Archive for October 2011

Peperangan Sunyi

3

Katup mata rapat rapat. Di situ cuma keindahan. Kegelapan yang menayangkan perlawanan sengit batin dan jiwa, bersengkarut tak keruan, berbelit dan menghimpit dada manusia. Partikel yang menujah dinding secara sadis, berlawan secara sunyi lalu mewujudkan dua kutub berlawan arah, namun tak pernah berhenti dari terus berlawan. Yang satu menggoda pada jenuh kejatuhan, sedang lagi satu memaksa untuk berfikir tentang kebangkitan, yang cuba menemukan kembali keinginan terdalam. Puas aku menggali untuk penetrasi seliat kemunduran keghairahan. Dan untuk jam yang infiniti, aku menemukan jawapan yang kembali pada diri.

        Know thyself.

Jati diri sebenarnya besar, tak sekecil kau kira. wujud ia dalam limit perbatasan. cuma ada namun tak berwakil. Aku cuba apungkannya, dia terbang menemui Pencipta. Baru aku sedar, sebenarnya ia perlu hadir di sana. di sana.

Kita perlukan sandaran, dan tulang belakang kita tertinggal sebenarnya. Pasang kembali untuk afirmasi hubungan dengan Tuhan. Dua jalan, yang satunya adalah jalan damai untuk kembali , dan satu lagi jalan jatuh untuk menjadi terasing , terpisah. dan simpul simpul mati yang tak sempat mengaut akar dasar di mana ia sepatutnya ada. Terma kehadiran untuk setiap apa yang wujud, lau munculkan. Abaikan pandangan kasar, meski kau orang gasar.

peperangan sunyi , yang mencari menangnya keinginan sepi.


Digelapterangkan oleh Penjiwa Jalanan.

In by Anonymous, Monday 31 October 2011


holistik, tapi bukan pengakhiran.

1

Anda bilang anda mengenali saya? heh. hidup itu carut hidup itu celaka. kalau bisa ketemu yang baik baik itu adalah satu anugerah teristimewa untuk saya. Manusia sangat cliche walau dicanang variasi. Dogma dude, dogma. Kau lihat, kau tamsil, maka kau fikir sudah taaruf? Mata manusia cuma melihat yang mudah, tangan yang membikin sukar. Mengapa tidal gunakan fungsi cerebellum , medulla segala bagai untuk memikir yang jauh? Jangan kata sarafmu terlalu panjang hingga berselirat, tersimpul mati maka pemikiranmu juga dikhabar mati? Aku bukannya penyalin manuskrip Bible yang kemudian menyeleweng kisah hidup sendiri. Maka aku, yang mematikan diri di Laut Merah, tunggu masa ia beralun berombak masihkah aku statik, aku fikir kiranya aku cuma memandang langit dan melebarkan diameter bukaan mulut, menanti kerpasan hujan turun memurungkan bumi. Tapi ini kesukaan aku. sinema favoritas. Dan bila malam, aku beralih tempat , mendapati diri saya di atas hampar rumput sambil menala pandangan ke bulan. John Heywood membuat persepsi silap mengatakan bulan itu cheese. Bagi diri saya, boleh juga kalau mata mampu menjilat kesedapan cheese tersebut.Kerna bila malam, saya lapar. Saya bukan catwoman . Lapar saya hanya memerlukan saya menala langit gelap sambil berimaginasi seperti method Lady Gaga membayangkan meminum kopi tanpa sebarang aksi fizikal yang sebenar. Dan pabila selepas subuh melabuhkan zatnya, saya jadi lupa. Benar saya seperti amnesia untuk mengenali, siapa saya. Iyalah sahih bicara kau. Saya melupai saat semalam dan melangsungkan hari ini cuma dengan ditujal satu tekanan, yang saya cuma mampu relakan.


penulis sekejap-sekejap, Penjiwa Jalanan.


Manusia Lipas

6

"Aku nak mengaku dekat kau satu benda, aku ni sebenarnya seekor lipas" Kata Eszol dengan muka serius. Dahi aku mula berpeluh, memikirkan kata kata Eszol tadi. Celaka, macam mana lah aku boleh ajak lipas jadian ini tidur di rumah aku. Sepatutnya awal awal lagi aku boleh agak ada sesuatu yang tidak kena pada mamat ni. terutama sekali pada rambut menggerbangnya yang hampir hampir membuatkan aku jatuh motor malam tadi. Masih terasa lagi sakit dada yang aku alami akibat pengembangan jantung paling maksima dalam hidup waktu aku terlupa yang aku sedang membonceng Eszol dibelakang motor dan apabila aku ternampak bayang bayang seseorang dengan rambut menggerbang di bawah simbahan lampu jalan, Tuhan saja yang tahu bagaimana nekadnya hati aku membuat keputusan untuk terjun motor dan berlari pulang. Untung, aku kembali mengingati figura rambut Eszol yang menyerupai bayang bayang itu.

Aku menarik nafas panjang, masih cuba merungkai persoalan tentang misteri lelaki lipas dihadapan aku. Bagaimana kalau lipas ini akan mengancam nyawa aku yang masih teruna ini? Bagaimana dengan janji aku pada makwe tentang saat saat bahagia selepas menikah nanti. Ah babi, akan aku musuhi lipas sampai mati! Aku cuba memikirkan jalan keluar daripada situasi tegang yang sedang berlaku. Eszol masih memandang aku, dan aku pula sedang bergelut dengan Teori Lipas yang dibuat berdasarkan kepercayaan jika terjumpa satu lipas maka pasti akan ada banyak lagi yang bersembunyi. Adakah terdapat lebih ramai lagi manusia lipas di luar sana? Mungkin Peddo si Sarkasis itu juga manusia lipas memandangkan persamaan bentuk rambut yang dimiliki?  Serabut kepala, aku mengambil keputusan untuk menamatkan kecelaruan yang menghantui aku ini, dan dengan nada takut takut lalu aku bertanya pada Esol, "maksud kau?"

"aku tak boleh bau ubat gegat dalam bilik air tu, nanti aku bersin" jawab Eszol dengan wajah polos.


Review : Kayangan

4

Buku kecil ini ada 13 cerita kesemuanya yang digarap dengan campuran bahasa inggeris yang dimelayukan seperti nasyrun nasyrun nasyrun tetapi nasyrun lagi hardkore tapi apa yang saya gemar dengan zine kecil ini adalah isinya yang rangup-rangup manis dengan sentuhan eksperimental. Untuk membelinya saya sendiri kurang pasti untuk dapatkan di mana tetapi saya perolehinya dari Kinokuniya, KLCC.

  1. Asakan Sayap Maut Rama-Rama Fadayin
    • Fiksyen suntikan fantasi rama-rama ini mengenai jelata rama-rama yang membalas dendam.
  2. Pensel Dan Keskil
    • Ini tentang masa yang bergerak infiniti.
  3. Kerana Kau Mahu Aku
    • "Kerana kau mahu aku meniduri kamu." Oh, cukup lah sebaris ayat. Keh keh keh.
  4. Kepak Patah
    • Ini pasal Qasidah yang sudah mengetahui melihat zakarnya sewaktu dikhatan, ia lebih kepada cerita cinta, bukan feveret saya.
  5. Bila Saya Besar Nanti
    • Ia mengenai anak kecil yang berfikiran SinChan.
  6. Jin Dalam Pek Cip Kentang
    • Ia tentang jin yang memberikan syarat ketat untuk permintaan spesial.
  7. Konek Konkrit
    • Ceritera ini kegemaran saya dengan analogi peranakan disamakan dengan bangunan berlif yang dianggap sebagai bangunan khunsa.
  8. Perihal Awek McD Yang Mukanya Macam Sokrang Bekas Gufren Aku
    • Ini juga pasal cinta yang dijalinkan kembali selepas beberapa ketika dengan cara khayalan.
  9. Sang Matir Yang Lahir 200 Tahun Terlewat
    • Kisah seorang pencinta yang digantung pada tiang lampu sehingga beratus tahun.
  10. Seluntut Dengan Cermin
    • Ini kispen gelap tentang berzina dengan cermin, keh keh keh.
  11. Cerita Encik Hector Dan Anjing Ajaib Yang Kuat Hisap Rokok
    • Seperti tajuknya, begitulh isinya dengan anjing yang nak hisap rokok tapi tak boleh nak beli sendiri.
  12. Jidin Ditelan Ikan Puyu
    • Kispen ini menyelitkan lelucon meleis.
  13. Gaban Z Lawan Sama Ultraman Tanduk!
    • Seperti tajuknya juga, ia mengenai perlawanan tak ngeri di antara superhero. 
Keh keh keh. Sekian ulasan ringkas dari Zine Satu Malam.


Watikah Buat Musafir

1

Musafir mana tiada bermusibah?
zahirnya insan, batinnya syaitan
semua insan pun dibeban emosi
pemenang mana tak pernah kalah?
berpatah arang , berkerat rotan
terkadang bahtera kekurangan kelasi..


kiranya kau musafir yang tiada hentian
bilamana kau tersandung batu atau kayu
seceliknya mata kau sudah di sini (hati)
maka beri salam dan jemput masuk
sekalipun rumah ini tiada berpenghuni
kerana, sungguh, kau aku alu alukan
selalu, sentiasa.


kiranya esok kakimu sudah cukup kuat
eloklah engkau berangkat pergi
jika berkesempatan suatu hari nanti
jenguk lah si Hawa itu
yang dah lama berjasad tanpa jiwa
kalau berkesempatan, kaitkan dia
jiwanya yang ranum
dari anjung dangau


kalau punya masa
mari kenangkan
yang suatu ketika 
kita juga pernah miliki
sebuah harta luhur
bernama kehidupan

by Qiez AR, Friday 28 October 2011


Papan Tanda

1

Penulis Import : Chimok


Melarat kesat seperti pelesit
Realiti itu sakit
Di ruang rongga kehidupan yang pekat
Padat sejuta salasilah ceritera kala benar kala nista
Pinggul menari mengikuti irama merdeka boneka dunia
Kau bangsat kau beli harga
Pengkhianat Penjajah minda tua muda
Kaut semua apa ada
Naik lambung semua benda
Jangan ingat kami buta
Masih ada sekumpulan yang peka
Berlarilah ke neraka
Atau berpatah ke syurga


Hari Mencari Tuhan (2)

7


terasa seperti arus listrik merenjat saraf. aku lihat rupanya jemari doktor tersentuh jemari aku. buat aku terkejut.terenjat. sedikit terencat fikiran.

minumlah air itu, moga dengannya kamu tenang.

aku akur. suaranya makin lunak. aku makin hilang gelisah. lalu gelas kosong itu aku letak di meja kopi walaupun aku mahu sekali memberi ke tangan doktor. biarlah nanti disebut galak pula. aku betulkan duduk. sedikit tegak.

dalam nafas aku hirup. panjang balas helaan aku.

okey, sekarang sudah sedikit lapang, kan?

Angguk.

iya, doc.

sekarang pejam mata kamu. biarkan minda kamu terbang bebas. jangan disekat. jangan fokus. biar ia lepas bebas...

aku tutup mata. aku nampak langit yang biru. aku nampak awan-awan tompok seperti gula-gula kapas yang baru dibuat.

doktor suruh aku tarik nafas dengan panjang, sehingga aku mencapai rileks. aku dapat rasa tubuh aku makin melonggar ototnya. jantung berdegup semakin perlahan. dapat aku rasa aliran darah di kepala tadi beransur lenyap sakitnya. tubuh aku makin dingin. aku rasa nyaman!

biarkan diri kamu hanyut dalam arus yang kamu cipta sendiri dalam minda...

aku nampak sepadang daisy. kuning terbuai-buai dan disebaliknya rumput hijau. aku sedut nafas.
wangi.

Daisy kuning menari ditiup bayu

wangi seperti perfume. baunya maskulin tapi ada sedikit lembut. aku suka. mungkin vanilla. ya, vanilla. aku terus hanyut dalam minda.

sudah sedia bertemu Tuhan?

iya doc, sudah.

tangan aku rasa hangat. renjatan listrik itu aku rasa lagi. kali ini bukan sesaat seperti tadi. kali ini lama. dan lebih kuat. kali ini sepertinya dada aku hampir pecah.

dan aku terasa bibir aku dikucup.

...



-tammat-


pasca-zombi

9

Ini adalah kisah Mas Kudin, seorang patriarch, dan minionnya yang mencecah puluhan juta. Puaknya yang hidup bersatu padu, tiada ketamadunan, kejujuran total, rakus, lembab, selalunya nokturnal, kurang tatasusila semasa makan, haijin sifar, cetek tetapi tidak juga superficial, dan sentiasa lapar.

Bertahun sudah berlalu sejak populasi zombi mengatasi manusia dan kadar konsamshen telah di luar kawalan. Bekalan manusia kian suntuk.

Para bijak pandai dan pemikir di kalangan mereka meramalkan krisis makanan bakal melanda dalam masa terdekat ini. Tidak boleh tidak para zombi harus menambah variasi atau menukar terus diet mereka. Industri penternakan harus dimajukan dan kepada yang pentingkan kesihatan, mengembangkan industri pertanian. Tapi siapa sangatlah nak ikut, zombi kan asalnya manusia jadi nak lari ke mana sangatlah kan habitnya.

Dan akhirnya manusia pun pupus.

Para zombi mula menggelabah. Rusuhan tercetus di merata tempat. Kebuluran semakin menjenguk. Kemakmuran yang dikecapi telah terhakis. Masing-masing khuatir kanibalisme akan dipilih sebagai jalan terakhir.

Kediaman Mas Kudin, baru-baru ini dilantik menjadi presiden seumur hidup diserang, bonekanya yang diperbuat daripada jerami dibakar tanda protes. Beliau dituduh menyorokkan bekalan manusia yang sangat banyak dalam danjen di bawah istananya. Untuk menenangkan khalayak yang semakin resah, Mas Kudin muncul di kaca tv membuat penafian sambil makan sayur bersama ahli keluarganya.

Namun rakyat bukan semudah itu untuk ditenangkan. Bilangan penunjuk perasaan semakin bertambah malah seringkali bertukar ganas. Akhirnya, tentera terpaksa dikerah untuk mengawal khalayak.

Beberapa bulan berlalu dan selama itu jugalah para zombi langsung tidak menyentuh makanan.

Yang megiknya jangankan ada yang mati kebulur atau berkurangan berat badan, yang kena gastrik pun tiada. Nampaknya paranoia mereka selama ini tidak berasas pun. Tapi kenapa boleh jadi macam tu?

Seorang ahli falsafah tersohor yang menggunakan pseudonim Neecheh menulis dalam buku best-sellernya bahawa menjamu daging manusia hanyalah satu matlamat hidup setiap zombi sedari manusia lagi (mungkin separa sedarnya, manusia telah kecewa dengan diri mereka dan ini adalah jalan eskapis terakhir), tiada kena mengena dengan kelangsungan hidup atau keperluan zat. Logiklah, mana ada 'kematian' setelah mencapai matlamat hidup, lagi hidup adalah. Lagipun mereka semua kan pernah 'mati', takkanlah nak mati lagi.

Dengan ini segalanya berakhir, begitu saja.

Bagi Mas Kudin pula, memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan amat menjerihkan. Setelah meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan, dia pergi bekpeking, mencari ilham untuk novel cinta agungnya. Manusia dalam danjen di bawah istananya semua dibiarkan mati kebulur.

by ahmad, Monday 24 October 2011


Poin Empat Puloh Empat Trivia!

9


  • Khrlhysm lebih kerap bermain dengan garisan surrealisme di dalam ini manakala Lucifer lebih gemar bermain dengan garisan realisme.
  • Unsur satira yang terkandung dalam buku ini umpama mimpi dalam mimpi, berselimut dalam selimut, serta bertopeng dalam bertopeng.
  • Kulit muka buku amat mencerminkan isi dalamannya, jeng jeng jeng.
  • Kebanyakan kispen Khrlhsym merupakan kispen-kispen rangup yang harus dibaca-baca ditatap-tatap manakala Lucifer punya kebanyakannya lapan belas-lapan belas ke atas.
  • Kebanyakan isu menyentuh perihal ketuhanan, politik, keluarga, cinta, filsafat dan ah! apa lagi yang engkorang nak?
  • Tidak lah seberat isi-isi buku serius serta tidak lah seringan-ringan sehingga berlepas pergi keluar dari anus.
  • Hanya ada 50 buah yang diriliskan dengan seratus muka surat tepat-tepat.
  • Hah? Lucifer menghasilkan kispen cinta? Oh tidak. Khrlhysm yang akan mengekspresikannya manakala Lucifer banyak titipkan karya transgresif yang agak lah berhati kering.
  • Hanya dengan RM 15, engkorang boleh menikmati 41 buah cerita!
  • Apa lagi, apa lagi dapatkannya!


Nak dapatkannya? Nak tak? Nak?  Keh keh keh.
Sila emel ke keratstudio@gmail.com dengan katakan wahai admin kacak, saya nak beli buku .44!


Hari Mencari Tuhan (1)

4

ahad yang baru lepas ini adalah hari mencari Tuhan.

dan bukan, aku bukan seorang Kristian yang ke Sunday Mass. cuma aku hanya terjumpa seorang doktor jiwa.

dan aku seorang manusia yang sering mengugut untuk membunuh diri. lalu doktor itu beri sebilah pisau.

ambillah, kerat nadi kamu sekarang.

aku pandang pisau itu kosong. marah dan kecewa sedikit kendur.

tengok. kamu belum depresi. cuma stress. mahu cerita sesuatu?

angguk.

aku sandar ke kerusi zero-gravity warna putih itu. aku ambil nafas. pendek, berat. hembusan pula sedikit panjang. dalam berkira-kira mahu cerita apa mulut aku gatal muntahkan ayat ini.

Doktor psikiatri sekarang guna zero gravity chair yang trendy macam ini.


aku benci hidup aku, doc.

dia angguk, biarkan aku hanyut dengan perasaan sendiri. biarkan matanya saja yang bertanya. biarkan mulut aku memuntahkan segala isi yang tertepu dalam hati. tentang ibu aku yang tak pernah mengerti mahukan aku menjadi saintis walhal aku mahu menjadi penulis, tentang ayah aku yang nampak lembut tetapi sering memberi penampar jepun, tentang abang aku yang pulang ke rumah seminggu sekali setelah menghabiskan masa di kelab malam dan rumah perempuan.

tentang kawan-kawan yang pandai menikam dari belakang. yang berlakon depan orang lain, memburukkan aku tapi di depan aku siap laga-laga pipi.

tentang ketiadaan seseorang untuk mengisi ruang kosong di hati.

itu saja?

banyak lagi, doc. tapi cukuplah itu sebagai sebab-sebab yang punya signifikan besar dalam hidup.

dia hela nafas, lebih panjang dari nafas aku.

bagaimana kamu dengan Tuhan?

aku angkat muka, tenung matanya. kemudian aku tundukkan pandangan sebelum jungkit bahu.

mari aku beri kamu satu ubat. ubatnya hanya peringatan. bahawa Tuhan itu dekat dengan kamu, lebih dekat dari urat nyawamu.

benar?

angguk.

beritahu aku selama kamu hidup, pernahkah kamu berhenti bernafas?

geleng.

makanya? jelas bukan, Dia tidak pernah lupakan kamu. untuk kamu dicintai manusia, kamu perlu cintai Dia dulu. kerana Dialah pemberi nafasmu, jiwamu, rohmu. tahu bagaimana?

tidak.

doktor itu berdiri dari sofa, menuju ke peti ais. dia tuang dua gelas air. kemudian berjalan kembali ke arah aku.

Doktor tuangkan aku air tapi tekak aku terlalu pahit untuk menelan.

bercakaplah denganNya. beritahu apa saja. minta apa saja. tentang mimpi kamu bertemu big foot, tentang kamu perlukan wang untuk beli baju baru.

tapi, adakah akan makbul?

gelas berisi air itu dia berikan pada aku. aku sambut, terkena sedikit jarinya.

tiba-tiba, dalam bilik dingin itu, aku dapat rasakan darah aku menjadi lebih panas.



bersambung...


Sangam

6



Di sini dia duduk-duduk. Dahulu sama aku, menikmati kopi.
aku suka bicara tentang lelaki itu. yang duduk di beranda itu melihat laman rumah kami yang bemandi cahaya lampu itu.

waktu-waktu begini dia suka sekali jika dihidangkan secawan kopi pekat dengan sesudu kecil gula dan setengah sudu kecil krimer. jangan terlalu banyak. dia suka jika kopinya panas berasap itu pahit tetapi sedikit manis dan lemak. dia kata hidup ini begitulah. kopilah simbol hidupnya.

dia, sekacak dia sepuluh tahun dahulu, sewaktu kami mula bertemu. kami bertemu pula di pertemuan Ganges dan Yamuna. waktu itu aku sedang menyiapkan tugasan menembak foto untuk sebuah majalah pelancongan. dia pula ke India kerana membeli bekalan marmar putih dari sana, singgah di Allahabad untuk melepaskan tekanan minda.

kami cuma berjumpa begitu, dia nampak aku dan aku pula nampak dia. untuk beberapa ketika kami brbalas renung. itulah kali pertama aku rasa hangat cecair pewarna CT scan mengalir dalam tubuh sewaktu aku bukan berada di hospital.

kemudian untuk tujuh tahun kami terpisah.

ya aku sedang menembak juga di Kuala Lumpur ketika tertembak dia sekali. sekali lagi mata kami merenung masing-masing. dan dia, seperti lelaki budiman Inggeris, mendekati. rasa hangat pewarna CT scan mengalir ke tubuh kembali.

tujuh tahun lalu di India, dia kata.

ya, tujuh tahun lalu di pertemuan Yamuna dan Ganges, aku jawab.

dan hari itu sangama kami.

kemudian kami kahwin dengan harapan gembira bersama. memang gembira, aku tidak tipu. namun diragut dengan kehadiran Sara Watie. Sara Watie yang muncul entah dari mana. Sara Watie yang menganggu bahagia.

tak cukup itu, aku terkejut dengan berita kanser.

terkejut, kecewa, panas pewarna CT scan tidak lagi dirasa. ia diganti dengan dingin cecair kemoterapi pula.

dan dia pula, masih ada sama aku namun masih juga melayan Sara Watie. hingga pada saat-saat terakhir aku mereka datang untuk meminta restu untuk berkahwin. aku berpaling muka, biarlah mereka memujuk. aku cuma senyap hingga hembusan nyawa akhir.

aku ketawa dalam hati melihat lelaki itu.

jadi kau bahagia sama Sara Watie, suami? adakah dia bancuh kopi pekat letak sesudu teh gula dan setengah sudu krimer waktu malam-malam begini? adakah dia duduk sama-sama kamu di balkoni selepas makan malam begini?

jadi mana dia, suami? mana dia?

mana Sara Watie yang datang antara kita, seperti Saraswathy Ghaib yang terbit antara Ganges dan Yamuna?

hah!

HAH!



Warkah Senyap Seorang Hawa Buat Adamnya.

4

Buat Adamku...


Dia menangis. tak berlagu.dalam sendu.tanpa malu.dia menangis.bersungguh-sungguh. akan redakah kesakitan yg tertanggung.


Dia kata.Biarlah. Biar dia itu membuat sejuta andaian. yg buruk atau yg baik. yg benar atau batil. Dia kata.Biarlah. Sebab dia tak mampu lagi. tak mampu menjelaskan lagi. tak mampu berhujah lagi.bicara sudah mati.cinta telah pergi.


Dia mahu. Dia itu tahu. Bahawa dia telah tekad. walau zahirnya terlihat menafikan tekad. Dia nekad. Dia mahu dia itu tahu.yang dia sentiasa mendoakan. sentiasa memohon. sentiasa mengharap.


Buat dia itu. Dia berpesan. Jangan menumpahkan tangis. Kerana dia itu seorang Adam. Seorang Adam yang tabah. Adam yang cekal. Adam yang hatinya sekukuh taj mahal.Maka matanya Adam tidak perlu basah.Adam harus Teguh. Hanya Kerana. Dia itu Adam. 


Dia kata.Biarlah. Biar dia itu membuat sejuta andaian. yg buruk atau yg baik. yg benar atau batil. Dia kata.Biarlah. Sebab dia tak mampu lagi. tak mampu menjelaskan lagi. tak mampu berhujah lagi.bicara sudah mati.cinta telah pergi.Segala yang tertakdir, redhalah. 


Harapan bisa mati berkali-kali. Namun andai suatu hari Ya Rabbul Izzati menjatuhkan rahmatnya yang seluas galaksi keatas kedua-dua hati itu, akan luluhlah semua gumpalan benci yang pernah berdaki dihati  dan akan bisa hadir bicara  melenyap sunyi. Cinta mampu datang lagi. Percayamu jangan hilang, Adamku..


Dia melihat dia itu. Hapuslah tangismu. Adamku hapuslah tangis. Kalau di Arasyh sana, namamu dan namaku bercantum.Maka bila tiba titik terakhir bisa kita bersatu.


Bismillah..hitawakkal..tualallah.. 

by Qiez AR,


nonsense yang serupa iklan 'goyang kaki hari-hari duit masuk'

8

U tahu, Portishead buat i horny, kata bekas teman wanita kepada aku. Aku rasa itu yang dia cakap.

Kami berdua berbaring (aku di sebelah sini, fon telinga di sebelah kiri gegendang, bekas teman wanita di kanan aku, fon telinga di sebelah kanan gegendangnya) di atas bumbung flet 10 tingkat, trek ke 7 album eponimus Portishead. Dengan begini bunyinya sepatut tidak lengkap dan meminarkan kepala tapi kerana kami pernah melengkapi satu sama lain maka ia kedengaran perfek sekali.

Dalam koleksi diskografi Portishead, aku paling suka album debut mereka.

Aku terloncat bangun, rasanya punggung digigit kerengga yang memegang sepanduk 'Ignoran' (ada aku beritahu dia sudah kahwin?) sampai terlupa akan fon telinga yang dikongsi. Wayar fon tersangkut pada anting-anting chandelier bekas teman wanita dan mencabut telinganya.

Plup! begitulah bunyi tercabut yang aku dengar. Beth Gibbons skala 1:20 terpacul keluar daripada punca itu. Beth Gibbons serba misterius yang dengan koolnya akan menyalakan rokok dan meloncat ke awan dengan satu loncatan cuma.

Awan bertukar warna merah segarang-garang merah. Aku kata tengok, awan terbakar tapi bekas teman wanita, sambil menongkat dagu, oh hujan i suka.

Sumpah aku nampak awan terbakar, buat apa aku mahu temberang.

by ahmad, Tuesday 18 October 2011


Misantrophy

1

Aku sekadar memerhati keliling ruangan persegi dengan pandangan kosong. Dingin. Mungkin
itu yang lebih tepat. Kemudian masuk seorang lelaki berbaju putih. Berdiri sejenak dimuka pintu
lalu merapatiku. Duduk. Kami sekarang bertatapan. Dingin. Dingin. Dingin. Sorot matanya,
sedingin suasana. Lalu aku cuma membalas dengan pandang mata kosong. Lelaki berbaju putih,
selak fail dihadapannya. Sekadar berbasa-basi.

“Nama kau Zul Haziq Abd Malik?” Lelaki berbaju putih memula bicara. Aku sekadar angguk
perlahan, bereaksi pada persoalan lelaki berbaju putih.

“Aku Khairul Hisyam. Aku ada beberapa soalan untuk kau. Anggap je kita tengah ngeteh kat
mamak sambil berborak kosong.” Sambung lelaki berbaju putih sambil menyuakan cawan yang
bukan berisi teh tapi skyjuice. Aku senyum sinis.

Lelaki berbaju putih seluk poket. Sekotak sigup merah dikeluarkan. Tarik sebatang dan hulur
kepadaku. Aku cuma menggeleng.

“Heh, kau tak merokok?” Sinis nadanya sambil sengih herot. Dibakar sigupnya, dihisap dalam-
dalam lalu hembus.

“So, kau sedar taik yang kau dah buat?” Lelaki berbaju putih mula beriak serius. Dan aku, cuma
mengangguk buat kesekian kalinya. Terkesan kerutan diraut lelaki berbaju putih. Mungkin
terkesan oleh reaksi dingin aku. Ah, peduli apa.

“Kenapa?” Lelaki berbaju putih menyoal lagi. Kali ini ringkas sahaja soalannya. Tapi agak rumit
bagi aku menjawabnya. Suasana sepi seketika.

“Saya dah fedup.” Aku balas pendek sambil tatap mata lelaki berbaju putih.

“Fedup dengan apa? Family kau?” Suaranya ditekan, garang.

“Fedup dengan semua, dengan manusia. Dengan kau juga.” Aku balas tenang. Sengaja baris kata
akhir aku tambah, menanti reaksi dari lelaki berbaju putih.

“Heh, kenapa?” Sudah aku duga reaksi nya, Sengih herot, sinis.

“Takpayah tanya kenapa. Aku pun taktau. Aku fedup. Macam tu je.” Aku senyum dan kembali
bersandar dikerusi.

Lelaki berbaju putih terdiam. Menganalisa kembali jawapan-jawapan aku tadi. Atau mungkin
saja, dia sedang mengatur ayat buat mencairkan bekunya suasana.

“Kau fedup lalu kau bunuh mereka semuanya. Apa kau dahaga darah?” Lelaki berbaju putih
kembali bersuara.

“Aku cuma tidak suka diganggu. Berkali aku tegaskan tapi mereka yang tak faham. Jadi aku
diamkan semuanya, lalu aku kini merasa aman.” Balasku.

“Heh, jadi kau nak aku tulis dilaporan yang kau ni gila. Supaya kau dikuarantin sendiri?” Nada
itu lagi, dingin benar lelaki berbaju putih.

“Itu adalah syurga bagi aku. Lihat muka kau saja aku terasa mahu muntah, apatah lagi
mendengar kau berbicara. Aku benci manusia.” Suara ku tinggi, sedikit beremosi.

“Ok that’s it. Permintaan kau, aku tunaikan. Terima kasih sudi ngeteh bersama.” Lelaki berbaju
putih bangun lalu meninggalkan aku sendiri.

*****

Baru semalam aku dikuarantin dibilik ini. Tapi aku sudah naik gila. Dimana-mana aku lihat
bayang manusia. Aku muak. Aku mahu muntah. Aku sudah tertahan lagi. Ku hentak kepala
kedinding berkali-kali. Perlahan perlahan dan makin melaju dan laju dan laju. Pandangan ku
mula kelam, gelap dan hitam.

*****

Lelaki berbaju putih sengih herot saat menyemak laporan seorang pemuda. Tidak sangka ideanya
meletak si pemuda dalam bilik dipenuhi cermin, berhasil secepat itu.

NAMA
PUNCA KEMATIAN
TARIKH
WAKTU

: Zul Haziq Abd Malik
: Bunuh diri
: 27SEPT 2011
: 02.27a.m

“Bodoh, kau lupa yang kau juga manusia.” Lelaki berbaju putih tutup fail dan berlalu pergi.



Review The Terminal Man Michael Crichton.

1



Ini memang satu buku yang bikin aku berfikir dengan mendalam. Isinya menceritakan tentang bahayanya mind control kepada manusia.

Harry Benson mengalami sudden violence syndrome, yang membuat beliau boleh bertindak diluar kawalan secara tiba-tiba. Ini menjadikannya sangat merbahaya kepada masyarakat. Oleh itu, sekumpulan saintis cuba mengawal perilaku ganas harry dengan memasukkan elektod-elektrod yang tertentu supaya sifat ganasnya dapat dikawal.

Oh ya, harry juga merupakan seseorang yang mempunyai fobia yang amat terhadap komputer. Didalam delusinya, dia berkata suatu hari nanti manusia akan menjadi hamba kepada komputer. Ketakutan ini, pada si protagonis, Janet Ross adalah berasas. Kemudian dia terfikirkan perkembangan sains dan teknologi yang terlalu maju kehadapan sehingga manusia sekarang terlalu bergantung kepadanya.

Walaubagaimanapun, elektrod tersebut gagal mengawal Harry. Malahan menjadi lebih teruk kerana minda Harry lebih 'gemar' dalam melawan tindak balas elektrod didalam otaknya. Sekali lagi Harry menjadi pembunuh sadistik yang berkeliaran dikota. Untuk menghalang Harry, Prof janet Ross disertai dengan sekumpulan polis cuba menjejaki mesin pembunuh yang mereka ciptakan sendiri itu.

Buku ini sendiri padat dengan filosofi, plot yang menarik, tentang psikologi, tentang bagaimana minda manusia yang tidak terkawal menentang keteraturan. Sistem. Teknologi yang futuristik. Agak berat sebenarnya. Tetapi ia adalah satu buku yang aku sangat recommendkan.

Tapi err, walaupun ketua polis (entah aku lupa namanya) itu semacam rapat dengan Prof Janet Ross, mereka tidak ada apa-apa perkaitan cinta. Ya, tiada adegan-adegan lovey dovey didalam novel ini. Ia satu buku yang diadukan sains dan kekejaman menjadikannya satu buku yang membuat kita terfikir, apakah benar masyarakat kita dikawal mesin?

Kalau kalian nak tahu, Michael Crichton juga penulis untuk novel Jurrasic Park. Alah, yang dinosaur besar makan orang itu? Masa aku kecil aku suka sangat tonton. GRAWR!

by jhnrdzi, Saturday 15 October 2011


Mata Itu

2



sendiri. dipandangnya ke langit biru sirus uncinus yang bertatahkan kapas-kapas putih suci. ada burung riang berterbangan, leka bermain angin malu. tapi sayang, sekadar gelap pekat yang dia nampak. umpama terkurung di dalam gua sepi. hanya ada sedikit terombos cahaya putih yang berjaya mencelah.

kalau dah buta, butalah. apa tak sedar diri?

tajam. terlalu kejam aksara-aksara itu diatur, melengkapkan satu rangkaian bernama cacian.

dia bangkit. membalas dgn kata-kata samalah seperti menghentak angin. lalu dikeluarkan pisau kecil yang hampir berkarat dari saku lusuhnya. logam tajam itu terus dihala ke mata manusia pencaci itu. ditorehnya keluar dua bola mata itu, bersiramkan bendalir merah hanyir sehanyir tuturnya.


kini si buta itu sudah punyai lensa baru. dapatlah dihayati paripurna permaidani berona biru suci di atas kepalanya. langsung tiada canggung. indah.

lebih baik begini. panca indera ini terlalu suci untuk manusia yang ketandusan syukur itu.




:: Biasan Bidadari ::

2

Pisau berdarah merah,
Terdampar di atas tanah,
Tragedi pembunuhan malam ketujuh,
Bersaksikan purnama malam menyuluh,

Disebalik perdu pohon jati,
Terbaring layu sang bidadari,
Menahan darah minta berhenti,
Dia ditusuk tikam curang pada hati.

Ada tangis mutiara sendu menyelangi,
ah bidadari kau itu sudah mati,
Mati terbunuh, Bunuh yang dicurangi,
Pada hati yang telah disakiti

Bidadari,
bunuh dia berkali,
dia tetap sakti,
dia bangun,
Tapi sebagai Bidadari tidak berhati.


8

Kamu semua kenal si Samad itu? Pasti tidak bukan? Dia tu lah kawan pertama aku.

Aku dan Samad main sama-sama, berkongsi lego dan robot voltron. Kadang-kadang kami berdua macam adik beradik betul, bergaduh bertumbuk sebab dua-dua mahu jadi hero, tiada siapa mahu jadi villen. 

Selalu sangat aku terdengar sayup-sayup esakan ibu, entah kenapa dia menangis. Aku tanya Samad, dia cuma geleng kepala. Agaknya ibu tengah tumbuk bawang, atau matanya masuk habuk. Memang itu alasan klise yang selalu dia bagi, dan kami percayakannya.

Jika dalam mod mahu bermanja, kami akan berlumba siapa lebih pantas sampai atas riba ibu. Bila dapat ke aku Samad nangis, dan begitu juga sebaliknya. Aku hairan mengapa ibu hanya menyepi dengan mata yang mengerling jauh. Kadang kala mukanya kepucatan, bagai disampuk hantu.

Di kelas hanya satu kerusi diwartakan untuk kami berdua. Kami pelik juga walhal ada banyak lagi kerusi kosong tapi kami taklah kisah sangat kerana yang penting kami dapat belajar. Ibu marah kalau kami malas-malas.

Ada masa aku dapat duduk, ada masa Samad. Yang tak dapat duduk, bersila atas lantailah jawabnya. Tiap kali waktu rehat, kami akan dikacau oleh Tengku Irwan kaki berbulu, berjerawat dan bersuara parau dari kelas sebelah, dan konco-konco bingainya. Mereka menganjing kami gila, kami miring, kami mona fendi.

Pulang kami dari sekolah mesti dengan tangis sendu, dengan muka lebam-lebam. Namun hanya seorang yang akan dapat privilej diubat dan dipeluk dikonsol ibu, yang lagi seorang hanya mampu memerhati, derita ditanggung sendiri. Aku tahu sangat perasaan itu, tapi kami faham. Ibu hanya seorang, kami tidak boleh memaksa dia membuat pilihan.

Sewaktu periksa, aku sering bagi Samad tiru jawapan aku. Markah kami? mestilah sama tinggi. Nasib baiklah Teacher Mujahidah tidak mengesyaki apa-apa.

Itu cerita 6 tahun lepas. 6 tahun kami berkawan dan melangkaui labirin kehidupan bersama. 

Hari ini Samad telah mengambil keputusan untuk move on dan menghilangkan diri dari hidup aku. Aku tidak marah, kerana masing-masing sudah besar.

Kata Samad, ini masa yang paling tepat untuk aku pergi Ed, tidak boleh lewat tidak boleh cepat, janji pada aku kau akan belajar hidup sendiri ye.

Dan Samad pun mengabus menjadi siluet dan ghaib begitu saja, bersama keluarganya yang sudah ku anggap semacam famili sendiri. Aku ditinggal berseorangan, menunggu teman lain yang mahukan aku.

Aku perasan ada air mata mengalir ketika aku tumbuk bawang tadi.

n.

Oh lupa nak bagi tajuk. Tajuk benda alah ini ialah : Kronikel Ed, kisah hidup teman imajinari yang sudah berpangkat bekas.

by ahmad, Wednesday 12 October 2011


Review kumpulan cerpen Faisal Tehrani, "Tiga Kali seminggu."

5



Aipp aipp, jangan fikir lucah okay? Ini bukan buku urusan isteri-suami malam jumaat, ini lebih kepada buku sastera keagamaan bercampur baur sedikit dengan nada sarkasistik dan humor.

Alololoo janganlah frust sangat.

Membaca koleksi cerpen-cerpen Faisal tehrani ini mampu membuat gua berfikir, berhibur, dan gelak ketawa membaca garapannya yang bernada sinikal namun dengan isi falsafah dan keagaamaan yang sangat padu. Nampak macam gua tipu kan? Tapi ya, serius gua tak tipu disini.

Bagi mereka yang cuba mencari buku-buku melayu yang tidak tenggelam dalam dunia hedonis atau memaparkan cinta murahan orang-orang kita, buku ini semestinya yang adalah 'ganja' yang anda perlukan. Ini juga harus dibaca oleh golongan-golongan #serbanistas alaf moden.

Cerpen-cerpen yang gua recommendkan baca adalah; Kisah Doengeng Abuya Makan Babi, Cinta Medeni, Sesudah Diciptakan Adam, Manifesto Mergatua, Tiga Kali Seminggu, dan Ulul Albab.

Harganya tak mahal. Affordable bak kata orang kampung gua. Bahasanya pula indah, tersusun, dan bagi orang yang mula hendak berjinak dengan sastera, buku ini memang lu orang patut beli, baca, dan baca sekali lagi.

Selamat membaca! Keh keh.

by jhnrdzi, Tuesday 11 October 2011


Conteng Wall : Menulis

0

Dayya Dayyanna

Aku tuliskan mutiara kata
dari air mata keresahan,
dan padanya aku susukkan
jiwa beserta sejahtera Tuhan.


Bagaikan fansuri silangkata
terlekat aksara kata dari
balik sebak antara pelepah
kepak milik malaikat.

Terbanglah tinggitinggi
ke syurga.

Sila duhai malaikat,
sampaikan rinduku pada Tuhan.


Wana Wanana
tulis guna hati , baca guna minda .
orang banyak tulis maki sana maki sini , dalam hati ada daki .


-Niya Adriane

‎::


Bidadari berbuai di taman sari,
Bersama sebuah gitar kecil tak bertali,
mendayu irama merdu sang puisi,
berdendang nada irama dari hati.

Ada embun di hujung tari,
ada sendu berbisik sunyi,
langkah bidadari tinggal disini,
menyusuri tiap denai di hati,

gitar tak bertali dicampak,
dicapai pena putih seri,
dilayar ke atas daunan perak,
timbul bait-bait puisi.

dia menulis dari hati,
gabungan padu jiwa,
dia satukan dengan rasa.
dia bidadari penulis penuh dengan ceritera.



-Isha Idiaz

Menulis Dengan Satu Nama
Oleh : Isha Idiaz
*****
Aku mula menulis dengan satu nama,
Satu nama, dua kata,
Isha Idiaz, itulah sebuah nama pena,
Nama pena yang membuat aku memegang tinta

Aku coretkan kisah cinta mereka,
Tidak lupa kisah sedih menghiris jiwa,
Bagi aku menulis perlu rasa,
Menulis perlu jiwa.

Mereka tertawa bila membaca,
Ada kalanya mereka menitiskan air mata,
Aku hanya menulis kisah biasa,
Kisah biasa yang antara kita ramai mengalaminya

Saat aku menulis, aku berkhayal ke alam maya,
Dunia kecil itu aku punya,
Walau ia mengambil masa lama untuk menyiapkan sebuah cerita,
Kerana aku suka, maka aku rela.

Aku mula menulis dengan satu nama,
Satu nama dua kata,
Isha Idiaz, itulah sebuah nama pena,
Nama pena itu yang pernah membuat aku terluka, dahulu, suatu ketika~

*****
©Hak Cipta Terpelihara – Isha Idiaz


-saya tak pandai menulis, tapi saya menaip.
Khrlhsym Tesquefal

-Intan Maisarah
menulis mampu menenangkan jiwa yang huru-hara.
menulis mampu menghuru-harakan jiwa yang tenang.

-Martini Muaz
untuk menulis nama sendiri sahaja suatu seksa
jika jiwa tiada

-Run Aziluz
maka aku tuliskan kisah dongeng cinta kita dengan darah luka dari hati pecah

-Ku Faiz
kepada babi yang suka memaki
baik kau menulis...

-Syafiq Mohamad
lambakan penulis menulis untuk jadi penulis.

-Sarajevo Amira Maisara
menulis itu suatu kebebasan, 
adakalanya menulis itu juga suatu kepayahan,
 
kadang-kadang menulis itu juga boleh jadi kegembiraan,
menulis juga ibarat seorang pejuang yang menghunus pedang ke pihak lawan,
kuasa menulis itu tidak terjangka skalanya, mampu membuat dunia bertukar menjadi huru-hara,
atau membuatkan dunia ceria dan gembira,
menulis juga ibarat manusia,
kan manusia belajar dan terus belajar?, kalau salah kita masih mampu membetulkannya,
kalau benar pun kita digalakkan mengamalkannya,
menulis juga mampu membuatkan hidup kita akan terus hidup meskipun kita sudah mati,
jadi janganlah berhenti menulis selagi kita mahu bercerita dan berkongsi,
menulis itu juga mampu mencatatkan sejarah yang tak ternilai dengan mata wang rupiah, dolar, mahupun ringgit malaysia,
menulis dan menulis itulah kehidupan aku sebagai pemilik kertas, buku dan pensel.
menulis itu suatu kebahagiaan :)

-Abie Nazrullah
Menulis:

Aku nak orang baca cerita aku.
Aku nak diorang suka baca cerita-cerita aku.
Pastu diorang pun ketawa-ketawa.
Kalau part sedih, diorang pun sedih-sedih.
Kalau part marah, diorang marah-marah hempas meja, kerusi, dan almari.
Kalau part serius, diorang pun ikut serius.

Aku nak gak orang tercari-cari cerita aku.
Nak baca cerita-cerita aku selalu.
Bila aku tak buat cerita diorang tanya.
Bila aku tak tulis-tulis diorang minta.

Tapi, cukup ar cerita aku yang popular.
Biar cerita-cerita aku yang jadi bahan bualan.
Aku tak nak ar popular.
Asal cerita aku popular dah cukup dah.
Sebab aku penulis.
Kalau nak popular, aku tukar jadi artis.

-Lieyanna Esmeralda
hari-hari aku menulis....field report, lab report, tender, diari, conteng-conteng buku, bla bla bla...

-Dayya Dayyanna
Aku ini manusia yang berbicara dari tari jari di papan kekunci, menyusun kata-kata buat difahami. Menulis semampu ada, bercerita seenak rasa. Meluah jiwa, berkongsi cinta. Sampai lelah datang. Tapi itu mungkin tidak mungkin.



-Chik Bulat
‎-Menulis.-

Menulis sebagai terapi. Menulis sebagai bakat. Menulis kerana minat. Tapi pernahkah kita penulis semua pernah membayangkan bahawa menulis adalah hubungan jiwa antara penulis dan tulisannya?

-Linda Zizan
Meluahkan perasaan dengan menulis, itu cara saya untuk lepaskan apa yang terbuku dihati, selain memberi pengajaran dan hiburan pada reader dalam setiap cerita saya

-Rose Merah
menulis adalah roh yang di zahirkan tanpa suara.

-Dayya Dayyanna
menulis ibarat kapal terbang kertas, boleh terbang tinggi tapi sekejap. Ditolak angin hilang imbangan. Jatuh pada air jadi rapuh dan cepat koyak. direnyuk buang dalam sampah. tapi itu semua tak penting, sebab bila sehelai kertas sudah jadi lipatan kapal terbang, pada saat ia dilontar pada angin, muka akan berhias senyum kepuasan. titik. 

itu sudah cukup.

-Päk Läng
menulis-nulis
tertulis-tulis
ditulis-tulis

menjadi tulisan

bebas melayang

dalam bentuk 

roket kertas.

-Kenanga Suchi
Aku menulis kerna mulut terkunci.
Terkunci untuk melafazkan kenyataan.
Kenyataan yang harus aku sembunyikan.
Sembunyikan dari mereka semuanya.
Semuanya untuk aku lindungi kamu.
KAMU.

-Mar Chirpy Chummy
kadang-kadang, tulisan yang tidak di intonasikan dengan betul akan membuatkan percanggahan makna. setuju?


-Akuisme Udy
aku harap telah tertulis penulisan kehidupan untuk aku menulis supaya aku menjadi penulis

-Abu Abbas Bin Saleh
setiap strok kekunci papan kekunci
setiap zahrah gel pena
setiap frekuensi kata dan ukulele

tak ada yang sudi

-Abu Abbas Bin Saleh
Kertas ini mengandungi dua soalan.

Kamu dikehendaki menjawab Soalan 1 dan Soalan 2.
Bagi Soalan 1, kamu boleh memilih sama ada menjawab soalan 1 (a) atau 
Soalan 1 (b).

Bagi tiap – tiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 
patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

1. (a) Suatu kemalangan telah berlaku di hadapan mata kamu. Sebagai 
pemberita, kamu dikehendaki melaporkan kejadian tersebut.
Tuliskan berita itu selengkapnya.

Atau

(b) Kamu ialah seorang peserta pertandingan syarahan di sekolah kamu. 
Tajuk syarahan itu ialah ‘’Tanggungjawab Murid Terhadap Sekolah’’.
Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.

2. Kamu leka bermain selepas waktu sekolah. Setelah beberapa lama, baru 
kamu sedar yang kamu telah ketinggalan bas. Apakah tindakan kamu 
untuk pulang ke rumah.

Kertas soalan tamat

-Mar Chirpy Chummy
rasanya diri ni lebih suka bercakap daripada menulis kerana tulisan aku sering di salahertikan. berpunca daripada salahfaham kerana tulisan, memarakkan api2 pergaduhan sehingga sukar untuk di padamkan dan kadang kala tak masuk akal. mungkin itu sebabnya aku sukar untuk menulis lagi. oh, aku yang tak pandai menulis rupanya. heh!


-Rose Merah
aku menulis untuk terapi jiwa 
aku menulis untuk meluah rasa
ini komunikasi melalui minda dan hati.



-Akuisme Udy
dan aku tulis semua kisah ini dengan darah-darah luka yang kau toreh supaya aku ingat kisah ini supaya aku tak siakan darah ini. supaya aku tak menulis kisah ini dengan darah luka ditoreh untuk sekali lagi..

-Afiq Luq
Kalau yang jerit tak dengar, mahu cara bagaimana lagi untuk menyampai? Ya, menulis. Tapi harus diingat, Menulis Itu Bogel, bak kata Zahiril Adzim


-Lieyanna Esmeralda
jika kau katakan aku hanya menulis sampah, jangan baca. penulisan aku hanya untuk mereka yang masih anggap penulisan aku bukan sampah. dan teruskanlah berbangga dengan tulisan permata kau tu...


-Haikal Blank

menulis tentang kesakitan sedikit sebanyak menyenangkan tetapi menulis tentang kesenangan kita mendatangkan kesakitan orang ramai


-Niya Adriane
menulis dengan air mata
pada dingin malam yang ketujuh
kesekian kalinya langit menangis
melihat bidadari patah tak berwarna

dia menulis pada kaca
dia membaca tinta jiwa
dia tangiskan tulisan hiba
ada jiwa yang bisik kan terluka



-Linda Zizan
Aku bukan 'pecakap' yang bagus,
bukan juga penulis yang handal,
Tapi aku menulis untuk luah apa yang aku rasa..
Dan sekarang,
aku rasa macam nak bunuh engkau..
Izinkan aku .. *senyum sinis


-Ist Mein
jangan main main dengan menatang menulis ni...banyak dah kes menulis ni aku dengar cerita..kes menulis ni lah pak sedara mu kedaroh kopi sampai buncit perut bini bini dia...bukan main senyum anak dia time keluar dari perut mak dia...cilakak sungguh..tu x masuk lagi kes mak ayah kita xsempat nak menulis wasiat..sampai keluar air mata dia suka sebab tengok cara kita bergurau senda dengan adik beradik kita kes nak bagi keharete..sejuk perut mak kita beranak ke kita...tapi yang paling best sekali,kes menulis ni lah mak kita jatuh cinta dengan ayah kita walaupun kes tulisan ayah kita lah cikgu potong sokmo markah dalam periksa


-Päk Läng
‎"menulis lah dari hati, agar tulisan kau tak macam puki..."

-Aan Bertukar
new post

*menulis*

publish







NOTAKAKI : pesan ku jangan pernah untuk berhenti menulis




















Post navigation