. Mendengarnya sahaja, sudah membuatkan pipi Neelofa yang merah dengan blusher itu bertambah lagi merahnya. Tiada kata lain yang dapat aku ungkapkan melihatnya tersipu malu sebegitu selain daripada, Peh!

Aku dan dia melangkah melintasi sempadan labirin dan taman pesta fiksyen. Kami berdua mematikan langkah. Menatap ke semua wajah dan perangai orang-orang yang berada di dalam pesta. Kesemuanya sedang sibuk membawa haluan ragam mereka masing-masing. Tiada sesiapa pun yang menyedari kehadiran aku dan Neelofa di situ. Kecuali seorang pemuda yang turut berpakaian tuksedo seperti aku. Bezanya, dia memakai topi. Sedang duduk memerhati aku dari jauh, menghembuskan asap-asap Cuban Cigar-nya. Pandangannya tajam, mencengkam. Aku jadi tak senang berdiri. Neelofa, perasan akan itu. Dia menggenggam lenganku dengan erat. 

"Siapa itu?" tanya Neelofa.
"Itu, itulah Al-Capone. Seorang ketua mafia."
"Kenapa dia memandang kita sebegitu?"
"Hmm...Dulu..aku pernah cuba membunuhnya, sekali di Nagasaki. Tapi percubaan itu gagal." 
"Membunuh?" tanya Neelofa menatapku. Genggaman tangannya dilepaskan dari lenganku. "Apa, kau seorang pembunuh?" Mataku dan mata kekasih imaginasiku itu saling bertentangan. Aku tidak mampu menjawab pertanyaannya itu. Aku bukanlah pembunuh seperti apa yang bermain difikirannya ketika itu. Ianya suatu yang sukar untuk aku jelaskan dengan kata-kata.

"Kita berada di alam fiksyen, sayang." bisikku perlahan ke telinga kanan Neelofa. Aku terhidu haruman strawberi, dan pantas aku ubahkannya menjadi haruman epal. Dan ketika itu, cahaya pesta tiba-tiba sahaja terpadam. 

Bam!
Satu bunyi tembakan kedengaran di ruang taman yang gelap itu. Aneh, tiada tempikan. Cuma sebuah lagu mulai menyusup perlahan ke telingaku. Terukir Di Bintang, nyanyian Yuna. Seiringan dengan cahaya lampu yang menyala satu persatu. Suasana kembali terang. Dan Neelofa tiba-tiba menghilang. Di tanganku, ada sepucuk revolver di mana muncungnya masih berasap. Dan tuksedoku, ada percikan darah yang masih segar. Aku kebingungan. Aku jadi celaru melihat sekeliling ruang taman pesta. Aku cuba menjelmakan Neelofa semula, berkali-kali. Namun tak berhasil. Aku cuba Yana Samsudin, tetap sama tak menjelma.

Lagu Terukir Di Bintang itu semakin lama semakin kuat dan rentaknya semakin laju. Aku merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan taman pesta ini. Aku menoleh ke belakang, memandang Al-Capone yang masih duduk di situ memandangku seperti tadi. 
Aku kena pergi dari sini, masuk semula ke ruang labirin.

Kakiku melangkah terhincut-hincut menuju gerbang masuk labirin. Baru aku sedar, peha kananku cedera terkena tembakan revolver yang masih digenggamanku. Namun, gerbang labirin itu sudah tertutup. Aku cuba membukanya. Sia-sia. Gerbang itu sudah terkunci rapat.
Bahuku direntap dari belakang. Aku tersentak. Aku cepat berpaling. Seorang pemuda berkaca mata hitam, bertubuh pejal dengan wajah yang cukup aku kenali tersengih-sengih di hadapanku sambil dia memeluk erat pinggang Neelofa.

"Hai, saya PK. Selamat datang ke alam fiksyen. Di sini, khayalan kau menjadi realiti. Menjadi hidup. Kadangkala menjadi liar. Tanpa dapat kau kawal lagi. keh keh keh!"

Aku jadi tak tentu arah di situ. Memandang mereka berdua dengan perasaan yang 'grrr..'


[SIRI BERSIRI] Malam Pertama. (ii)

7

Sambungan dari sini (i).

Aku terus dakap kekasih imaginasi aku dari belakang, tangan meliar-liar mencari teluk rahsia yang mampu membuat dia merengek-rengek. Dia menepis tangan nakal ku. "Tadi janji nak bacakan puisi dulu." Aku terdiam kejap membiarkan akal mengaitkan satu puisi untuk dipersembahkan. Aku dudukkan dia di atas katil sambil mata menjamah-jamah lekukan tubuh yang merangsang kejantananku. "Aku ini angin bayu/ Menyapa jajahan rahasia" Lalu aku hembus nafasku di lehernya menyebabkan dia bergelinjang. "Biar penduduknya merengek-rengek/ Dalam limpahan nikmat/" Bergetar-getar bukit-bukit suci di jajahan rahsia. Tanpa sabar, dia terus memelukku, minta ditelusuri serakus mungkin. Tapi pelukan rakusnya merudumkan nafsuku, lantas aku menolaknya. "Kenapa berhenti, hurm?" 

Aku geleng, terus mengenakan kembali pakaian. "Kau rakus, macam sudah terlalu puas untuk malam pertama. Sedangkan aku mahu menikmatinya, seperti bait-bait puisi, satu-persatu, tanpa perlu gelojoh. Nampaknya aku kena bentukkan kekasih imaginasi baru yang bukan macam kau, sayang." Dia tersentak. "Kita mula semula ya, sayang?" Aku cuma senyum langsung aku memadamnya dari pandanganku. Ini adalah malam pertama yang harus sempurna, maka kotak minda menghasilkan seorang lagi kekasih imaginasi. Kali ini, bukan dalam ruang bilik tetapi sebuah labirin.

Dia memandangku, tepat-tepat ke dalam mata. "Kau kena bacakan aku fiksyen dulu sebelum dapatkan aku." Ujarnya, dengan penuh yakin.


[SIRI BERSIRI] Malam Pertama. (i)

9

INFO : [SIRI BERSIRI] adalah satu lagi projek ZineSatuMalam di mana kispen-kispen ini bersambung antara satu sama lain dalam kisahnya yang tersendiri melalui penulis yang berlainan dalam pelbagai segi.

Malam pertama.

Iya, tak salah lagi. Ini malam pertama. Malam pertama bagi aku. Selalunya bila orang sebut malam pertama, mesti orang fikir malam pertama dalam perkahwinan, yakni malam pertama suami isteri bersenggama bersama. Perkataan malam pertama itu, tidak semestinya malam pertama itu ditujukan untuk malam pertama bersenggama suami isteri bersama.

Boleh juga digunakan ketika malam pertama mendaftarkan diri di hostel kolej. Kalau bernasib baik, diri tidak terlalu bersinar di mata senior dan hidup tidaklah terlalu memenatkan dengan ragging induction yang selalu dikaitkan dengan bulian. Malam pertama juga boleh digunakan ketika malam pertama perlu stay up kerana perlu mengulangkaji sepanjang malam buat pertama kalinya dalam semester itu. Iya, malam pertama ini macam-macam. Ada pelbagai kategori. Di mana kategorinya itu bergantung kepada si pengguna frasa itu.

Dalam hal aku, malam pertama aku yang aku ingin bualkan adalah dalam kategori malam pertama aku serah diri dalam ritual senggama bersama kekasih imaginasi aku. Jaga-jaga, dia dah bukak baju.


Review: Sayap-Sayap Patah

11



Buku senipis ini aku fikir aku boleh sudahi dalam waktu yang singkat,tapi ya ampun..aku pelik kenapa aku harus ambil masa yang sedikit lama berbanding ketika aku menghabiskan Zombijaya(Fixi).Kahlil Gibran bikin aku harus memperlahankan taal pembacaan aku seolah meminum kopi susu yang masih panas dan terisi di dalam bekas plastik.Terutama saat aku melayari setiap ayat dalam perbicaraan mereka.Sungguh,Sayap-Sayap Patah yang sering aku lupakan sebelum ini memberi satu kewajaran kenapa aku perlu lebih prihatin tentang penulisan soal kisah percintaan yang tragis,yakni ianya berbunyi 'dark-romantic'.

Bukan gampang meneladani sifat pengorbanan dan penghormatan yang tinggi dari tiga manusia yang terhimpit dalam soal patri janji(Farris Effandi Karamy),taat perintah ortu(Selma Karamy)dan akur pada tuntutan takdir(penulis sendiri).Namun dalam kerakusan kuasa serta maal yang terbentuk kasar dalam masyarakat dirantai dengan keputusan bioskop,ketiganya langsung meniti pada satu jaluran yang semakin hari semakin rapuh dengan berani.Terjatuh selepas itu tidak pernah memberi satu kelemahan yang nyata terzahir kerna hati begitu utuh,meski sakit dengan kepasrahan.Dunia terlalu sombong untuk memberi kemenangan kepada mereka sehingga hujung nyawa.

haha..aku mula ketawa kerna aku sebelum ini disogok dengan kisah-kisah romeo dan juliet,padahal dalam satu dunia yang lain,masih ada yang lebih hebat dan walang.Mana tau,dalam tidak sedar kita,ada lebih banyak yang disembunyikan oleh dunia.Keterlaluan soalnya kalau semua harus dikisahkan.

Aku ada membaca satu petikan kata dari Hippocrates terhadap amalan Euthanasia,"Saya tidak akan menetapkan satu dadah maut untuk menyenangkan seseorang,tidak memberi nasihat yang akan menyebabkan kematiannya."Apakah bisa kalau penderitaan yang teramat dalam soal percintaan terhalang dihentikan dengan pengamalan hukuman begini?atau kita terpaksa menelan derita sehingga terkorban nyawa mengikut kehendak aliterasi masa dunia?Percintaan terhalang bukan hukuman maut untuk kita,tapi satu alami yang besar maknanya dalam menyadurkan semangat ke dalam jiwa kita.Benarlah Hippocrates yang menyanggah dukungan lemah Socrates,Plato dan Seneca The Elder(dalam soal mempercepatkan kematian akibat penderitaan tak tertanggung.Yakni dalam soal kelumpuhan seluruh tubuh).

Aku sengaja menyelitkan soal Euthanasia dalam soal ini kerna bagi aku,ketiga-ketiga watak menemui kehancuran hati menurut kewajaran dunia.Tidak semoron kisah Romeo dan Juliet yang pahit.



chuck

2

Atas sebab-sebab misteri, otak chuck tidak boleh menginterpretasi lawak jenaka. Jadi setiap hari dia akan memohon bantuan orang lalu lalang, "Cik adik, tolonglah geletek saya sampai saya ketawa." Hari ini, walaupun masih dengan sifar pemahaman humor sekurang-kurangnya chuck masih boleh ketawa.


Dari meja editor muda : Jiwa Seorang Loser

8


Assamualaikum. Salam kegembiraan dan salam syukur pada Tuhan membenarkan aku untuk menaip artikel ini. Tujuan aku mewujudkan ayat-ayat ini adalah untuk memenuhi kehendak saudara Zoul Yazix. Aku percaya tentu yang sedang membaca ini akan tertanya-tanya apa pula masalah si setan ini mencarut panjang dengan segala bagai tujuannya.

Jiwa Seorang Loser itulah zine empunya aku. Aku yang mewujudkan ia dalam bentuk zine. Nah, aku yakin belum ada lagi yang tahu tentang ia. Inilah rutin aku bila aku hidup. Aku menulis dan aku abadikan ia untuk di kongsi dan di rasa oleh semua. Aku tak kisah kalau ada yang menyampah, aku tak kan sumpah sekor sekor jadi sesumpah, itu prinsip aku. Apa yang di baca melalui pandangan aku boleh di setuju dan di tolak. Zine Jiwa Seorang Loser ini lebih berkisarkan soal kehidupan aku yang kononnya di anggap personal. Sejujurnya, penulisan aku ini jujur dan benar-benar hidup. Memuatkan kisah harianku yang kadang-kadang lain dengan kalian dan boleh juga jadi sama. Apa-apa pun belum cuba belum tahu, dah cuba baru tahu, tahu?.

Apa yang menariknya zine aku ini ialah ianya di tulis oleh seorang perempuan yang bernama Maisara Amira, tidak seindah nama pula rupa parasku. Aku ini penulis jalanan baru yang meratah maruah orang agar cuba menyelami gaya penulisan aku, mana tahu boleh menggembirakan hati kalian yang berduka, ini hanya anggapan aku, jangan mengiyakan kalau tak suka. Aku ini budak belasan tahun, aku dilahirkan di Johor. Aku ini dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Aku tinggal bersama kedua ibubapa aku. Aku baru saja menamatkan zaman persekolahanku. Yang keparatnya aku ini, family aku langsung tidak tahu menahu tentang aktiviti aku membuat zine. Kejam kan aku ini?. Tetapi aku punya sebab kenapa aku rahsiakan ia, sebabnya aku segan untuk memberitahu oleh sebab dahulu kala kakak aku pernah memperlekehkan aku, dia rasa aku ini macam nothing dan tak mampu berbuat apa pun dalam penulisan, well aku tak kisah pun, biasa la yang sulung mana nak kalah dengan ego yang tinggi melangit. Arhh, persetankan soal kakak aku, yang penting kau orang perlu tahu kenapa aku wujudkan zine ini. Yang pertama, sebabnya aku menulis ini adalah atas dasar cinta aku pada penulisan. Aku begitu sayangkan penulisan sama macam aku sayang diri aku. Aku tahu aku di anugerahi bakat menulis dan aku juga ingin memanfaatkan sehabis baik. Bodohnya aku sekiranya aku menulis gossip untuk ruangan majalah urtv, remaja, yezz, eh, oh dan segala macam binatang. Ada baiknya aku salurkan bakat aku, jiwa aku melalui medium sebegini. Kalau dulu aku bodoh sepat soal pos mengepos, sekarang dah pro gila, kalau dulu aku tak tahu macam mana nak photocopy sekarang dah tahu dah, kalau dulu aku ini pemalas sekarang dah rajin dan menjadi pulak tu orang yang berguna….hahahaha, puji diri sendiri. Apa la salahnya kalau kita gulungkan syarikat majalah mainstream. Kan?

Yang menjadi soal lainnya aku juga sedang berjuang supaya bidang penulisan ini tak mati. Aku juga berasa sedih bila mana bahasa ibunda kita ini semakin hari semakin teruk juga dibelasah arus modenisasi. Orang fikir aku ini orangnya patriotis sedang aku ini orangnya yang sukakan bahasa kedamaian. Cuba kau bayangkan saat nanti 19 tahun akan datang, anak cucu kita sudah tidak tahu bercakap melayu sebetulnya. KITA jadinya KITER, KAU jadinya KO, SAYANG jadinya CAYUNK. Tidakkah ia mencacatkan bahasa kita?. Ini bererti Malaysia akan mempunyai dua versi bahasa melayu, versi 1 ini original manakala yang versi 2 ini versi rojak, ejaannya sudah berterabur dan pelik. Kau mahu begitu?. Jadi tak salah kan nawaitu aku ini?. Tidakkah aku ini bodoh jika aku mahu scene zine ini kembali meriah seperti dulu. Banyak idea yang dilahirkan, banyak pendapat yang dicetuskan, terserlah cerdik akalnya apabila seseorang menulis tentang sesuatu, aku tak kata yang tidak menulis zine ini bodoh, itu lurus bendul jawabnya. Aku berpendapat bahawa pentingnya zine ini oleh sebab ianya salah satu elemen penting dalam scene underground. Zine itu mempunyai nilai penting yang mana kita dapat menyebarkan ideologi, cerita, info dan macam-macam lagi. Lagipun, zine ini barangan rare dan amat menyeronokkan jiakalau di buat koleksi, nah sambil membanyakkan lagi ilmu pengetahuan apa salahnya kalau kita membanyakkan lagi sumber bahan bacaan. Jadi aku kira sudah cukup kukuh alasan aku menerbitkan zine ini. Masakan tidak, kisah dalam selimut pun aku coretkan dalam zine aku, jadi agak budus la siapa yang merelakan zine ini agar tidak dibaca oleh kau orang sendiri. Aku tak paksa, aku hanya berkata. Aku sendiri belum masak dalam penulisan jadi dengan apa yang tersedia ada sekarang aku cuba baikkan ia. Eh, apa la sangat kalau belanja RM3, RM4 untuk membeli sebuah zine ini?. Kalau lu orang boleh belanja buah hati makan beratus-ratus, masakan tidak untuk zine yang cikai, murah lagi padat dengan cerita, info, arts.

Di samping itu, minat aku pada muzik juga menjinjing aku kemari untuk terus menulis dan berkongsi. Tidak menjadi dosa bagi aku, kau dan semua bukan?. Jadi apa la salahnya jikaulau kalian membenarkan pintu hati kalian memberi ruang buat aku untuk berbahasa. Aku percaya, perkongsiaan itu ibarat lagu, ia berhak dinikmati semua. Yang aku sememangnya pasti aku menulis atas dasar nawaitu aku yang teguh bukan atas dasar semata-mata saja. Aku bukan tuhan untuk memaksa sesiapa membaca garapan aku, aku hanya berkongsi kerana aku ini ikhlas. Cerita aku hidup dan akan juga terus hidup hingga saat nafasku telah ditarik dari jasadku. Aku faham soal itu. apa yang bagus juga aku mampu membunuh musuh aku berkali-kali, aku mampu menikam mati musuh aku dengan mudah, ianya terjadi bila aku membunuh ia dengan penulisan aku. Biar dia tahu , aku ini manusia yang bisa jadi racun dalam udara. Ya, dia tidak mati tapi dia akan tersedak dari kesedapannya membenci aku. Aku bukan kisah bila aku dianggap binatang pada orang, aku hanyalah menjadi aku sendiri. Suka atau tidak itu terpulang. Kalau kau rasa apa yang aku rasa, nah itu bererti kalian masih punya hati yang suci, jangan rasa sangsi untuk mencuba membaca penulisan aku. Aku tidak mengecewakan kalian, jika kalian ini seorang pemerhati yang berakal waras. Kesimpulannya, penulisan aku ini bersifat jujur dan amatlah mudah untuk dihadam, ada pun yang ingin berkongsi pada aku sebarang apa jua boleh juga khabarkan pada aku. aku menerima ia dengan hati yang terbuka hana. Jiwa Seorang Loser ini akan terus meratah maruah si penulis sendiri untuk membuktikan bahawa bahasa bukan sekadar bahasa tetapi ia seni yang indah.

Aku juga perlu mengundur diri agar tidaklah nanti kauorang termuntah sebaldi gara-gara terlalu pening baca artikel aku ini. Aku mohon sejuta maaf jika ada baris ayat yang menyakitkan hati kau orang. Sekalung budi dan sejuta terima kasih aku ucap pada saudara Zoul Yazix yang memberi aku laluan untuk bercerita tentang apa jadahnya Jiwa Seorang Loser ini. terima kasih sekali lagi pada yang membaca artikel ini. Salam bahagia, salam damai, salam sejahtera.

Assalamualaikum.

Ditulis oleh : Amira Maisara

by zoul yazix,


Senja

4


kenapa senja sentiasa diasosiasi dengan melankolik? aku suka senja. dan hidup aku penuh pahit sedih.



Senja Kuala Lumpur memang indah, tapi buat mereka yang hatinya parah, punah dan berdarah? Ah!

aku tak minta dia setia. cukuplah sekadar tak sakitkan hati aku. cukup dengan tidak membezakan aku dengan yang lainnya. cukup sekadar melayan aku seperti biasa.

tengah hari tadi aku jumpa dia pegang tangan gadis lain waktu aku makan tengahari. aku bukan tak tahu. ya aku tahu sangat dia ramai perempuan. aku juga pelik. kalaulah dia seorang lelaki bernama Harris berkerjaya hebat, berkereta mewah BMW sports buka bumbung dan pakai minyak wangi jenama Paco Rabanne, logik juga.

aku buat tak tahu. sampai habis waktu makan aku naik ke pejabat dan mengurung diri. walaupun bos aku ketuk pintu mahu borak dengan aku, aku senyapkan diri. aku pandang dinding kaca. dengan kaca fragil itu diri aku terpisah dengan udara. jika tiada, rasanya sudah aku buat free fall. jatuh jatuh jatuh setinggi 30 tingkat sudah bisa menghancurluluhkan otak.

aku nekad mahu tinggalkan dia.

dan aku mahu cari seorang Harris berkerjaya hebat, berkereta mewah BMW sports buka bumbung dan pakai minyak wangi jenama Paco Rabanne. mungkin lelaki begitu lebih baik dari dia.

dan senja ini menjadi saksi dinding kaca itu terpecah. dan senja ini jalan tar di bawah menahan berat tubuh aku. dan senja ini makhluk Kuala Lumpur geger melihat seorang gadis dengan organ dalaman semua hancur sehancur cintanya.

gadis ini sedar dia takkan menjumpai Harris dan dia takkan melupakan lelaki yang mempunyai ramai teman wanita itu.

dan mati adalah satu-satunya cara untuk dia bebas.


Lagi Reviu Poin Empat Puloh Empat

5

Poin Empat Puluh Empat dah lama aku habiskan tapi sebab aku ada hutang reviu dengan Luc, aku kena baca semula sesetengah kispen dalam buku ni. Jujurnya tak semua aku dapat hadam mengikut pengertian yang sebenar. Ada yang terlalu deep semacam ditulis oleh homosapien dari masa depan. Nak reviu kasi pedas tapi ikhlas macam Wahyudi Yunus balun Amerika rasanya aku tak cukup power lagi. Nah, hambik ni je lah.



Tentang Khrlhsym
Kebanyakan karyanya bersifat konseptual, abstrak dan padat dengan falsafah hidup yang berkait dengan ketuhanan dan kritik sosial seperti entri-entri di dalam blog penulis, khrlhsymbox. Berat dan tricky tapi masih ada unsur ringan-ringan dan mampu buat pembaca rasa terharu. Kebanyakan karyanya dalam buku ini diakhiri dengan persoalan untuk pembaca tafsirkan sendiri.

Aku perasan gaya penulisan Khrlhysm yang gemarkan perkataan yang berulang, contohnya “..aku melihat di bawah-bawah yang boleh melihat terbawah-bawah”, ‘jatuh-jatuh’ ‘hirup-hirup’, ‘diam diam’, ‘bising bising’, ‘pergerakan tanpa pergerakan’, dan banyak lagi.

Tentang Lucifer
Salah satu signaturnya dalam penulisan adalah penggunaan nama-nama watak dan tempat yang kedengaran rare – semacam nama manusia di era Star Wars atau mungkin juga nama-nama penghuni di Atlantis. Banyak kali juga istilah ‘anatomi berkantung dua’ dan sewaktu dengannya muncul dalam karya Lucifer yang mana Zoul Yazix lebih suka kalau diringkaskan dengan menulis ‘kote’ saja. Hahaha..

Suka bermain dengan metafora dan satira halus tapi tajam dalam kebanyakan isu berkaitan kritikan sosial dan politik yang digarap dalam bentuk penceritaan fiksyen. Tembakan Lucifer tak bunyi pompang-pompang tapi dia guna silencer mungkin.


Berlatar Militari

   Poin Empat Puluh Empat dimulakan dengan Hegomonia oleh Lucifer. Sebuah fiksyen tentang dendam dan anti-hero. Bagi sesiapa yang biasa ikut penulisannya sama ada di Kontrol Histeria atau Kotak Pentipu, kau akan perasan penulis ini suka menghasilkan fiksyen dengan suntikan militari. Mungkin terbiasa dengan pengalamannya dalam kadet seperti yang dikisahkan dalam Lantai Berkasih Sayang yang lebih bersifat personal. Poin Lima Kosong Kaliber juga adalah satu lagi kisah anti-hero dengan trademark penulis yang gemarkan penulisan berperisa kejam, hati kering, tiada belas dan kengerian yang kadangkala buat aku rasa teruja bila diimaginasikan.


Kritik Sosial dan Politik

   Kritikan politik secara am mahupun spesifik disentuh oleh kedua-dua penulis terutamanya dalam Perang Hurufhiyah, Taman Permainan Leviathan, Lelucon Modenisasi, Babi Negara dan Pilihan Raya. Lelucon Modenisasi oleh Lucifer lebih kepada garapan kritik sosial dan politik. Menyentuh isu yang berlegar-legar di sekeliling kita, dari soal prinsip individu hingga ke soal konspirasi dalam politik yang sarat dengan jenaka dan kebodohan. Sangat padu, tembak tepat ke kepala guna .44. Mati-mati.

Babi Negara oleh Khrlhsym pula ditulis dengan elemen hikayat klasik moden. Sebuah metafora tentang pemerintah dan rakyat sebuah negara yang takutkan sesuatu yang dianggap ancaman disebut sebagai ‘babi negara’, lalu berusaha untuk menghapuskannya. Sedangkan ancaman sebenar datang dari manusia itu sendiri. Pilihan Raya menempelak janji-janji parti politik yang penuh dengan tahi bersalut gula, menggunakan taktik kotor untuk terus kekal memerintah.

Potret Famili menyentuh tentang institusi kekeluargaan yang semakin tenat. David adalah mangsa kerakusan nafsu. Jika ini adalah salah satu profil pembunuh bersiri, aku faham kenapa nyawa itu dipandang sangat tidak bernilai bagi sesetengah manusia.



Ketuhanan dan Kritikan Kepada Pentopeng Agama

   Fundamentalisuci dan Katarsis oleh Lucifer adalah headshot kepada pendakwah, penegak dan pemimpin agama akhir zaman yang menyeleweng. Bila yang batil semakin banyak menggunakan perisai agama untuk kepentingan nafsu dan pengaruh, hasilnya ramai yang mahu menjadi Tuhan, menghukum atas undang-undang rujukan kitab ciptaan sendiri, ‘penyucian dosa ‘ menurut tafsiran ‘agama’ yang bertopengkan wajah-wajah ketuhanan.

Khrlhsym juga tampil dengan konsep ketuhanan melalui Mesej Untuk Tuhan. Sama ada kita menghantarnya atau tidak, bagi yang percaya akan kewujudan Tuhan, maka dia pasti mesej itu sampai. Aplikasi Bimasakti aku tafsirkan sebagai fiksyen tentang hubungan di antara manusia dan Penciptanya dengan penggunaan istilah ICT.

Wakil TuhanTiket Sorga, Sorga, Dosa Dua Kali, Haram dan Mencari Jawaban juga menyentuh soal keagamaan dan ketuhanan. Dalam Dosa Dua Kali umpamanya, sindiran lembut tapi berbisa ditujukan kepada mereka-mereka dari kelompok pemikiran seperti Wahab, Ali, Abu dan Ahmad di mana Ah Chong juga berperanan menggerakkan cara fikir mereka yang mewakili sikap kebanyakan masyarakat Malaysia. Disampaikan dalam olahan skrip teater.

Mencari Jawaban membuatkan aku teringat pada filem bajet Darren Aronofsky, Pi. Genius matematik seperti Max (dalam Pi) dan Anton mungkin merasakan hampir semua kejadian dan permasalahan dalam kehidupan mampu diselesaikan melalui pengiraan matematik yang saling berkait dalam aktiviti seharian manusia seperti penggunaan Golden Ratio dalam indeks jual-beli saham umpamanya. Setelah aku tanya Khrlhysm apa yang dimaksudkan oleh orang tua yang ditemui Anton dalam kisah ini, barulah aku faham tentang penggunaan Nombor Fibonacci dalam perkiraan jarak di antara manusia dengan Tuhan. 


Falsafah dan Konseptual

   Dalam fiksyen Zeus Ikan Sardin dan Mesin Basuh dan Serbuk Pencuci oleh Lucifer misalnya terselit falsafah hidup yang digambarkan secara metafora melalui watak-watak seperti Tufael dan Tsar. Aku sikit tercuit bila membaca Nama Guwa . Abiliti Fidel sebagai transduser itu mungkin lebih menghiburkan dari perut yang kelaparan. Lalu dia memilih untuk terus ditumbuk dan diterajang setiap kali menawarkan khidmatnya. Tafsiran aku, perasaan gembira itu kadangkala mengubat kesempitan hidup.

Khrlhsym yang gemarkan genre penulisan sebegini membawa paling banyak kispen berbentuk konseptual dan falsafah kehidupan dalam Halimunan, Penunggu, Kosong, Mustahil, Sepuluh Pintu, Penulis, Kalah dan Rumah Kecil.

Tafsiran aku melalui kisah Penulis - kalau lidah itu lebih tajam dari mata pedang bagi orang yang berbicara, maka penulisan itu adalah lidah bagi seorang penulis. Penulisan ‘telanjang’ itu aku kira sesuatu yang jujur, tanpa berselindung. Penulisan yang ‘cantik’ mampu memberikan inspirasi kepada dunia tapi tak kurang juga munculnya penulis yang berkarya dengan niat membunuh jiwa-jiwa yang menjadi sasarannya. Jadi, kau dari kelompok mana?

Metafora di sebalik kisah Rumah Kecil bagi aku sangat sinonim dalam banyak hal tentang kehidupan. Seperti Pak Man aku juga idamkan keharmonian rumah kecil. Contohnya bila bekerja dalam sesuatu syarikat kecil, hubungan sesama komrad sangat rapat, saling bekerja keras dan gembira. Semakin maju, syarikat semakin besar. Ketika itu masing-masing pentingkan diri dan mula tikam belakang kerana ketamakan nikmat dunia.


Personal dan Emosi

Bintang Pagi dari Lucifer misalnya lebih bersifat personal. Penulis mengambil peluang untuk mengisahkan perihal sebenar istilah ‘Lucifer’ (juga nama pena penulis) atau bintang pagi yang disebut-sebut sebagai ketua syaitan. Talian Yang Tak Tersahut berkisah tentang gelodak emosi yang biasa terbit dari mana-mana hubungan peribadi sesiapa saja dan terasa sangat menarik bila dilakarkan dalam penulisan yang difabrikasi oleh unsur-unsur surrealisme.

Baju Kusam, Hitam Putih, Tanpa Pergerakan, Halusinasi dan Secawan Kopi Bersama Gudang Garam bagi aku, terasa sangat dekat dengan diri Khrlhsym. Baju Kusam dan Halusinasi agak menggigit jiwa kerana mampu membuat pembaca 'tacing' selepas dihidangkan dengan sajian berat. Cinta bagi sesetengah orang diibarat seperti menukar baju. Tapi bagi yang benar-benar menghargai nilai cinta adakalanya memento dari episod cinta yang telah berakhir tetap diulangtayang sehingga tiba suatu hari kita memilih untuk bergerak ke hadapan dengan membuka suatu episod baru. Halusinasi sepertimana kisah Baju Kusam, aku dapat feel kemurungan Iz yang menafikan kematian kekasihnya.


Fiksyen Popkorn

Di celah-celah karya yang mengerah akal untuk mentafsirkan maknanya, masih ada karya popkorn (ringan-ringan) yang sedap dinikmati. Halo Interaktikal yang aku agak berkisah tentang eksplorasi meth tripping atau mungkin juga Bento benar-benar melalui pengembaraan ‘mesin masa’. Distopia pula adalah sebuah kisah anti-utopia di mana pihak autoriti memerintahkan agar semua buku dibakar. Bayangkan dunia tanpa bahan bacaan bercetak.

Jangan harap ‘happy ending’ dalam karya Lucifer seperti dalam Kisah Seekor Mamalia Genit Yang Walang. Dan Okta sememangnya walang hingga ke akhir hayat. Keh.. keh.. Khrlhsym membawa kisah pecahan personaliti melalui Gila Bayang. Penyakit yang menjadi-jadi dan biasanya susah untuk ditentukan sama ada lakonan untuk menutup jenayah atau ia betul-betul penyakit mental bila berlaku sesuatu kes homosid. Tapi aku percaya Juhari, dia memang sakit.

Tahniah kalau kau berjaya baca reviu sampai di sini. Aku dengar-dengar buku ni dah pun sold-out tapi kalau ada permintaan mungkin Kerat Studio boleh ulangcetak.


Business Proposal

6

eddie eddieshields597@daum.net
Jan 29

From Mr. Eddie Shields

I am contacting you in respect of a business proposal that will be of an great benefit to both of us at the end.

I am Mr. Eddie Shields, the Director of a Finance Company here in London. I discovered an abandoned sum of US$45,000,000.00 (Forty Five Million United States Dollars) which belongs to late Mr. Syed Abdullahi, a Citizen of Malaysia. I have made several efforts to trace any member of his family so that they will come and claim this money but unfortunately all my efforts to locate any of his family members was unsuccessful therefore I decided to contact you for you to stand as his relative since he is a Malaysian Citizen. From my inquires through his file in my office, I discovered that he did not indicate any person as his Next of Kin which means that no body will ever come for this money again in this life.

If we do not claim this money now, it would be forfeited and subsequently recovered by the British Government as an abandoned money according to the British Law which stipulates that such money remained un-operational for a period of ten years, the money will be recovered by the Government as an abandoned fund. My intention is to work with you secretly as a team so that this sum of US$45,000,000.00 (Forty Five Million United States Dollars) will be released to you as late Mr. Syed Abdullahi's relative thereafter you and me will share the money at the ratio of 50% to each of us.

I want to assure you that this money will be released to you without any problem on your side after claim, I will guide you properly on how to submit your application to our Company for the release of the fund to you. I am also ready to provide you with the deposit document which our Company will request from you as proof of your true relationship with late Mr. Syed Abdullahi before they will release the fund to you, all I need is your full cooperation and for you to keep this transaction 100% secret for our own security after claiming the fund.

If you are interested to work with me in this transaction, please give me a reply to this private email address: ed195952sh@hanmail.net so that I can send you more details on how we can claim this fund without any problem.

Be informed that I have already studied this transaction completely before consulting your involvement and I believe that you will not betray me at the end when the fund will be released to you.

Thank you for understanding.
Regards,
Mr. Eddie Shields.

____________________________________________________________________________

6ratus______@gmail.com

From Joshua Timit reply to Mr. Eddie Shields.

Ke hadapan Mr Eddie Shields,

Terkial-kial saya menggunakan Google Translate untuk memahami apa yang encik cuba sampaikan kepada saya maka harapnya encik juga menggunakan Google Translate dari Bahasa Melayu ke bahasa yang encik fahami, supaya encik fahami betapa susahnya saya untuk memahami encik, maklum lah, adat orang berniaga, dari situ kita akan faham bagaimana untuk bertoleransi di antara satu sama lain disamping memahami budaya orang lain, seperti di Jepun misalnya, mereka menggunakan bahasa ibunda untuk berniaga dengan orang luar, sedangkan saya yang pernah menjadi jurutera kilang cawangan Jepun di Borneo, menggunakan bahasa Jepun, sebagai bahasa interaksi dengan orang atas. Maka, encik, kami yang sedang memperkasakan bahasa ibunda kami mengharapkan encik memahami prosedur pertama niaga kita.

Saya sekarang ini membalas surat separa rasmi encik dalam tujuan keuntungan yang bakal dinikmati kita di masa depan kelak.

Saya baru tahu bahawa hanya dengan menjadi warganegara Malaysia, saya boleh mengisytiharkan diri saya sebagai saudara Encik Syed Abdullahi di mana dia mempunyai RM 45 juta dollar untuk diwariskan. Terbeliak mata saya sehingga terkeluar biji mata saya melihat angka kosong yang banyak itu. Begitu alpanya Encik Syed Abdullahi yang tidak meletakkan nama waris atas sekurang-kurangnya didermakan sahaja kepada negara Palestin misalnya untuk pembangunan semula negara, bahkan Afganistan. Jika begitu, saya berminat untuk memperoleh RM 45 juta dollar ini di mana saya boleh gunakan untuk membangunkan syarikat-syarikat kecil di bawah kendalian saya bersama-sama rakan seperti Zine Satu Malam dan Kerat Studio misalnya. Saya sudah dapat bayangkan sebuah studio yang lengkap dengan peralatan filem/fotografi dan sebuah kafe yang menyediakan bahan bacaan secara percuma. 

Saya amat memahami yang kita berdua akan membahagikan harta peninggalan arwah kepada dua, 50-50 tapi saya agak kurang berpuas hati dan masih mahu tawar menawar dengan encik untuk pembahagian 60-40. Haruslah encik faham yang saya, sebagai seorang warganegara Malaysia lebih layak untuk mendapat bahagian yang lebih berbanding encik. Seharusnya kita mempercepatkan rundingan supaya kita masih boleh memperoleh duit yang berpuluh juta itu daripada dibekukan akaunnya.

Saya turut berjanji yang saya akan merahsiakan rundingan ini kerana saya tidak sabar mahu berenang dalam kolam duit berjuta-juta dan dikelilingi wanita berdada besar. Emel saya adalah seperti di atas, yang encik boleh sentiasa hubungi dan jangan risau, janji saya boleh dipegang kerana bangsa saya kaya dengan budaya. Encik boleh meletakkan kepercayaan pada saya dan saya tidak sabar-sabar mahu melakukan transaksi pemindahan duit ke dalam akaun saya.

Yang sentiasa memahami,

Joshua Timit.

In by Lucifer, Monday, 6 February 2012


ZineSatuMalam : Satira

1

Satira adalah seni menyembunyikan kritikan secara berseloroh ataupun menyampaikan teguran secara tidak langsung dengan menyelitkan unsur humour. Lebih ringkas lagi satira ini adalah sindirian.

Lihat bagaimana beberapa individu berbeza memberikan tafsiran satira masing masing melalui cerita yang disampaikan oleh mereka dalam zine ini. Mohon kalian yang membaca berikan komen disini atau wall facebook ZSM. Kalau anda mahu tulis reviu, tulis dan hantarkan ke email zinesatumalam@gmail.com. Selamat membaca!


Kamu

0


Hanya tinggal bunyi langkah kaki dan percikan air.
Berlari.
Kalau boleh aku mahu berlari jauh, 
tanpa menoleh sedikit pun.
Aku tahu tiada siapa mengejar.
Aku tahu tiada apa mengikuti.
Namun aku tetap berlari.
Walaupun tidak pasti,
siapa dan apa yang menanti.
Aku berlari,
kerana ada satu yang aku yakini.
Di setiap langkah kakiku,
aku tidak sendiri.
Di setiap bunyi percikan air itu,
bayang-bayang setia menemani.
Begitu juga kamu.

- oleh Mien Sarif

by zoul yazix,


Post navigation