Beger ayam sial


Perkenalan antara dua darjat
Yang membedakan kau dan aku
Apa hak untuk kau memperlekehkan
Apa hak untuk kau berprejudis

Mungkin sebenarnya
Ku mahu percaya
Yang kau berbeda dengan yang lain
Yang kau boleh menerima dengan rendah diri

Aku silap kerana membiarkan
Aku tak mampu menahan rasa
Kau bikin aku sakit pabila keluarga dipermainkan
Hati dipijak henyak ditendang dicaci maki

Darjat dipergunakan duit yang ada
Ingatlah brader satu perkara
Lagi tinggi kau berdiri
Lagi sakit kau jatuh nanti

Aku yang bodoh bangang
Bertahan berkawan dengan kau
Lalu bagaimana aku habiskan kisah
Meninggalkan kau dalam rela

Di pondok kita kenal
Di tempat aku beli berger ayam sial

by Shafa Eman, Thursday 20 September 2012


5 Responses to Beger ayam sial

Fadhlan Roslan said...

ending eh ghaso macam epik

Azhar Ibrahim said...

Jom gua belanja makan burger sampah kat Ampang bagi mengubati rasa sial lu.

Shafa Eman said...

fadh : Huhu. Tempat pun epik jugak.
Azhar : Burger sampah kat ampang? Hahahha. bagus.

ghost said...

ayam tak shial, yang shial perkenalan tuh

Shafa Eman said...

Ghost : Hehe. Betul juga tu. Kesian beger ayam.