Archive for July 2011


:: Dua Muka ::

0

Tik Tok, Tik Tok,
Detik jam mengalun irama,
Tak pernah berhenti,
Walau sesaat cuma,

Tik Tik Tok,
Jam pusaka berbunyi nyaring,
Tanda genap satu jam,
Minit dan saat tetap laju berlari,

Tik Tok, Tik Tok,
Gendang irama paluan jantung,
Keluh kesah, resah gelisah,
Diam tak kena, serba gundah kesah,

Tik Tik Tok.
Tak akan berhenti irama itu
Wahai anak muda

Tik Tok, Tik Tok
Bila nyawa dia makin lemah
Tenaga makin kurang
Baru dia tidak berirama lagi

Jangan,
Jangan,
Jangan dinoda dia,
Dia suci tak berdosa,
Jangan kau ulit heret dia dalam dosa kau.

Muka dua itu kau.
Jangan kau letak dua muka itu pada yang lain,
Pesan aku, bukan malaikat,
Pada kau yang separa iblis.



niyadriane


Mati

0

Bersenandung tika beradu
Sambil lena keroncong dan lagu
Tak sedar hati mengalamun pilu
Bukan menyendiri tapi menunggu

Awan kelabu melindung sepi
Buaian di hayun ke sana ke mari
Tangan di balut anduh bersilang
Angin gagah bertiup kencang

Mana pergi serpihan berlian
Tuah badan di jerut hebat
Menjerit meraung hanya mainan
Tak sangka yang datang maut dah dekat


Sinis

0

Berkata pada diri sendiri
Tak siapa mengerti isi hati

Biar diam dan kata setuju
Tapi dalam siapa yang tahu
Tak perlu ada yang tahu
Kerna semua berlalu dan berlalu

Biar bayang bayang si hitam
Temani aku hingga malam
Ucapkan selamat malam
Di malam malam yang seram

Tak terasa nak lama hidup
Kalau keadaan serupa mayat hidup
Tapi perlu di teruskan jua hidup
Untuk peluang untuk menghirup


Sepurnama di Melaka.

0

Jadilah melayu yang berpegang teguh pada pendirianmu

Aku tak ingat, siapa yang mula-mula memesankan kepadaku begini. Bagiku, ayat itu cukup filasafi. Dalam maksudnya, dan tinggi maknanya. Ayat itu semacam memberi satu perasaan yang mengigilkan. Tapi siapa yang sebenarnya memesan?

Aku toleh ke kiri, terpandang Drama-drama pilihan Usman Awang. Pernah baca drama "Matinya seorang pahlawan" ? Tentang Jebat dan pengkhianatannya.

Makam Hang Jebat.
Jadilah melayu yang berpegang teguh pada pendirianmu.

Sebenarnya, ia adalah simbolik yang cukup mudah bak kata A.Samad Said.. Hang Tuah melambangkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada seorang pemimpin dan Hang Jebat pula, dia mewakili satu kepercayaan ketelusan. Dia percaya kepada keadilan bagi semua pihak. Kejadian Sultan menghukum mati Tuah tanpa usul periksa menyebabkan dia naik berang. Itulah sebabnya dia berani menjulang keris menentang Sultan. Adalah dipercayai, Jebatlah yang pertama berani menderhaka. Katanya,

Pahlawan yang sebenarnya pahlawan
berpayungkan dibawah kebenaran;
meski dimana,
kerana kebenaran itu sendiri,
adalah pahlawan suci,
dan duduknya ia adalah yang paling atas,
dimana raja dan rakyat tidak terlintas.

Kisah mereka menjadi satu dilema bagi politikus melayu pada masa kini. Samada perlukah mereka memberi kesetiaan kepada satu kerajaan yang menyeleweng? Maksudku disini, tengoklah kerajaan sekarang. Rasuah sana-sini, penipuan, propaganda-propaganda yang melemahkan rakyat. Percaya atau tidak, kerajaan kita memang penipu besar. Tetapi aku pun bukanlah penyokong pembangkang. Cuma disini, ingin juga aku luahkan kata hati. Aku bukannya mendukung fahaman Anarkisme ataupun anti-establishment untuk berkata begini. Ia amat jelas sekali. Para cendekiawan konservatis berkata, yang salah sebenarnya adalah Jebat. Kerana menjunjung pelaksanaan Duli Yang maha Mulia adalah sifat terpuji, sementara itu mengkhianatinya adalah satu dosa.

Jadilah melayu yang berpegang teguh pada pendirianmu.

Ayat itu terngiang-ngiang lagi. Aku cuba mengingat, mungkinkah cikguku Encik Roslan yang pernah beritahuku suatu ketika dulu. Dia memang arif hal-hal dunia Melayu ini. Sebut sahaja Kitab Melayu mana, semuanya sudah habis khatam. Dia penggemar dunia pendekar dan hulubalang.

Jadilah melayu yang berpegang teguh pada pendirianmu.

Malam itu aku tidak dapat tidur. Atau?

Aku semacam pernah bermimpi.

Ya, jumpa dengan pakcik tua itu. Berkumis tebal. Tubuhnya dilit sehelai kain hitam. Yalah, dia pernah cakap sesuatu. Disebalik asap kemenyan tebal itu, dibelakang wajah tuanya itu ada semacam kekuasaan menggerunkan. Matanya seperti Burung Hantu. Menusuk.



Ya, aku masih ingat. Didalam satu Rumah api berhampiran pulau.

Apa aku buat disana?

Saat itu, matahari mula terbenam. Unggas-unggas berterbangan. Laut bergelora. Tapi tiada bayu. Aneh. Dan lelaki tua itu, dia bertapa tenang. Badan kurus kering itu seperti mayat. Tapi matanya tidak, matanya bernyawa. Suaranya bergema. Gayanya seperti seseorang yang sudah lama menghirup nafas dibumi.

Kelihatan mati tetapi sebenarnya hidup. 

Pesan orang tua itu,

Jadilah melayu yang berpegang teguh pada pendirianmu.

Malam itu aku tak dapat tidur. Pesanan itu benar-benar menghantui.


:: Ramadhan ::

1

Ramadhan hampir tiba, aku juga merasai nikmatnya, tapi disebalik itu, ada kenangan yang tak mungkin aku lupa.

7 Julai 1991
Teratak bonda.

Subuh itu buat aku terkenang kembali saat kecilnya aku, bila Ramadhan tiba Bonda yang paling sibuk meyediakan kelengkapan untuk kami sekeluarga, keluarga kami tidak besar, kami jugak hidup cuma serba sederhana, tapi kami kaya dengan kasih sayang. *senyum*
Bonda sibuk memasak di dapur, dahulu mana ada periuk letrik, kalau ada pon bonda lebih senang memasak guna dapur kayu, aku sendiri tak tahu kenapa, selalunya lauk sahur kami tidak semewah mana, cuma telur masak kicap, ikan goreng dan sayur bayam tumis air, nasi panas, tapi itu cukup buat kami kekenyangan, air tangan ibu mana yang tidak mengenyagkan ( menyeringai) .

Abah akan mengejut seluruh isi rumah untuk bersahur, terkadang aku ini lumrahnya yang paling bongsu, jadi degil malas semua ada, abah angkat aku kedapur, bonda rajin menyuap aku,.Selesai sahur, abah ajar aku niat berpuasa, syukur aku mudah menghafal, jadi senang untuk aku.  Abah janji padaku, jika aku usaikan sebulan berpuasa aku dapat upah..sehari berpuasa seringgit abah bagi, kalau separuh hari abah bagi lima puluh sen,apalah yang aku tahu, aku cuma kanak-kanak.

Seharian berlapar, buat aku penat, marah, mengada-ngada. bila pulang dari sekolah aku mengadu pada bonda, bahawa kawan-kawan aku semuanya boleh makan di sekolah, tapi kenapa aku kena berpuasa. Bonda pujuk aku, katanya nanti senang bila dah dewasa tak merungut, dan dalam islam kena belajar berpuasa. Abah pujuk serta mengingatkan aku tentang upahnya. Aku duduk diam, penat, tak mahu bermain. masam mencuka.

Selepas asar, bonda pasti mula sibuk di dapur, bersama dengan kakak ku, menyediakan serta memasak untuk berbuka nanti.Selang sejam, pasti aku tanyakan bonda berapa lama lagi boleh makan. Aduhh aroma masakan ibu menusuk, masuk ke perut. aku lapar bonda! Aku duduk termanggu di tangga, menunggu jatuhnya matahari. Abah pulang dari kebun , seraya mengajak aku ke bazar ramadhan, aku turuti. Bermacam juadah aku lihat di bazar, semua aku hendak., dan abah beli, tapi serba sedikit. Kalau tak habis kata abah membazir.

Bila sampai masa untuk berbuka, aku antara yang awal duduk di hadapan juadah, bila kedengar azan, abah baca doa, kemudian minum air serta sebiji buah kurma. Aku turuti jua, kemudian abah arahkan kami ambil wudhu. aku sudah masam mencuka, abah kata solat dahulu. Lemah longlai aku bersama abah. Bila usai solat, aku tidak tunggu lama, makan terus. Alhadullilah kekenyangan aku. Abah kata, ada lagi 29 hari untuk aku habiskan. Pengalaman hari pertama  buat aku meneruskan hari-hari di bulan ramadhan, bila sudah lama, aku terbiasa.

Aku tak akan lupa, bila puasa tiba ke penghujungnya, kami akan menyambut perayaan, lagi sibuk. Menghias rumah, membuat kuih serta berbagai acara. 1 Syawal, indah rasanya, berbeza syawal dahulu dan kini.aku rindu waktu dulu.

Nikmatnya berpuasa, bonda dan abah ajar aku pada usia muda, membuat aku tak sabar menunggu kedatangan ramadhan, merasai manisnya berpuasa.

2011

Ramadhan kali ini, terasa sungguh lain, lain benar. Tiada lagi kelibat bonda sibuk di dapur, tiada lagi abah yang ke bazar ramadhan, tiada lagi gelak tawa waktu berbuka.
Aku kembali ke teratak bonda ini, rindu akan bonda. Mungkin petang-petang aku akan ziarahi bonda dan abah, sedekahkan al-fatihah juga yassin untuk bekalan disana.

Rindu ramadhan menggamit rindu aku kepada  Bonda juga Abah.
al-fatihah




niyadriane


:: jingga selatan ::

1

Duduk beralaskan tanah berumput,
Memandang kepul-kepul awan di langit,
Ada berbagai rupa juga saiz,
Seolah-olah membentuk formasi,
Menyampaikan satu ilusi.

Hari makin silih berganti,
Membawa setiap cerita diri,
Masa kian laju memutarkan jarum,
Entah bila kan terhenti,

Kepul awan menjadi besar,
Gelap , angin datang menyapa,
Rintik-rintik kecil mula turun,
Semoga bawa sekali rasa dalam hati ini.

Rasa yang dijeruk simpan,
Dalam hati yang rajuk,
Jiwa yang hilang dalam kelam,
Makin sunyi soroton irama tiada.

Nantikan ada pelangi,
Bawa satu rasa yang baru,
Semoga rasa itu tak lagi,
Mengkhianati bohong  aku.

Berdoa pada langit jingga,
Semoga cepat hati ini sembuh,
Ditemukan dengan penawar,
Penyembuh rasa luka sembilu.




niyadriane


hati

4

Mereka yang connoisseur kata cinta itu pada hati (ke jantung ya?). Gua ni bebal benar dalam scene bercinta jadi gua pun ikutkan sajalah panduan mereka itu.

Satu hari gua dapat satu makwe. Gua pun belah dada dia dan gua keluarkan hati/jantung dia.

Sekarang hati/jantung dia sudah mengendeng sebelah hati/jantung gua. Gua puas kerna gua sudah jadi macam hero novel cinta yang gua selalu baca di kala rekahnya fajar. Gua sudah jadi deep, cinta gua tidak lagi superficial. Hati kiri merindu, hati kanan dicinta. Hati kanan dicinta, hati kiri merindu.

Jasad makwe gua? Entah, gua pun lupa gua letak mana.


Seni Satira

6

Satira dari definisi kamus membawa maksud penggunaan jenaka, ironi atau sindiran yang bertujuan untuk mengkritik sesuatu kebodohan atau kejahatan dalam konteks politik dan isu-isu semasa. Dalam skop kesusasteraan, ia adalah sejenis karya seni yang menyenggamakan kritik dan humor dalam mencari perhatian dalam sesuatu perkara, isu, masalah dan yang seangkatan dengannnya. Satira yang baik mampu mengajak pembaca memikirkan mesej yang disampaikan di dalamnya di mana ia bertindak sebagai cermin kepada homosapien tentang kehidupan.

(Ya, saya bergaya skema di sini.)

Ada dua skop satira iaitu umum dan khusus. 
  • Umum: bersifat umum dan rawak di mana ia merangkumi majoriti atau sesiapa sahaja tanpa disebut namanya.
  • Khusus: bersifat kasar, sinis dan tajam yang ditujukan untuk manusia-manusia tertentu.

Satira boleh disampaikan dalam pelbagai jenis contoh-contohnya seperti;
  • kartun garapan Zunar yang berselimutkan kontroversi dan Lat yang sangat berbakat.

Zunar

Lat
  • novel " Daerah Zeni " karya A. Samad Said yang penuh sinikal. (sisipan)  " Ya, ya, aku pun tidak menderita,” kata Zedi, nadanya lebih mengejek. “ Kita ketiga – tiganya sedang bahagia, amat bahagia,” Zedi mula ketawa panjang, kemudian menipis menjadi tangisan. “ Tengok diri aku, tengok diri kakak, tengok diri bapa. Kita ketiga – tiganya manusia bahagia raya ! ”  Dialog ini mengiaskan keadaan penderitaan yang ditanggung keluarga Zeni teramat perit hinggakan disamakan dengan sesuatu yang sebaliknya iaitu bahagia.

  •  contoh kispen satira pula saya selitkan karya M. Faiz Syahmi; Surat Dari Nuraka.




Salam sayang, sayangku yang hidup bahagia di dunia atas.

Aku di sini., setiap hari penuh kesakitan. Biasalah., di dunia aku penuh dengan kejahilan., mengikut telunjuk tuan aku yang satu., yakni ketua neraka yang kita sangat kenali dulu. Iblis terlaknat. Iya., sekarang ini baru aku rasa mahu melaknat tuan kita itu.! Dia telah berjaya menfaktabkan kita terutamanya aku., yang kini sudah genap 1 minit berada di neraka. Iya., kamu bijak., sayang. 1000 tahun dunia bersamaan dengan sehari di akhirat. Aku baru seminit di sini., sudah rasa perit.

Sayang.,

Aku sungguh menyesal sekali terjun dari KB Mall. Aku rasakan ada mereka-mereka yang bekerja dalam jabatan bomba dan penyelamat untuk menyelamatkan aku dari terjun., tetapi mereka yang lain buat taktahu saja.! Aku terjun., aku sangkakan hanya patah kaki. Tetapi leher yang terpatah. Sampai sekarang., sejak aku di didaftarkan ke sini., sudah beribu kali aku terjun. Dan berulang kali jugaklah leher aku terpatah. Aku menangis., tetapi tiada siapa yang endahkan. Aku meraung., tapi tiada siapa yang peduli. Semuanya dengan hukuman masing-masing., kerana perbuatan mereka di dunia. Macam aku.

Sayang.,

Kita pernah bersenggama bersama. Kau dibalik selimut., aku cari lurah vaginamu. Aku picit puting tetekmu. Di sini., aku dibalik selimut api., aku cari lurah penuh dengan jengking. Aku picit puting tajam mengeluarkan lendir busuk untuk diminum ketika haus. Mana lagi nak cari Chocolate Indulgence.? Mana lagi nak cari Tako Tao.? Pernahkah sayang bayangkan Tako Tao diisi dengan lendir bernanah., bukannya sotong ataupun ayam.? Sayang., lecur lidah itu sudah menjadi kebiasaan di sini.

Sayang yang kukasihi dari hati penuh celaka.,

Kutitip salam Malik di sini padamu., kerana kulihat dari sini kau masih lagi bermain penis bagaikan kau bermain patung-patung barbie dulu-dulu. Aku nampak., sayang. Kau sungguh gembira sekali diisi wangian mani putih melekit itu. Vaginamu yang hancur luluh kukerjakan dulu semakin longgar dek kerana kau rindukan aku., tetapi penis lain yang kau cari. Ya., aku tahu salah aku kerana terjun dari KB Mall. Ini semua kerana salah faham kita., yang kau jawabkan soalan aku dulu. Aku bertanya samada kau sayang aku atau KLCC., tetapi kau jawab kau sayang KLCC lebih dari aku kerana kau takut peristiwa bercumbu-cumbuan di depan Pavillion itu dirakamkan oleh rakan-rakan kita sekali lagi.

Tidak., sayang. Kalini rajuk yang kubawa itu membawa padah. Panas yang kurasa sehingga saat ini tidak pernah hilang. Bahkan semakin bertambah setiap saat. Kau kulihat bahagia., sesat lagi menyesatkan. Aku menyesal., sayang. Menyesal kerana bawa kau ke dunia bahagia yang penuh celaka itu. Setiap hari aku lihat penyeksaan demi penyeksaan berlaku di hadapan mata. Ramai yang alpa terkena. Ramai yang terbahang menjadi arang. Dijelmakan balik fizikalnya., diulang balik penyeksaannya. Tiada kompromi., sayang. Memang kami yang diseksa tidak mungkin diendahkan.! Sepertimana kami tidak mengendahkan perintah Tuhan.!

Arak jadi pilihan di dunia. Kita minum bersama., mabuk dan berkhayal. Kau pegang penis aku., aku pegang tetek kau. Ganja jadi oksigen baru. Kita sedut bersama., berkhayal dan mabuk. Aku bermain kelentit kau., kau bermain puting tetek aku. Akhirnya., kita berdua tenggelam dalam kesenggamaan dunia kita berdua. Sayang., sayang. Kita sungguh seronok diulik mimpi ketika itu. Nasihat orang tua kita patuhi., hanya di hadapan mereka. Kita lupa yang mereka adalah penjaga kita. Hasad dengki jadi mainan tuturan. Bila aku benci mereka yang membenci kita., aku hantar batilion kita yang suka bermain gym. Ala., yang tubuh besar-besar itu. Aku tunggu sayang., aku tunggu mereka juga bersama aku di sini. Menjalani hukuman akhirat bersama. Barulah brotherhood., kan sayang.?

Sayang., aku harap kau terus dengan apa yang kau lakukan itu., bermain dengan lelaki dan bermain dengan kata nista. Aku tahu., kata nista yang jadi zikir harian buatmu itu bakal membawa kau kembali ke dakapanku. Sungguh sayang., di sini juga kita boleh bersenggama seperti biasa. Cuma kita ditemani tubuh lain yang tidak bernyawa., asyik meliwat punggungku tanpa henti seperti mechanism vibrator yang kita guna. Sakitnya sayang., sangat menyedapkan.

Akhir kata., kenang aku dalam dosamu. 

(Sarkasis)


Seni satira ini unik dengan bahasa perlian yang paling lembut digunakan dalam menyampaikan mesej tertentu. Jika pulp fiksi itu mendekati surrealisme, satira ini adalah sebuah cermin seni yang mampu mencerminkan kebuasan dalam diri mahupun masyarakat bergantung dengan peluru yang termuntah dari karya menuju ke sasarannya.


In by Lucifer, Tuesday, 26 July 2011


protagonis

0

Faridz ialah protagonis ulung dalam trilogi novel sains fiksi best-seller yang telah memecahkan rekod iaitu 'Pseudo-Asteroid'.

Dalam satu temuramah, seorang wartawan telah bertanya,
'Fenomena Pseudo-Asteroid bukan sahaja telah melanda geeks, tapi juga hipster, malah golongan pemikir pun tidak terkecuali teruja dengan sisi filosofiknya.
Apakah perasaan Faridz menjadi watak utama dalam fiksi magnum opus se-grandeur ini ?'

Jawab Faridz,
'Kau ingat macam mana?
Novel ini hanyalah satu jeluak metafor.
Cuba kau bayangkan; hidup kau ini, hidup yang kau telah curahkan segenap kudrat, emosi, perasaan, darah, air mata, sperma, segala jerih segala payah kau, rupa-rupanya hanyalah satu embodimen bagi suatu makhluk atau kejadian lain yang langsung tiada kena mengena dengan kau, malah kau pun tidak sedar ianya wujud.
Rasa-rasanya apa perasaan kau?'

Dan Faridz pun beredar dari temuramah itu.

Sebab itulah dalam prolog edisi penutup 'Pseudo-Asteroid', tanpa persetujuan pengarang, Faridz telah membunuh dirinya dengan terjun dari kapal angkasa yang berada di dalam kelajuan warp

Sepak-sisinya Toya (watak paling tidak digemari pembaca. Watak jenaka yang diwujudkan semata untuk menjelmakan sisi tidak kelakar pengarangnya kepada dunia) terpaksa diangkat menjadi protagonis utama. 

Edisi penutup trilogi Pseudo-Asteroid dihentam teruk pengkritik juga peminat dan hanya layak menjadi penyendal meja yang senget.


Penumpang Pesawat.

5

Nama aku Hasyim. yang kat sebelah aku nih, Mia. Belakang aku, aku tak kenal. Yang depan tu aku tak tahu siapa. Mia nih aku baru jumpa. Baru je kejap tadi, dan aku percaya, nanti dia akan hilang juga, tanpa dapat dikesan. Sama macam Rashid, Boy, Deen, Azma, Haris.

Sejak hari pertama aku kat sini, ramai yang aku jumpa. Semuanya sekejap aje. Pastu hilang. Memang sesak kat sini. Beribu-ribu lemon banyaknya. Sebab tu aku takkan jumpa lagi diorang kot. Walau ke ceruk mana aku pergi.

Hari-hari kena bergerak. Kejap ke utara. Kejap selatan. Belok kiri, belok kanan. Pusing-pusing, tempat sama juga. Bosan aku. Tapi haritu Razak ada bagitahu aku, nanti kami akan naik flight. Whoa ! Nak ke mana? Aku tanya Razak. Razak kata Venezuela. Kahkahkah. Dia ketawa. Sumpah aku kabur.

Kalaulah aku boleh jumpa Razak lagi. Aku tengah buntu nih. Mana sebenarnya hala tuju aku entah. Mana boleh macam ni. aku kene tahu hala tuju aku. Baru boleh berjaya. Razak, mana kau ni. Puas aku cari. Ada siapa siapa boleh tolong aku?

Pesawat akan berlepas beberapa minit sahaja lagi. Sila siapkan diri anda. Di daerah baru ini, siapa rajin, dia akan berjaya. Kalau tidak, anda akan mati sia-sia di sini.

Amboi, keras betul amaran petugas pesawat nih. Takkan sampai mati kot kat Venezuela tuh. Gila! Err, takpe lah, aku tak nak naik pesawat nih. Aku nak...

Anda telah sampai ke Venezuela. Sila menghala ke Orstacum. Siapa cepat, dia akan mendapat tempat istimewa. ingat, anda di sini adalah pelarian. Jika tidak mendapat tempat, anda akan dibunuh dalam masa 48 jam. Selamat berjaya.

Oh, tidak ! keadaan jadi huru hara. Semua sudah mula bergerak laju. Owh, itu dia Deen, Azma. DEEEENN, AZMAAA!!!! Aku jerit bagai nak gila panggil. Tapi tak bersahut. Masing-masing mengejar untuk mendapat tempat istimewa.

Aku nampak Razak. Aku kejar dia. Aku perlu tahu sesuatu dari Razak. Kenapa kami dibawa ke Venezuela? Kenapa harus merebut tempat di Orstacum? Kenapa kami dibawa ke sini untuk di bunuh pula? Dunia ini kejam ! zalim !

Kalau kau nak hidup, ini yang harus kau tempuh. Hidup ni penuh dengan ujian, cabaran. Ini yang pertama. Kalau kau berjaya, banyak lagi kau kena hadapi. Kau kena rajin. Pandai guna tipu helah. Pandai rebut peluang. Macam-macam lagi. Kau harus pantas belajar, Syim !

Razak dah jauh tinggalkan aku. Aku dah tak larat. Biarlah. Dari awal aku dah sesat, tak tahu hala tuju. Biar aku mati. Tapi, aku  tetap ingin tahu apa yang sebenarnya terjadi. Biar aku lambat sampai. Aku cuma mahu tahu apa sebenar permainannya. Biar aku tak mati sia-sia, sekurang-kurangnya aku tahu cerita.

Saat aku sampai, mereka sedang cuba menembusi tembok Orstacum. Aku lihat macam-macam cara digunakan. Mereka guna senjata yang mereka bawa. Macam-macam. Aku duduk tepi sahaja.

Beberapa jam berlalu. Dan salah satu dari kami berjaya masuk ke Orstacum. Tembok Orstacum makin kuat. Bagai ada satu kuasa magis yang dihantar untuk dibuat pertahanan.Yang lain mengeluh. Ada yang menangis. Ada yang mengaruk, mengamuk. Semua wajah hampa. Aku cuba dapatkan kepastian. Aku menyapa satu dari mereka.

Apa seterusnya?

Dia yang dapat masuk ke Orstacum akan membesar menjadi janin. Kemudian akan dipindahkan ke dunia lain, menjadi bayi. Dibesarkan lagi menjadi manusia. Bertempur dan terus menjadi pahlawan, untuk hidup di dunia. Dan kemudian mati, bertemu Tuhan. Dan kemudian dipersoal tentang kehidupannya. Amal baiknya. Jahat tingkahnya. Dan masuklah ke syurga atau neraka, atas kemahuan Tuhannya.

Dan kita? 

Kita hanya sperma yang gagal. Sekadar mati, di sini sahaja.



Nukilan Yana Mat Shah,
Untuk Sains Fiksi


topeng

1

Satu hari muka aku hilang. 
Habislah, macam mana nak hadap dunia? 
Cermin pun gaya macam tak nak jumpa aku lagi.


Aku tanya kedai-kedai yang dekat, 
nampak muka aku tak?
Kebanyakannya cuma menggeleng, 
tak kurang juga yang buat tak tahu,
anak anak mereka yang bogel tak berbaju 
mentertawakan aku yang tak bermuka ini, 
kemudian ibu-ibu mereka yang membersihkan kencing akibat tawa mereka yang tak aku nampak hujungnya.


lucu, kata datuk nenek mereka pula.

sampai lutut aku lunyai akibat banyak kali tersungkur mencari wajah yang semua cinta,
baru ini satu kali aku melutut sambil menadah tangan,
minta Tuhan kurniakan aku topeng untuk menutup ini ; 
muka yang tak berwajah ini, 
wajah yang tak bermuka ini.


Sudahnya aku punya satu muka ;
Mata yang tak dapat melihat,
hidung yang tak dapat menghidu,
bibir yang tak dapat berkata, 
telinga yang tak dapat mendengar.

Plastik.


Kipas Fiksi atau nama comelnya FanFic

1

Fan Fiction atau nama bahasa ibundanya, kipas fiksi ialah sejenis karya bila mana penulis mencedok karakter-karakter atau kisah atau kedua-duanya sekali seperti mencedok dari novel, rancangan tv, filem, artis-artis dikenali ramai dan yang seangkatan dengannya menjadi sebuah fiksyen baru.
Contohnya: Harry Potter kini sudah bekerja sebagai kerani di sebuah pejabat selepas dipecat menjadi auror berikutan kedegilannya untuk melawan Voldermort. Dia berazam mahu memegang semula kayu magis dan beraksi semula menyelamatkan dunia ketika jaman dia muda-muda dulu.

Karya kipas fiksi juga boleh dilakukan secara cross-over di mana penggabungan watak-watak dalam sesebuah karya adalah daripada kisah-kisah berbeza.
Contohnya: Superman akhirnya tiba di bumi Jepun sebagai pelarian setelah kriptonit ditanam di dalam badannya oleh pihak musuh, di sana dia bertemu dengan salah seorang ahli pelindung bumi Jepun daripada raksasa dan dia diserap masuk ke dalam pasukan walaupun dia sudah menjadi orang biasa. Ketika Jepun diserang raksasa seperti klise-nya, rakan seperjuangannya itu tiba-tiba menghilangkan diri lalu Ultraman muncul di hadapan raksasa itu. Dia kagum dan merindui zaman kegemilangannya. Dia akhirnya pergi bercuti dan membuat janji temu dengan Dr. Gregory House dengan harapan beliau dapat merawat penyakit kriptonitnya.

Karya kipas fiksi ini sebenarnya berkronologikan daripada peminat-peminat sesebuah filem, artis, rancangan tv mahupun novel atau pun yang seangkatan dengannya dan tidak perlu digarap secara skema mengikut fakta kisah asal dengan gaya bebas sama ada hendak digarap secara seksual, aksi, thriller, fantasi, pulp fiksi, skema dan lain-lain. Karya sebegini banyak mencetus sisi yang tidak klise dan unik daripada karya asal yang dicedok dan keinzalan yang ekstra sekiranya karya tersebut adalah sesuatu yang kita sendiri minat atau kenal perwatakannya.

Boleh jadi protagonis itu antogonis dalam karya fiksi, boleh jadi juga ada pembelitan putar alam mengikut daya kreativiti penulisnya dengan mengubah jalan cerita asal, menambah watak baru, mengubah bahagian penamat, menambah sub-plot, menterbalikkan jalan cerita dan yang seangkatan dengannya mengikut selera penulis. Karya yang baik adalah karya menginzalkan pembaca. Maka, selamat berinzal. Bukan, maksud aku, selamat menikmati dengan mata terbulat sedikit dan rahang jatuh sedikit sambil menikmati popkorn.

Yang mentaip dengan nada skema secara tak sengaja,
Люцифер

In by Lucifer,


Promosi : Rock The Youth dan Kotak Hitam 6.0

0

Rock The Youth


Gen-S dan Frinjan mempersembahkan

Festival Anak Muda 2011
ROCK THE YOUTH: Meraya & Memperkasa

Tempat: Stadium Mini MPSJ, Kompleks 3K, Subang Jaya
Tarikh: 23 Julai 2011, Sabtu
Masa: 10 pagi – 12 tengah malam

MASUK PERCUMA!

Jadual persembahan

Slot 1 - 1.45pm

Once Upon A Time There Was A Sausage Named Bob
Keladak
The Fridays
Seconds To Collide
Goodbye 20th Century!
Wani Ardy
Orkes Rakyat Tertindas
Instake
Beeha
Couple
Partimelovers

Slot 2- 5.00pm

Maharajah Commision
Harmacy
Ben's Bitches
Society
Massacre Conspiracy
Amirah Ali

Slot 3 - 8.00pm

Akta Angkasa
Space Gambus Experiment
Nik Nazmi
Diandra Arjunaidi
Liyana Fizi
An Honest Mistake
Khottal
Tilu
Monoloque

peta ke lokasi

http://www.3kinn.com/image​s/map_big.jpg

Kemudahan meletak kertea

http://frinjan.blogspot.co​m/2011/07/rock-youth-tempa​t-meletak-kereta.html

Pengangkutan awam

dari KL, sila naik Rapid KL U63 dari Pasar Seni dan berhenti di Komplek Sukan 3K, Persiaran Kewajipan

atau naik Komuter KTM ke Subang Jaya

dari KTM Komuter Subang, boleh naik bas Rapid KL T523 di hadapan carrefour dan berhenti di Kompleks Sukan 3K, Persiaran Kewajipan

dari KTM Komuter Subang, boleh juga naik bas mini pink dan berhenti di Kompleks Sukan 3K, Persiaran Kewajipan

dari Klang atau Shah Alam, sila naik Rapid KL U62 dan berhenti di hadapan Kolej Metropolitan, Kompleks 3K hanya 200 meter berjalan kaki

OBJEKTIF

Menarik anak muda untuk berhibur sambil memupuk kesedaran terhadap isu-isu sosial dan politik melalui program persembahan, bengkel, forum dan gerai-gerai NGO di Pesta NGO.

Mempromosikan pendaftaran pengundi dan kepentingan untuk mengundi kepada anak muda.

Program

Bazar jualan (fesyen, buku, NGO, makanan dll)
Konsert muzik
Forum tentang isu-isu sosial, politik dan anak muda
Bengkel oleh NGO
Tayangan filem berkaitan isu-isu anak muda dan masyarakat
Pendaftaran pengundi

ROCK THE YOUTH merupakan inisiatif Bahagian Pembangunan Belia, Majlis Sukan Negeri Selangor atau Gen-S dengan kerjasama Komuniti Frinjan sempena Hari Belia Antarabangsa.

Terima kasih :)

Gen-S & Frinjan presents

ROCK THE YOUTH Festival: Empowering & Celebrating

OBJECTIVES

Establish a range of events that offer ongoing sustainability and contribution to the youth culture and social development.

Raise the awareness amongst local artists and youths on the importance of voting rights

The festival program will include:

Music performance featuring local independent bands.
Flea market (Creative arts, DIY goods, handicraft, memorabilia etc)
NGO bazaar
Short Films Screening & Video Arts
Food & Beverage Area
Workshops/Seminars/Talks
Voters registration campaign & booth

Organised by Bahagian Pembangunan Belia, Majlis Sukan Negeri Selangor, in collaboration with Frinjan, the festival aims to attract more than 5,000 youths with exhilarating activities created based on feedback and recommendations from local youths.




lebih banyak tentang Rock The Youth disini : Frinjan

Kotak Hitam 6.0






Frinjan dengan kerjasama Map KL dan Paradoks mempersembahkan

KOTAK HITAM 6.0

Tarikh : 24 Julai 2011
Tempat : Map KL Solaris Dutamas.
Masa : 5.00 petang - 11.30 malam
Tiket : PERCUMA

Sesi petang - 5 petang

Sesi Tayang & Sembang kali ini membawa kembali filem "The End Of America" yang berdasarkan buku 'best seller' oleh Naomi Wolf.

Naomi Wolf mengupas persamaan dan taktik-taktik para diktator seperti Adolf Hitler dan Mussolini. Beliau juga membuat perbandingan di antara pentadbiran George Bush Jr. dengan rejim-rejim otoriter Nazi dan Fascist.

73 minit / Bahasa Inggeris
Sinopsis: http://www.endofamericamov​ie.com/about-film/synopsis
Trailer: http://www.endofamericamov​ie.com/trailer
IMDB: http://www.imdb.com/title/​tt1294790/
Naomi Wolf (Wiki): https://secure.wikimedia.o​rg/wikipedia/en/wiki/Naomi​_Wolf

Perbincangan akan difasilitasi oleh Hasbeemasputra Abu Bakar, penyelaras SUARAM yang suka mencari pasal (secara halus)

Slot malam - 8 malam

Majlis tayangan FILEM PENDEK & AKUSTIKA.

Tayangan Perdana
Epal Hijau Di Luar Pagar arahan Syahrul Fitri Musa

...Filem-Filem Pendek
Sesat arahan Alif Ihsan Rahman
Nesan Tak Terukir arahan Muz Amer
Khilaf arahan Mohd Kirimaru
Mandiri arahan Mukris Mahadzir
Bandar Jahil arahan Haris M.Noor

Promosi Filem
BUNOHAN! BUNOHAN!

Akustika
KAWAN
Adik Daniel
Karektor Band
Hick
Roy Sad By Damned

JuruAcara :
Aloy Paradoks & Fazleena Hishamuddin

Lanjut di sini

http://www.facebook.com/ev​ent.php?eid=12064831801992​6&ref=ts#!/event.php?eid=2​17999331569713

MAP is an arts and cultural platform that serves as a catalyst to explore contemporary ideas. http://www.mapkl.org/ http://twitter.com/mapKL http://facebook.com/mapKL

Terima kasih!

In by zoul yazix, Friday, 22 July 2011



Fiksyen sains sebagai aliran sastera

1

Fiksyen sains berbeza dari arus perdana sastera kerana ia menceduk segala metafora ceritanya dari bidang sains dan teknologi, namun perbezaan ini sahaja tidak cukup jelas untuk mendirikannya sebagai suatu genre yang tersendiri.Sebagaimana yang telah dibicarakan sebelum ini, kepelbagaian ragam tema dan spektrum genre yang beraneka menyebabkan fiksyen sains sukar diterjemahkan selaku suatu genre mutlak dalam dunia sastera moden, malah definisi fiksyen sains itu sendiri sering mengundang perdebatan di antara para pelopor dan pengkajinya. Kekeliruan ini seringkali berlaku akibat pertindihan fiksyen sains dengan aliran fantasi. Buktinya, novel ‘Harry Potter And The Goblet Of Fire’ karangan JK Rowlings telah memenangi Anugerah Hugo selaku novel fiksyen sains terbaik tahun 2001, sedangkan ia dikenali umum sebagai suatu karya fantasi kerana penggunaan unsur magis yang begitu ketara selaku jentera penceritaannya.

Kecelaruan ini tambah meruncing akibat perbezaan persepsi yang wujud di kelompok pembaca, kerana latarbelakang setiap individu akan mewarnai kefahaman dan persepsinya terhadap fiksyen sains. Cerita yang dianggap sebagai fiksyen sains oleh seorang peguam, misalnya, barangkali tidak akan dianggap sedemikian oleh seorang jurutera. Fenomena ini dipentaskan dengan jelas dalam gelanggang pencalonan karya untuk Anugerah Hugo dan Anugerah Nebula, yang menjadi tanda mercu kecemerlangan dalam pengkaryaan buat dunia fiksyen sains. Para pendukung Hugo dan Nebula seringkali mengemukakan novel-novel fantasi selaku calon buat anuerah-anugerah berprestij tersebut. Kecenderungan sebahagian daripada para karyawan fiksyen sains untuk menghasilkan novel fantasi turut menambahkan lagi kekeliruan yang wujud.

Ada pihak yang berpendapat bahawa fiksyen sains, fantasi dan ‘horror’ patut diklasifikasikan sebagai juzuk himpunan ‘Sastera Luarbiasa’ (Literature of The Fantastic’). Ada juga pendirian yang mengatakan bahawa fiksyen sains sepatutnya di kategorikan sebagai subgenre kepada ‘Fiksyen Spekulatif’, yang turut merangkumi aliran fantasi, sejarah alternatif (Alternate History), realisma magis (Magic Realisme) dan utopia/distopia, juga aliran gaya unik dan ganjil. 

Polemik mengenai pengkelasan fiksyen sains selaku suatu genre sastera juga telah mencetuskan tiga aliran pendapat yang berbeza, iaitu ‘Continuity Proposition’ (Gagasan Kesinambungan), ‘Differential Proposition’ (Gagasan Pembezaan) dan ‘Proposition For Harmonization’ (Gagasan Harmonisasi). ‘Continuity Proposition’ berpendapat bahawa fiksyen sains adalah juzuk himpunan atau subgenre kepada aliran fantasi, berbeza dengan pendirian ‘Differential Proposition’ yang menganggap fiksyen sains dan fantasi sebagai dua genre sastera yang berbeza. ‘Proposition For Harmonization’ pula berpendapat bahawa tidak ada perbezaan di antara fiksyen sains dan fantasi.

‘Continuity Proposition’ menganggap fiksyen sains sebagai suatu bentuk fantasi. ‘ A Handbook to Literature ‘mendefinisikan fiksyen sains sebagai : "A form of fantasy in which scientific facts, assumptions, or hypotheses form the basis, by logical extrapolation, of adventures in the future, on other planets, in other dimensions in time, or under new variants of scientific law" (Holman).

Buku yang sama turut mendefinisikan fantasi sebagai "a work which takes place in a nonexistent and unreal world, such as fairyland, or concerns incredible and unreal characters or employs physical and scientific principles not yet discovered or contrary to present experience as in science fiction and utopian fiction" (Holman).

Pandangan ini disokong oleh Brian Aldiss , yang berpendapat bahawa 
"[i]n its wider sense, fantasy clearly embraces all science fiction. But fantasy in a narrower sense, as opposed to science fiction, generally implies a fiction leaning more towards myth or the mythopoetic than towards an assumed realism" (Trillion Year Spree .)

Definisi yang sedemikian dengan sendirinya menjadikan fiksyen sains sebagai salah satu aliran cabang atau subgenre dari genre fantasi yang lebih besar.

‘Differential Proposition’ pula berpendapat bahawa fiksyen sains dan fantasi adalah dua genre yang berbeza. Fiksyen sains dianggap sebagai kelompok naratif yang menjadikan andaian (extrapolation) terhadap konsep masa depan sains dan teknologi sebagai dasar cerita, yang mana andaian berkenaan dibuat menerusi loncatan kemajuan sains dan budaya yang digarap secara lojik.
Agihan pandangan ini turut berpendapat bahawa fiksyen sains konvensional mesti mematuhi fakta sains yang telah terbukti kebenarannya.

Fantasi pula didefinisikan sebagai kemerdekaan dari realiti yang berlaku secara sedar dan merujuk kepada karya yang ditempatkan di dunia khayalan, sebuah dunia imaginasi yang tidak mungkin wujud dalam dunia nyata.

Sebagaimana yang disebutkan terdahulu, adalah menjadi satu kebiasaan (convention) bagi para pengarang fiksyen sains untuk mematuhi fakta sains yang terbukti kebenarannya apabila berkarya (contohnya tahap didih air pada paras permukaan laut di Bumi) tetapi bebas untuk berbuat apa sahaja yang mereka mahu dengan fakta sains yang masih diperingkat teori.

Pengarang karya fantasi tidak merasakan dirinya terikat atau tertakluk kepada peraturan-peraturan sedemikian, dalam ertikata lain, tidak wujud sebarang sekatan bagi para penulis fantasi. 

‘Differential Proposition’ berpendapat bahawa fiksyen sains mempunyai ciri kualitatif yang unik dan tertentu dari segi kandungan dan penceritaannya, yang tidak terdapat pada genre sastera lain. Ciri kualitatif ini merangkumi perkara-perkara berikut:
1. Subjek ( A Subject Matter - Science and Technology)
2. Proses ( A Treatment - A sense of wonder,an inquiry into the nature of progress, The ‘Wow’ Effect )
3. Matlamat ( A Purpose - Speculation about the unknown)

Damon Knight, seorang pengarang fiksyen sains yang terkenal di Amerika Syarikat, telah mengariskan beberapa kriteria fiksyen sains seperti berikut:
1. Sains
2. Teknologi Dan Rekaan (Technology and Invention)
3. Zaman Akan Datang Dan Zaman Lampau, termasuk semua cerita pengembaraan di dalam masa (The future and remote past, includin all time travel stories) 
4. Ekstrapolasi
5. Metod Saintifik (The Scientific Method)
6. Dunia Lain (seperti planet lain, dimensi lain dan sebagainya, termasuk pelawat dari dunia atau dimensi tersebut)
7. Bencana alam, samada secara semulajadi atau akibat perbuatan manusia 

Damon Knight berpendapat bahawa cerita-cerita yang mengandungi tiga atau lebih unsur-unsur yang disebutkan di atas boleh dikategorikan sebagai fiksyen sains, yang mengandungi dua unsur pula berada di persempadanan (borderline) dan yang mengandungi satu unsur sahaja atau tiada langsung bukanlah fiksyen sains.

Hujah ‘Differential Proposition’ ini menarik kerana turut disokong oleh kelompok fantasi yang berpendapat bahawa setiap cerita fantasi mesti mempunyai sistem magis selaku unsur atau jentera cerita. Definisi fantasi sedemikian jelas bertelagah dengan metod saintifik (The Scientific Method) yang menjadi teras fiksyen sains seperti yang digariskan di atas. Suasana dua paksi yang berbeza ini jelas menampakkan polarisasi di antara fiksyen sains dan fantasi selaku dua genre sastera yang berbeza. 

Proposition For Harmonization’ pula berpendapat bahawa tidak ada perbezaan di antara fiksyen sains dan fantasi, kerana sains fiksyen itu sendiri bersifat fantasi dan denan demikian boleh dianggap sebagai bentuk fantasi moden. Arthur C. Clarke, seorang pengarang fiksyen sains yang terkenal berpendapat bahawa ‘Setiap teknologi yang melampaui batas kemajuan tidak dapat dibezakan daripada magis’ Tafsiran yang sedemikian menepati tuntutan definisi fantasi yang mewajibkan penggunaan magis selaku jentera cerita, sekaligus melenyapkan perbezaan di antara fiksyen sains dan fantasi selaku dua genre yang berbeza.

Miriam Allen deFord memberikan kesimpulan yang menarik tentang hubungan diantara fiksyen sains dan fantasi dengan kenyataan berikut:'Science fiction deals with improbable possibilities, fantasy with plausible impossibilities" (Aldiss 26)


Nukilan Ahmad Patria Abdullah, penulis trilogi novel Saga Artakusiad

In by Lucifer, Tuesday, 19 July 2011


A losing Winner.

2

" I thought that is precisely what you always wanted? "

" I thought so too.. Its just that I never thought it would be this painful"

I looked into the mirror, I saw a black figure. It was Larasephia..
Laughing hysterically, thunderous, that black tears began coursing down her cheeks. As she did so, she raise her middle finger and pointed my way and shout her lung out " stupid biyatch! you should had seen it coming!fuck you for begging me to stay away! fuck you for considering to forgive and forget! fuck you for thinking things will be ok, fuck you for crying! you are nothing but the ultimate loser!!" the accusing words, sharper than any dagger, stormed out from her red lips in perfect repeating notes, like a stuck cd in a player.

Because I couldn't stand hearing her vetoed shouts, I smashed the mirror and cut my fingers. As I feast my weary soul on the fresh bloods dripping into my palm, I saw Serraphina, my other alter ago, one who is always so demure and composed and sweet , between the fractions of the broken mirror.

She was weeping hysterically. she raised her chin then,looking straight into my eyes, hers were all reddish and bleary, and said between heartbreaking sobs ;

" You let this happened, Qiez. You were, and only you, were to blamed. You were simply not good enough. You let this happened. How could you let Larasephia took over? how could you choose her over me from the very beginning?It was all your fault..It was YOU..you murdered US"

I looked at her sympathetically , I felt numb. I wipe the bloods on the floor. I looked back, she was gone. So did Larasephia. Now I am all alone, all by myself. As the moon gracefully caressing the black invisible clouds in the night skies, she kneels on the ground, close her eyes and prays.

The glory of a woman, whose named is Qiez AR, had shone pretty bright for the last few days back, but now, it is dangerously getting slightly dimmed, again.

One of her new but mostly dominant alter ego, Medusa, is now deadly seething with hatred over Larasephia's willingness to keep things low for me. Medusa wanted everything to be ever so painful, ever so messy.
She might be a mortal, but she is no human. A gorgon's heart is psychedelical. Medusa's insane thirst for rebellion is forever unrest. And the weakest of them all, Serraphina, is wailing since dawn till dawn, providing no assistance in any way.

Things are getting pretty intense between these women. And I am getting very..very..tired.

Qiez. She finds herself entangled in this web of treachery against her will. I told her to step up, she must resolves to foil these demonic angels' tantrums. She wanted to, she told me. But she is clouded with fears, and she could'nt help feeling doubtful, if she's to plan a plan, will her plan goes well? Will it escapes the suspicion from Larasephia's vicious sense, Medusa's deathly gaze? Can she trust the already weary Serraphina to keep things to herself?

Their home,my heart; was now hideously fermented with muds of betrayal and deceit. As the moon gracefully caressing the black invisible clouds in the night skies, she kneels on the ground, close her eyes.


- Qiez Medusa Ar


Malaikatul Maut

9

Pilihan hanya dua dimilikinya untuk direstui, samada pilih mati sahaja atau pilih sengsara selama hidup. Itu kata doktor sebentar sepetang sebelumnya.

Dua-dua sama pekat, dua-dua sama hitam tarafnya.

Dan dia yang terlentang diatas katil, nazak menjalar setiap inci tubuh tua, nafas tersekat-sekat. Angin luar mendayu menerpa pipi. Lembut. Tenang. Kipas dibuka pada kelajuan dua.

Difikir sepuas rasa, 
apa makna hidup jika sakit itu melekat?
apa guna mati kira nikmat hidup tidak dapat?

Semenjak dia terdengarkan kunci jawab, dia akur sebenarnya dia sudah koyak dengan ujian. Apa mahu dibuat jika sembuh itu malap untuk penyakitnya? 

"Maaf, saya tidak mahu bohong tapi mungkin masanya sudah ditakdirkan Qada dan Qadar." kata tuan doktor dengan mata simpati.

Dia diam.
Khali sejenak.

Makanya minda mula memanggil, menyeru cara keluar lain. Euthanasia, seumpama.

Mati itu cara keluar mudah.

Exit.

Kau sudah tiada harapan untuk berjalan keluar lagi, harapan terkulai.

Dia mendengus, berat sekali nafas. Dia sudah putus, bahawa malam ini terakhir bulan mahu ditatap. Dia mahu keluar.

Tetapi kata Mualim dahulukala, bunuh diri itu dosa besar. Sekali dicuba, neraka tempat tinggal selama masa berputar-putar. Tiada pengampunan, kerna ayat-ayat suci dan sunnah nabi pernah bercerita.

Akalnya menidakkan. Sepertimana adalah hak untuk bersuara, Allah merezekikan juga hak untuk berdiam. Hak untuk menyantap makanan dan hak untuk menolaknya. Hak untuk mencelah antara kedua-duanya.

Hatta dalam soal hidup-mati, sudah tentu pengecualiannya tidak terlintaskan.

Hak aku mahu hidup, hak aku mahu mati. Itu jalan aku.

Dia mahu mati.

********************

Bilik dipenuhi mereka yang berbaju-kain putih. Doktor dan tukang jururawat. Tuan Doktor memandangnya, mata meminta izin tuan punya nyawa. Bilik terang benderang, dan luar tingkap disebelah kiri, purnama menyapa. Kejam.

Dia angguk, menyerahkan segala jiwa dan raga pada jarum racun bisa.

Disuntik.

Mata ditutup.
tangan genggam.
Ajal sudah menari-nari didepan mata.

Hitam.

Ah, apa itu?

'Sesuatu' muncul dicelah orang disekeliling. Pandangan mula kabur. 'Sesuatu' itu ternayata berjasad seperti dia juga, ada tangan dua ada kaki dua. Tapi jauh sekali sifatnya seperti manusia.

Dia atas kepala dua tanduk gagah megah, badannya sisik hitam seperti kulit anakonda. Baunya masya-Allah, busuk sekali! Seratus puluh juta bangkai tidak terkalahkan. Kukunya pula bersinar dibawah kilauan purnama, tajam dan kejam. Dibelakang susuk badan ada dua kepak gergasi dicantumkan.
Dan yang paling aneh, hanya dia saja mampu melihatnya. Doktor-doktor itu diam berdiri. Masa sudah henti? Apakah ini Tuhan?

Ketakutan mula mengogok diri,
apakah binatang
yang lawat datang
pada hari terakhir nafasnya?

Binatang itu, matanya kejam seperti penghuni neraka terdalam. Dibuka sayap kiri, memenuhi ruang bilik. Menutupi cahaya lampu yang terpancar diatas katil.

Dicelah kepak, ada suara bergema. 

Jeritan azab! 

Dan muka-muka orang yang terus diseksa sekejam-kejamnya menerpa keluar. Ada yang kepalanya hangus dibakar, ada yang mukanya renyuk dicalar besi-besi keras. Di tempat seperti itu, kasih sayang tidak pernah menyinggah.

Akhirnya makhluk itu bersuara;

"Nama aku Azazil, dan kau akan kuheret ke Neraka Jahannam!"

Suara itu,
atau isi kandung,
memecahkan rohnya dari dalam.

Api hitam muncul sekali dari pancar matanya, panas lebih panas dari apa-apa yang pernah dirasai dari dunia. 

Dia cuba menggerakkan badan, tapi tiada upaya. Setiap sendi uratnya tidak patuh pada arahan. Dia cuba bersuara, meminta belas kasihan doktor yang hanya dari tadi tercegat diam seribu kata, tak kesampaian.

Sebentar lagi, akan dibawa dirinya ke Neraka.

Alangkah betapa sayunya, bukankah lebih baik kiranya dia patuh denga kata-kata Mualim?

Nyawa itu bukan hak kamu,
nyawa itu hak Allah ya Rabbul Alamin,
yang hanya dipinjamkan,
untuk kamu beribadat kepada-Nya.


In by Lucifer, Saturday, 16 July 2011


Promosi : Frinjan Books Bazaar

1



Frinjan Books Bazaar @ Urbanscapes 2011

Publishers

Matahari Books/Fixi
Sang Freud Press and friends
Distro Buku
Readings
Merpati Jingga
Linglung

Events

5pm - Poetry Cafe KL : Performance Poetry, Hip Hop, Spoken Word, Slam.

Illya Syahirah
Sheena Baharudin
Thato
Elaine Foster
Abby Latif
Jamal Raslan
Afi Noor
Mrs. X

6pm - 7.30pm - Readings@Urbanscapes

Nora Adam
Gina yap
Brian Gomez
Rafil Elyas
Faz Kamaruddin
Sharon Bakar
Tutu Dutta Yean

What is creativity, art and culture, without literacy? Urbanscapes 2011 will again, bring you something new – a Books Bazaar!

Frinjan is a loose collective artists and connoisseurs of art and culture. The word 'Frinjan' was taken from the English word, 'fringe'.

Frinjan’s objective is to organize art and cultural activities, which are semi-commercial to inject literary, cultural and social development into our society.

Frinjan employs art as a medium, message and motivation to call to attention important socio-political issues affecting our daily lives, often collaborating with local Non-Government Organizations, art community and educational institutions.

It is also notable that Frinjan utilises arts as medium for young people to address the current problems they face in their daily lives.

Frinjan Books Bazaar in Urbanscapes will feature Distro Buku, Matahari Books, Fixi, Sang Freud Press, Silverfish, ZI Publications, Sindiket Soljah, Dubook Press and many more books, which are not always available at our local bookstores. There will also be readings, author appearances and slam poetry.

This is definitely an event not to be missed by book lovers! It just gets more and more exciting isn’t it?!

http://www.urbanscapes.com​.my/


Pergi lah esok siapa yang ada masa. Jumpa jumpa manusia, kenal kenal dunia dan belek belek budaya. Siapa tahu kalau dekat situ kau boleh jumpa untung. Peluang untuk jumpa rugi biasanya tipis.

- ZY

In by zoul yazix, Friday, 15 July 2011


Review: Kuala Lumpur,Aku Okay

2

    
Kuala Lumpur ,Aku Okay, adalah sebuah buku bertemakan cinta yang terilham dari filem. Tapi filem tak siap lagi. Akan datang InsyaAllah. Buku ini ditulis oleh lima orang sekawan iaitu Razaisyam Rashid (pembikin filem), Mohd Jayzuan (Penyanyi/gitaris band Free Love dan juga penulis), Aidil Rusli (ahli band Couple), Fazleena Hishamuddin (pelakon,pengiat teater,penyajak) dan Sufian Abas sendiri (Sang Freud Press itu hak mutlak beliau).

Terdapat 25 buah cerita keseluruhannya dan kebanyakan cerita yang ditulis dalam KL, Aku Okay ni sebenarnya ekspresi pendapat dan pandangan tentang cinta dari kacamata penulis tu sendiri yang kadang-kadang pendapat tu tak pernah terlintas dalam kepala otak kita. Senang cerita kalau kau baca buku ni dan fahamkan dengan betul, secara spontannya kau akan tersebut, 'ha'ah la' atau 'betul juga'.

Cuma Aidil Rusli seorang yang cuba lari sikit dari tema cinta dengan menulis tentang benda-benda yang berkaitan dengan muzik seperti cara-cara menulis lagu dengan baik, tips menubuhkan band, dan beliau juga memilih untuk menulis dalam bahasa inggeris. Oh lupa, Aidil cuba bereksperimen dengan  meng'Google Translate'kan beberapa cerita beliau yang berbahasa inggeris menjadi bahasa Melayu. Agak menarik sampaikan aku google translate balik untuk fahamkan apa yang dia cuba tulis.

Akhir sekali, keseluruhan kisah dalam cerita ni sebenarnya bagus dan menarik. Kalau tak menarik, mestilah aku tak beli kan?(cover page dia cantik). Satu lagi, seratus peratus keuntungan hasil jualan buku ini akan digunakan untuk pembikinan filem KL, Aku Okay kelak. Jadi adalah afdhal bagi para penikmat seni untuk berbondong-bondong menghulur tangan dengan membeli buku ni yang cuma berharga RM 25.

Berikut ni sedikit pil perangsang dari Kuala Lumpur, Aku Okay.




-syakirindaud


Review : 28 Hari : Jurnal Rock N Roll

4


Aku baca buku ini buat kali ke berapa ntah tadi. Sengaja, walaupun buku ini telah pun aku khatam pada hari pertama aku beli dulu. Siapa yang dah baca ini boleh tahu yang sebenarnya buku ini sepatutnya bertajuk 28 Hari : Jurnal Ditinggalkan Makwe Rock N Roll. Berkali kali dalam buku ini Jayzuan cerita dia kena tinggal dengan makwe. Tapi tak hairan lah, sebab hidup dia penuh dengan makwe yang lawa lawa. Tak percaya sila baca dan senaraikan semua makwe yang dia jumpa. Tak adanya yang tak lawa.

Buat aku terfikir, dalam hidup kita tak boleh pilih orang yang kita suka sahaja untuk berada di sekeliling. Bila pemain watak hidup dipilih, kita akan menjangkakan yang mereka akan ikut skrip kita. Dan bila sebaliknya berlaku kita akan rasa kecewa yang teramat teruk. Macam Jayzuan. Teruk sampai jadi gila main gitar dekat Gelanggang Seni KB. Tapi kembara dia memang Rock N Roll. Memang buat kau sangsi, yang betul ke mamat ni tak ada duit boleh pergi mengembara satu semenanjung? Apa gila? Tapi last last memang kena percaya, sebab dia memang miskin dan tak reti malu. Harap ada makwe kaya boleh pergi pinang dia cepat cepat. Kalau boleh sebelum buku 28 Hari : Jurnal Anak Teruna Tua keluar tak lama lagi.

satu lagi baca buku ni macam tonton rancangan Jalan Jalan Cari Makan 10 episod berturut turut. Dan Jayzuan ni memang macam hos rancangan tersebut, makan tak bayar ; member belanja. Aku harap aku dirahmati dengan member yang sejati macam tu. Cuma yang syaitannya bila baca buku ni boleh rasa macam dengar orang bisik dekat telinga "keluarlah daripada rumah, pergi lah mengembara". Begitulah dasyatnya penangan syaitan rock n roll ini.

dan jadah apanya aku buat review buku lama Jayzuan pagi pagi buta ni walaupun dah keluar buku baru bertajuk Anarki di Kuala Lumpur? ha, itu lah aku cakap tadi,

syaitan.


- ZY


Conteng Wall : Warna

0

Kau anugerahkan aku sesuci dan sebersih warna putih dan aku lakarkan melalui dosa-dosa keji menjadikan ia segelap warna hitam yang berkarat
-Keri Henri

W.A.R.N.A.
Walaupun kau pergi menjauh,
Aku masih mahu menunggu,
Rindu itu tidak akan sesekali pergi,
Nyalakanlah prisma-prisma cinta ini;
Agar tidak hitam dan putih seabadi.
***
C.O.L.O.R.
Can you please step in nearer?
O my dear - why the sad face?
Love is not a menace,
Open your heart O my dear - just this once;
Re-live the joy like you have never ever.
-Azhar Ibrahim

: Pelangi! warnanya bukan terdiri daripada hitam dan putih. Begitu juga dengan kehidupan :
-Ahmad Nash

layar yang putihlah paling suci dan indah, tapi senang dikotorkan.
layar yang paling hitam, dia kata dakinya tak perlu disental, sembur pewangi saja cukup, sesuai untuk baju tak berbasuh sebulan.
layar yang warna warni, menarik hati, menyeru orang yang gatal tangan untuk mencalit.
tapi aku rela lutsinar, tiada warna yang menutup.
-Farha Jalila Lokman

warna politik selalunya kabur..
entahkan putih entahkan hitam..
-Yusuf Rosli II

kau telah warnakan hidup aku dengan sejuta warna yang lebih cantik dari warna pelangi yang aku tahu.
aku mohon, jangan calit walau sedikit hitam yang suram dan kelam.
kerna aku takut tersesat dalam kegelapan.
oh Tuhan.
-Yana Mat Shah

saya buta warna mata saya buta jantung saya pun buta. dia tak tahu dia sedang pam darah merah dia cuma tahu dia memflush cinta merah garang, cinta stiletto yang pastinya buta juga. tapi kalau nama cinta pun buta dia sesat lalu terjebak ikut masuk dalam gaung merah nanar itu hell kau tahu !
-Aniss Farisa

aku guna warna hitam untuk tutup warna merah biar orang kata aku si hitam jahat walau sebaliknya aku merah berdarah... sebab kau orang yang toreh luka dalam-dalam tanpa perasaan.. tapi aku tak akan tunjuk aku rebah dengan seksaan kau titipkan
-Akuisme Udy

kita hidup dalam dunia yang penuh dengan warna-warni.tapi Tuhan lihat kita sama sahaja.tak ada beza.
***
hitam Si Jahat,putih Sang Suci.perbezaan yang ketara.kegelapan melawan cahaya. tapi tahi cicak itu sepadan.keserasian yang melampau,sungguh ia nampak molek.
-Syakirah Syark

di tangannya ada segulung kertas putih berisi daun kering.hujung mancis digesek laju,seakan mengejar waktu yang kian sempit.
nyalaan di hujung mancis membakar gulungan kertas putih berisi daun kering itu.ada satu nikmat di situ
tenang dan dalam dia menyedut dan menghembus kembali asap dari gulungan kertas putih.mata kejap lemas sendiri
kepulan asap seakan-akan sayap kayangan buat dia terbang ke dunianya.
dunia nikotin jingga
-Faizal Zol

Tidak merasalah nikmat warna bagi yang buta mata,
hilanglah nikmat Iman bagi yang buta hati.
*Buta mata tak nampak jalan di dunia, buta hati tak nampak jalan ke akhirat
-Hafizah Nasir

merah, hijau, kuning, ungu, biru, kuning, oren, coklat...apabila dicampur, diadun bersama, ianya menjadi hitam..
-Lieyanna Esmeralda


Post navigation